Friday, March 18, 2011

Alkitab - mengundang malapetaka


Keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melepaskan Alkitab nampaknya mengundang malapetaka. Jika sebelum ini isu terjemahan Biblical God sebagai Allah telah reda, namun hari ini perbalahan antara penganut agama Kristian tertentu dengan umat Islam Malaysia telah timbul semula.

Apabila tidak dilepaskan, ada pihak menuntut agar ia dilepaskan. Bila dilepaskan dengan cop untuk penganut agama kristian saja, pun masih ada yang berbunyi di pihak mereka. Apa sebenarnya yang mereka mahu?

Pandangan saya mudah;

1. terjemahan Biblical God sebagai Allah tidak betul, salah dari konteks bahasa dan teologi. Jalan paling mudah adalah, terjemahkannya sebagai Tuhan. Rasanya tidak ada sesiapa yang menghalang. Oleh kerana tidak ada asas bahawa Bibilical God perlu atau wajar diterjemahkan sebagai Allah dalam Bahasa Melayu, saya suka mencadangkan Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Ulama menyaman kerajaan Malaysia di atas keputusan membenarkan kemasukan Alkitab ke dalam negara ini dan menyaman pihak yang membawa fahaman salah bahawa Biblical God itu wajar diterjemahkan sebagai Allah di negara ini dan meminta mahkamah menghalang mereka dari menggunakannya dalam apa keadaan sekali pun di dalam negara ini.

2. pengimport Alkitab ini harus faham syarat-syarat untuk mengimport bahan terlarang seperti Alkitab ini. Kenapa sengaja mengimport bahan yang dilarang? Apa niat pengimport ini? Jika dalam peraturan diwajibkan pengimport mencetak (cop) perkataan 'Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja', maka jangan tunggu sehingga dirampas atau KDN mencetak perkataan tersebut di atas Alkitab. Seharusnya mereka melakukannya secara sukarela. Bila sendiri tidak mahu buat, jangan salahkan pegawai KDN yang perlu melaksanakan tanggung jawab mereka.

3. Apa salahnya perkataan 'Untuk Penganut Agama Kristian Sahaja' dicetak di atas Alkitab? Melainkan mereka ada niat lain, iaitu memang niat mereka untuk menggunakan Alkitab ini ke atas orang yang bukan penganut agama Kristian? Gereja kena jujur dalam hal ini. Jika yang mereka mahu adalah Alkitab, maka mereka telah memperolehinya.

4. Oleh kerana ia sememangnya untuk penganut agama Kristian, maka pegawai KDN telah membantu mencetak perkataan tersebut untuk mereka. Jika mereka tidak mahu KDN mencetakkannya bagi pihak mereka, maka sewajarnya cetakan itu dibuat secara sukarela, sebelum ia sampai ke Pelabuhan Klang dan Kuching.

Sepatutnya isu tidak timbul lagi sebab:

i. pihak gereja dan pengimport telah memperoleh Alkitab yang mereka inginkan

ii. mereka faham sejak awal lagi bahawa import Alkitab perlu mematuhi syarat-syarat tertentu, termasuk Alkitab adalah untuk kegunaan orang Kristian sahaja.

iii. ia bukan untuk kegunaan bukan Kristian, termasuk penganut Hindu, Buddha dan lain-lain, maka tidak salah untuk dicetak perkataan 'untuk Kegunaan Penganut Agama Kristian sahaja'.

iv. Bagi perlepasan di Pelabuhan Klang, tentunya KDN telah mendapat nasihat dari Peguam Negara dalam hal ini sama ada ia mempunyai implikasi terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung.

Ia satu keputusan yang sukar, tetapi di negara berbilang agama seperti di Malaysia, perkara ini wajar ditangani dengan baik kerana ia boleh menimbulkan ketegangan di antara agama. Kerajaan BN sentiasa cuba mengharmonikan keadaan, sebaliknya pembangkang akan sengaja membakar api permusuhan.

Ia tidak sukar difahami kerana pembangkang tidak mungkin mendapat kuasa melainkan dengan mewujudkan sama ada keadaan anarki, mensabotaj kerajaan atau menggunakan kuasa asing dan pihak luar.

1 comment:

PUU said...

Banyak sgt nakhoda.. ada menteri bg, ada tak. semua nak harap pm najib.. jenuhb dia mikir.

Popular Posts