Thursday, March 17, 2011

Jentera perang siber bersatu untuk membantu rakan di Sarawak


Tulisan rakan blogger Audie sangat memberi makna kepada saya dan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO. Tulisan beliau Bloggers "Mari berjumpa, Mari Berhubung" mengingatkan saya sedikit sebanyak tentang permulaan hubungan UMB PPUM dan UMB PBB sejak tahun lepas lagi.

Dalam rekod saya, UMB telah mula turun untuk menghulur persahabatan dan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan di Sarawak sejak awal bulan Oktober 2010 lagi. Hubungan ini bermula dengan niat murni, iaitu rakan-rakan jentera perang siber (cybertroopers) di Semenanjung berharap untuk mengetahui sebanyak mungkin maklumat dari sumber yang boleh diyakini agar maklumat ini boleh dikongsikan kepada khalayak di Semenanjung.

Alhamdulillah salam pershabatan kami disambut dengan mesra oleh rakan-rakan di sana di bawah kepimpinan sdr Aziz Tan Sri Adenan, Ketua Penerangan PBB (klik). Hubungan ini terus berkembang dan atas semangat untuk membantu kemenangan BN, hari ini jalinan kerjasama ini diperkukuhkan lagi dengan lebih ramai rakan-rakan dari parti komponen, iaitu dari SUPP, PRS dan SPDP.

Ketika membentuk hubungan ini, tidak pernah sekali pun saya dan rakan-rakan dalam UMB memperlekehkan mana-mana rakan blogger dari Semenanjung kerana bagi kami, kita bersama-sama dalam satu pasukan, walaupun saya tahu ada pihak yang berterusan memperlekehkan UMB di hadapan rakan-rakan blogger Sarawak.

Tulis Audi, "UMNO UMB has gone through a tough time with many discrediting their existance and many are even accusing certain individuals of protecting their own. Some even project themselves to carry a cause but in fact they are more like ’mercenaries”. In the real world a good example would be a football team. The Real Madrid player ‘Ronaldo” would just be a another ordinary player if his teammates colloborate to sideline him and make a fool of his abundance talent by not passing the ball to him."

"UMB BN Sarawak made up of the 4 component parties in Sarawak in PBB,SUPP,PRS and SPDP have come together and put a structure together and organised itself to be ready for the impending elections and beyond. They have sought the help of their counterparts in UMNO UMB and in a short space of time got their act together to do battle in the blogsphere."

Seperti lazim, UMB menghormati heirarki kepimpinan dan struktur jentera BN Sarawak. Kunjungan hormat kami sejak lama dulu adalah untuk memahami budaya, suasana dan persekitaran di Sarawak. Kami percaya dalam melaksanakan tanggungjawab perjuangan, hubungan persahabatan dan kepercayaan adalah perkara yang paling utama. Insya-Allah dengan izin rakan-rakan di sana, kami akan membantu rakan-rakan di sana sedaya upaya kami.

Bahang Pilihan Raya Negeri Sarawak semakin terasa. Seruan Perdana Menteri, 'mari berjumpa, mari berhubung' telah kita lakukan sejak tahun lepas lagi, hari ini kami ingin mengatur langkah bersama-sama rakan-rakan blogger dan cybertroopers di sana "Berjuang Untuk Sarawak".

1 comment:

anakjengayan said...

Syabas.

Sila link blog saya di bawah:

http://anakjengayan.blogspot.com

Daripada Ketua UMB Pemuda PRS.

Popular Posts