Blogger Hasutan Akhbar Cina mendedahkan rencana yang disiarkan oleh akhbar berbahasa Cina, China Press yang begitu jelas menyerang MCA. Ini bukan kali pertama akhbar China Press menyerang MCA. Jika tidak silap saya, sebelum ini, blog yang sama juga ada menyiarkan tentang serangan-serangan terbuka dan propaganda akhbar ini terhadap MCA dan pemimpinnya.
Malangnya seolah-olah pemimpin MCA tidak mampu bersuara seperti mengiyakan sahaja propaganda akhbar ini. Sebagai orang muda dalam salah satu parti komponen Barisan Nasional, saya kesal kerana propaganda seperti ini dibiarkan tanpa sebarang jawapan dan protes. Pandangan saya, jika MCA hendak menang dalam pilihan raya umum akan datang, mereka mesti peka terhadap tulisan-tulisan sebegini dan memberi jawapan yang baik. Jika tidak propaganda DAP dan penerbit serta pemilik akhbar China Press akan menghancurkan kredibiliti MCA seperti yang dilakukan terhadap parti SUPP di Sarawak.
Sepanjang pengamatan saya, sejak saya mengenali MCA di bawah kepimpinan Tun Dr Ling Liong Sik, begitu banyak yang telah dilakukan oleh MCA untuk orang Cina berbanding DAP yang hanya tahu bercakap tetapi tidak pernah melaksanakan dasar-dasar yang baik serta membela kaum Cina. Jangan sekali-kali biarkan DAP 'claim mileage' politik di atas segala usaha MCA dan mengambil keuntungan terhadap budi baik yang tidak pernah mereka taburkan kepada kaum Cina.
Amat malang sekiranya MCA tidak peka dengan propaganda negatif akhbar Cina terhadap parti itu kerana akhirnya usaha pemimpin MCA menyatukan ahli-ahli MCA dan memperkukuhkan parti itu akan menjadi ibarat debu ditiup angin.
Di bawah adalah terjemahan artikel China Press yang disiarkan oleh Blogger Hasutan Akhbar Cina semalam. http://hasutan-akhbarcina.blogspot.com/2011/06/china-press-terus-serang-mca-mca.html
1 Jun 2011 (Rabu)
Adakah Calon Wakil Rakyat Itu Penentu Segala-Galanya?
Penulis Shao Xie
Adakah fakta kualiti calon wakil rakyat akan menentukan menang atau kalah dalam pilihan raya?
Bunyi beduk dan gendang musim PRU kini sudah berbunyi, parti pembangkan dan parti pemerintah sedang hangat dalam membuat persiapan dan persediaan, pemimpin Barisan Nasional mahupun pemimpin Pakatan Rakyat telah masing-masing membuat pengiraan, mereka cuba mendekati rakyat, cuba malakukan sesuatu yang lebih luarbiasa
PRU mendatang ini, keadaan mungkin lebih meriah daripada PRU yang lepas-lepas, kerajaan BN yang telah menerima pengajaran yang begitu teruk dalam PRU Mar 2008, seperti apa yang disebut oleh Timabalan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden MCA Chua Sui Lek yang sama-sama berkata, PRU kali ini adalah satu ujian yang amat getir dan yang paling sengit bagi Barisan Nasional.
Chua Sui Lek tidak beberapa lama dahulu pernah berkata, jika PRU kali ini MCA kecundang lagi, MCA tidak akan masuk ke dalam Kabinet, seperti mempertaruhan sesuatu di antara hidup dan mati, beliau seperti mahukan undi simpati, ataupun undi ugutan? Tidak kira apa taktik yang beliau buat, adakah MCA dapat kembalikan jiwa pengundi masyarakat Cina dan penyokong mereka, ini adalah yang lebih penting dan penentu segala-galanya.
Baru-baru ini, oleh kerana Chua Sui Lek mahu membuat tukar ganti wajah baru dalam kepimpinan parti, kepada sesiapa yang kalah dalam PRU lepas akan digugurkan dari bertanding, jika boleh mereka-mereka ini dielak daripada masuk bertanding lagi, kecuali mereka-mereka ini ada sesuatu kelebihan yang agak luarbiasa.
Chua berkata, ini sebenarnya mahu elakkan daripada ditomah oleh DAP yang akan menuduh MCA sebuah parti yang menggunakan barang kitar semula, dikatakan perkara ini bukan untuk menuduh seseorang ataupun individu. Pada masa yang sama, dikatakan MCA asyik tonjolkan muka-muka orang yang sama, dengan itu parti susah untuk mendapat pertukaran pemimpin-pemimpin yang berwajah baru.
Kata-kata Chua itu agak ada kebenarannya, manusia perlu ada penggantinya, jika tidak jika ada sebarang masalah, sudah tentu akan timbul pelbagai isu. Sesebuah parti juga alami nasib yang sama, jika tidak berubah, umpama puluhan tahu perkembangannya seperti sehari sahaja, tidak berkembang langsung, mereka hanya mahu mengharapkan duduk di bawah penjenamaan lama itu dan wajah lama untuk bertanding, ada berapa banyak yang boleh menjamin kemenanan?
Chua mahu wajah baru yang masuk bertanding, sudah tentu orang yang lama akan bertukar ganti orang-orang baru, adakah ini dapat tingkatkan peluang lebih banyak kemenangan kepada MCA? Ataupun kerana takut diejek oleh DAP, dan tidak berani lagi lakukan kitar semula, supaya wajah-wajah lama itu masuk bertanding kembali, supaya tidak mengundang kekalahan lagi?
Kebanyakan Orang Pilih Parti Tidak Pilih Calon
Jika Chua anggap tukar wajah baru bertanding, akan boleh menang besar dan akan dikatakan berjaya dengan berkesan dalam proses tukar wajah-wajah baru dalam MCA, kami tidak tahu sama ada perbuatan itu perbuatan bodoh ataupun satu perbuatan yang dibuat kerana tidak tahu apa-apa. Apa yang semua orang fahami, jika kita lihat PRU yang lepas-lepas, semua kaum yang mengundi di negara ini, kebanyakannya mereka mengundi memipilih parti dan bukan memilih calon, parti yang mereka tidak gemari, anda hantar calon bertaraf maharaja pun mereka tidak hiraukan, maharaja pun tetap akan kalah di medan perang dan golong tikar juga.
Contohnya di PRU Mar 2008, kekuatan angin menentang arus, Pakatan Rakyat hantar calon yang tidak pernah dikenali pun boleh menang besar, dan mereka dapat menang dengan mudah, menyebabkan calon BN yang selama ini kukuh dan kuat di medan peperangan itu kalah teruk, nasib baik darah mereka tidak terkeluar di hidung, mulut dan rongga-rongga kerana geram.
Terutama sekali apabila DAP dapat menguasai kawasan-kawasan Cina, walaupun MCA menghantar orang-orang heavyweight ke tempat-tampat itu, akan kecundang juga, dan ada berapa orang-orang MCA boleh menang di situ? Jika Chua tidak percayakan tahyul ini, kenapa tidak turun sendiri ke kawasan Cheras bertanding satu lawan satu dengan Chen Kuok Wei pada PRU akan datang, kita boleh tengok keputusannya nanti?
Sudah tentu keadaan hari ini tidak seperti keadaan dahulu, mungkin di bawah pelbagai rancangan dan projek perubahan PM itu akan mebuahkan hasil yang positif, mungkin Chua secara tidak berkelibar boleh berpeluang memecah rekod menang, kemas kini semula MCA, kenapa tidak mencubanya?
Ada sesetengah pemimpin MCA juga anggap, kenapa MCA tidak bertarung dengan DAP, ketua lawan ketua, satu lawan satu untuk bertarung menang kalah?
Sudah tentu, jika DAP hantar calon bertarung di kawasan kubu kuat UMNO, pasti akan kalah teruk dan dapat tiket tipis, apatah lagi di kawan Melayu yang dimana dikatakan pengundi Melayu sudah kembali kepada UMNO, wakil calon PKR berbangsa Cina mahu lawan di kawasan tradisi UMNO tidak mungkin boleh menang, sudah tentu calon Cina di kawasan itu akan kecundang?
Jika polisi BN kekal dan tidak berubah, komponen dalam BN tetap dan terus dengar cakap dan telunjuk UMNO, tidak dapat dengan berkesan mempertahankan kepentingan kaum dalam komponen itu, dan masih tidak dapat hapuskan polisi-polisi perkauman yang tidak adil itu, sesiapa sahaja yang dicalonkan tetapi seperti umpama tukar lebel jenama botol tetapi isinya tidak ditukar, sudah tentu ia pasti tidak dapat diterima dan disokong oleh lain-lain kaum, adakah Bos MCA Chua Sui Lek dapat hidu fakta-fakta ini dengan wajar?
No comments:
Post a Comment