Wednesday, July 13, 2011

#BerSHIT Chua Soi Lek - kerugian akibat #Bersih lebih dari RM100 juta


Chua Soi Lek - perhimpunan untuk jejas imej negara dalam negara dan antarabangsa


Negara rugi lebih dari RM100 juta kerana Bersih degil dan hendak berarak di Kuala Lumpur. Ada pihak menipu dengan mengatakan bahawa YDP Agung dan Balai Polis Dang Wangi telah membenarkan mereka menggunakan Stadium Merdeka. Jika mereka tidak berdegil dan menggunakan Stadium Shah Alam, mungkin kerajaan Selangor akan untung beratus juta.

Kata Khalid Samad dalam tweetnya, gerai yang menjual barangan Bersih dan minuman untung berkali-kali ganda. Sikap pentingkan keuntungan penganjur adalah sikap pentingkan diri. Bagi penganjur, tidak mengapa orang lain rugi, asalkan mereka untung.

Kedegilan Bersih untuk menggunakan Stadium Merdeka merupakan satu provokasi bahawa mereka bukan hendak keamanan tetapi memang hendak membuat kacau. Akibatnya negara rugi lebih RM100 juta.

No comments:

Popular Posts