Saturday, June 4, 2011

Apabila ulama berpecah, Mat Sabu, pelopor istilah Aljuburi dan Puak Erdogan yang menang





Pas nampak tidak lagi dipimpin oleh kumpulan ulama atau yang berpendidikan agama, sebaliknya dikuasai oleh puak Erdogan, yang pernah dibayangkan oleh Mohamad Daud Iraqi sebagai pengguna politik wang dalam pemilihan Pas.


Mat Sabu mendapat 420 undi manakala penyandang jawatan, Nasharudin Mat Isa menerima hanya 224 undi dan Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat 399 Undi. Kalaulah kumpulan berpendidikan agama boleh bersatu, maka badut rakyat yang bukan ulama dan profesional ini tidak mungkin menang.

Jelasnya Mat sabu hanya ada mendapat sokongan 40.2%. Hampir 60% perwakilan sebenarnya menyokong pemimpin dari golongan ulama.

Dengan perpecahan di kalangan golongan ulama atau berpendidikan agama, akhirnya kumpulan Erdogan mendapat kuasa. Mat Sabu menang sebagai Timbalan. Jawatan naib pula dimenangi oleh Salahuddin Ayub, Mahfuz Omar dan Husam Musa. Salahuddin meraih 753 undi, Mahfuz, 616 undi dan Husam Musa, 660 Undi.

Turut menang adalah pemimpin yang menyokong usaha memurtadkan umat Islam secara halus, iaitu Khalid Samad.

Antara yang kalah adalah bekas Menteri Besar boneka Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangan Pas, Idris Ahmad. Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

Pemenang bagi jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS adalah seperti berikut:

Mazlan Aliman (884)
Dr Hatta Ramli (765)
Kamarudin Jaffar (739)
Hanipa Maidin (735)
Azizan Abdul Razak (721)
Dzulkefly Ahmad (702)
Mujahid Yusuf Rawa (651)
Khalid Samad (643)
Ghani Shamsuddin (579)
Amiruddin Hamzah (576)
Abdul Wahid Endut (556)
Abu Bakar Chik (527)
Mohd Amar Abdullah (470)
Mahfodz Mohamed (449)
Siti Mariah Mmahmud (445)
Hassan Mohamed Ali (437)
Abdul Ghani Abdul Rahman (430)
Nuridah Salleh (416)

4 comments:

Mohd said...

Ini semua adalah pengaruh wang dari Anwar Ibrahim.
Kalau kita tengok balik sejarah di masa Anwar berebut jawatan dlm UMNO, di mana begitu banyak wang yg telah ditaburkan oleh Anwar utk menang, sehingga Ghafar Baba mengaku kalah!
Anwar tahu jika puak Erdogan yg menyokongnya kalah dlm PAS, maka tamatlah perjuangannya utk menjadi PM.
Lebai2 PAS ni kalau tengok duit akan gelap mata. Lihat saja bagaimana mereka telah merembat sehingga licin lincau duit Dana Memali tanpa segan silu melakukan dosa besar memakan duit anak2 yatim.
Apa pun yg menang adalah kaum Cina terutamanya dari DAP yg sedang gelak besar kerana cita2 mereka utk memerintah The Republic of Malaysia sudah semakin hampir.
Utk Kaum Melayu diucapkan tahniah sajalah bila akan menjadi pengemis di tanah air sendiri spt yg telah berlaku di Singapura.
Melayu mudah lupa ??????????

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

possible2, akhirnya geng agama dlm Pas sedar, wang mempengaruhi segala-galanya. Boleh pakai jubah, pakai serban, tp akhirnya prinsip perjuangan asal dilupakan kerana habuan material.

taufik said...

puak umno gonyang dah ngn saf kepimpinan br...

PUU said...

takpa... spa ngan spr bersama kita.. tak kalah punya kita...hehehe

Popular Posts