Friday, July 22, 2011

#BersihStories Let Police Investigate 'PSM 6' to protect the integrity of both parties #bersih



Malaysian Digest telah meminta pandangan saya mengenai penahanan 6 orang anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM). Saya telah memberikan pandangan peribadi saya seperti yang dilaporkan dalam berita di bawah. Saya percaya Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Hj Khairy Jamaluddin mempunyai sebab beliau sendiri untuk meminta tahanan tersebut dilepaskan dan pandangan itu adalah pandangan institusi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia melainkan beliau mengatakan ia adalah pandangan peribadi beliau.

Walaupun saya mempunyai pandangan yang berbeza dengan beliau namun hasratnya adalah sama, iaitu untuk menjaga integriti kedua-dua pihak, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan juga pihak yang ditahan.

Selepas penyiasatan yang terperinci dijalankan terhadap segala bukti, laporan dan aduan terhadap 6 orang anggota PSM ini, jika mereka didapati bersalah, polis boleh menjelaskan bahawa kesalahan mereka disabitkan dengan bukti-bukti yang kukuh selepas pihak polis menilai semua bukti dan laporan tanpa sebarang tekanan dari pihak luar.

Manakala jika mereka didapati tidak bersalah, saya yakin mereka juga boleh berterima kasih kepada polis kerana mereka bebas selepas siasatan dijalankan dengan telus dan adil, dan pihak berkuasa telah mendapati tidak terdapat bukti mengatakan mereka terlibat dengan kegiatan subversif dan siasatan itu telah dilakukan tanpa sebarang tekanan dari luar.

Pada pandangan saya, lebih baik mereka bebas dari tuduhan tanpa sebarang tekanan terhadap siasatan polis, daripada mereka dibebaskan sebelum siasatan sempurna kerana pihak polis menerima tekanan pihak dari luar. Dengan ini pembebasan mereka dapat diterima oleh ramai pihak tanpa sebarang syak wasangka.

Ini seterusnya akan menjaga integriti kedua-dua pihak - 6 anggota PSM dan PDRM.


Tun Faisal: Let Police Investigate 'PSM 6'
by Haider Yutim

KUALA LUMPUR, 22 JULY, 2011: Umno Youth Exco member Tun Faisal Ismail said he had always supported the police on their actions and this includes the detention of the six Parti Sosialis Malaysia (PSM) members under the Emergency Ordinance (EO).

Referring to the recent posting by Umno Youth Chief Khairy Jamaluddin in his Twitter message calling for the release of the ‘PSM 6’, Tun Faisal told Malaysian Digest that he believes that the police acted according to reports and proofs that they had obtained.

Tun Faisal, who is also Umno’a New Media chairman, said that the police should investigate on all the evidence they have gathered and this may take some time.

"Let the police do their job and it is not fair for us to judge them especially when they are doing their duty to ensure the country's security," said Tun Faisal.

The Rembau MP has called for the release of six Parti Sosialis Malaysia (PSM) detained under the Emergency Ordinance (EO) yesterday on Twitter. In his Twitter posting, Khairy described the arrests as “misguided” and will convey his personal view to Prime Minister Najib Razak, is the first leader from Barisan Nasional (BN) to call for the release of the ‘PSM 6’.

No comments:

Popular Posts