Wednesday, July 13, 2011

#BerSHIT Degil; Polis London balun peserta demo #Bersih, kacau lagi negara orang



Kalau turun ke jalanan, maksudkan bukan lagi untuk keamanan. Jadi tunjukkan saja kekuatan. Kalau mahu keamanan selesaikan di meja rundingan.


Ada budak-budak PR yang cuba memperlekeh anggota keselamatan negara kita. Kononnya di Britain ada 250,000 pembuat kacau pun Polis London boleh relaks dan buat tak tahu saja. Budak-budak PR yang malas buat rujukan, senang-senang saja diperbodoh dengan kenyataan ini.

Jadi kita tunjukkan video ini kepada mereka supaya mereka faham bahawa sekiranya perhimpunan ini mengakibatkan kekacauan dalam negara, pasukan keselamatan negara terbabit sudah tentu akan mengambil tindakan ke atas pembuat kacau ini.

Jangan jadi naif sehingga nafikan bahawa pasukan keselamatan negara ada tanggung jawab untuk pastikan negara bebas dari sebarang ancaman, termasuk ancaman kekacauan yang menyebabkan aktiviti pentadbiran, sosial dan ekonomi dalam negara terganggu. Apa lagi jika ia boleh mendatang kerugian bernilai ratusan juta kepada negara dan mencemarkan imej negara.




Imej hodoh atau imej baik untuk negara?


Panganjur pula patut tahu bahawa permit penting supaya mereka mengetahui sama ada mereka cukup bersedia dan mampu menganjurkan perhimpunan yang besar seperti yang mereka inginkan. Penganjur perlu ada senarai semak (check-list) untuk mereka pastikan keselamatan peserta program mereka terjamin. Ini ada beberapa panduan untuk Ambiga dan penganjur Bersih supaya penganjuran mereka mendapat permit di masa depan;

1. buat senarai semak tindakan-tindakan yang boleh diambil bagi mengawal peserta perhimpunan

2. lantik jumlah urusetia yang mencukupi untuk mengawal peserta demonstrasi

3. pastikan setiap peserta membuat pemeriksaan kesihatan. Jangan benarkan orang tua, mereka yang berpenyakit, ibu mengandung dan kanak-kanak terlibat dalam aktiviti yang mempunyai risiko seperti ini.

4. ambil perlindungan insuran berkelompok agar perseta tidak mati sia-sia

5. pastikan ada pasukan perubatan yang mencukupi bertugas untuk merawat peserta yang menerima kecelakaan

6. buat sesi penerangan untuk pastikan setiap peserta faham risiko yang bakal diambil dan minta mereka tandatangan borang yang mereka tidak akan ambil sebarang tindakan undang-undang kepada penganjur sekiranya kecelakaan berlaku di atas diri mereka




Polis London serang menggunakan kuda selain cota

No comments:

Popular Posts