Sunday, April 24, 2011

Ahad 24 April - Majlis Pelancaran Akademi Futsal Belia Putrajaya 2011


Setiausaha Program Sdr Nasru Shazwan sedang
memberikan taklimat kepada peserta semalam.

Persatuan Belia Putrajaya akan melancarkan program Akademi Futsal Belia Putrajaya pada hari Ahad, 24 April 2011 di Gelanggang Futsal 1Malaysia, Presint 9, Putrajaya. Program ini dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) yang bertujuan untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat secara intensif yang digerakkan bersama melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ini merupakan satu lagi program Majlis Belia Kawasan Putrajaya, selepas program JOM Cari Kerja yang mendapat sambutan memberansangkan pada bulan Disember 2010 yang lalu.

Melalui program seperti Akademi Futsal ini, Persatuan Belia Putrajaya berharap akan dapat bersama-sama dengan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menggalakkan amalan cara hidup sihat di samping menganjurkan aktiviti yang dapat memperkukuhkan kemahiran golongan belia dan meningkatkan kemampuan kesihatan seseorang individu, kumpulan atau masyarakat. Pada waktu yang sama, adalah menjadi hasrat Persatuan Belia Putrajaya untuk mempertingkatkan persekitaran sosial masyarakat Putrajaya dan membantu melaksanakan agenda pembangunan Putrajaya sebagai sebuah Kejiranan Bestari.

Secara umum bolehlah digariskan bahawa objektif utama program Akademi Futsal ini adalah untuk:

  1. Mempromosi amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan & riadah, interaksi sosial dan berpersatuan secara sistematik.
  2. Menggalakkan amalan kesihatan yang dianjurkan dilakukan secara tetap mengikut panduan semasa berlangsungnya program ini.
Sasaran khusus dan saintifik yang ingin dicapai melalui program ini adalah;

  1. 80% peserta akan mencapai Indeks Jisim Tubuh (BMI) yang ideal/ berat badan yang unggul.
  2. 80% peserta akan bebas daripada kecederaan semasa bersukan.
Sekalung penghargaan kepada LPKM yang telah sudi membantu pelaksanaan sebuah program yang mempunyai nilai yang tinggi kepada anak-anak muda dan golongan belia di Putrajaya.

Berikut adalah aturcara yang dipetik dari blog Persatuan Belia Putrajaya.


AKADEMI FUTSAL BELIA PUTRAJAYA 2011
ATURCARA MAJLIS PELANCARAN
AKADEMI FUTSAL BELIA PUTRAJAYA 2011
24 APRIL 2011
GELANGGANG FUTSAL 1MALAYSIA PRESINT 9 PUTRAJAYA


8.30 pagi Pendaftaran Peserta Akademi Futsal Belia Putrajaya 2011

9.30 pagi Ketibaan VVIP Ahli Parlimen Putrajaya,
YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor

9.35 pagi Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis

9.40 pagi Bacaan Doa

9.45 pagi Ucapan Alu-aluan
Sdr Tun Faisal Aziz Ismail
Pengerusi Persatuan Belia Putrajaya

10.00 pagi Ucapan Perasmian
YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Ahli Parlimen Putrajaya

10.30 pagi Gimik Pelancaran Akademi Futsal Belia Putrajaya 2011

10.40 pagi Penyampaian Cenderahati kepada Ahli Parlimen Putrajaya

10.45 pagi Jamuan Makan

11.15 pagi Kepulangan VVIP

11.30 pagi Para peserta memulakan Latihan Kecergasan

12.30 tgh Bersurai

1 comment:

RB said...

salam Tun,minta pautkan link saya pada blog tun :),telah saya berbuat jua ,terima kasih.

http://www.rajahbinai.blogspot.com

Popular Posts