Thursday, June 9, 2011

Perkasa Putrajaya desak polis dan Peguam Negara tegas tangani pembuat kacau! #Bersih



Sebentar tadi, Wira PERKASA Putrajaya bersama sdr Hisamudin Yahaya dari Gerakan Pemuda Prihatin (GEMPUR) Putrajaya dan NGO-NGO di dalam kawasan Parlimen Putrajaya yang lain seperti Persatuan Pemandu Teksi Putrajaya, Persatuan Gerak Harmoni Putrajaya, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Putrajaya dan Majlis Perundingan Wanita Putrajaya telah membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan Bersih.Wira Perkasa Putrajaya melihat perhimpunan Bersih ini hanyalah sebagai satu penipuan politik kerana akhirnya niat dan matlamat perhimpunan ini menjurus kepada kepentingan politik kumpulan tertentu, iaitu parti pembangkang.

Ia dilihat sebagai pembohongan kerana di sebalik dakwaan pilihan raya tidak bersih, Bersih hanya diam menyepi apabila keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 diumumkan dan setelah pembangkang menawan 5 negeri ketika itu. Pada waktu yang sama mereka terima keputusan pilihan raya yang memihak kepada pembangkang. Contohnya seperti keputusan PRU yang letak Nik Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan selama 21 tahun dan juga kemenangan calon-calon DAP dan PKR dalam PRN Sarawak.

Laporan polis Wira PERKASA Putrajaya hari ini adalah supaya pihak polis mengambil tindakan tegas untuk menghalang perhimpunan Bersih ini sebelum berlaku. Jika pihak polis gagal menghalang ia dari berlaku, maka Wira PERKASA Putrajaya mahu pihak polis mengambil foto dan video penganjur dan peserta yang terlibat dalam perhimpunan haram ini. Dengan bukti yang ada, Wira PERKASA Putrajaya mendesak Peguam Negara agar tidak teragak-agak dan banyak memberikan alasan untuk tidak mendakwa mereka yang terlibat menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram ini.

Wira PERKASA Putrajaya juga menyeru agar semua rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mahukan keselesaan dan keselamatan mereka terjamin, benci negara diporak perandakan oleh samseng-samseng jalanan seperti Bersih dan tidak mahu imej negara dirosakkan, agar bangkit menyatakan penentangan mereka terhadap Bersih. Selagi kita berdiam diri, pihak yang suka mewujudkan anarki dan kekacauan di dalam negara akan merasa bahawa mereka berada di pihak yang benar dan perbuatan mereka ini direstui majoriti rakyat Malaysia.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Popular Posts