Sepanjang ingatan saya, setakat hari ini, solat hajat Pas sememangnya lebih menguntungkan UMNO dan BN berbanding Pas dan Pakatan Pembangkang (PR).
Suatu ketika dulu Pas pernah menganjurkan solat hajat Pas untuk memohon agar Allah SWT menunjukkan kebenaran mengenai Anwar Ibrahim. Akhirnya Allah SWT menunjukkan satu demi satu penipuan yang dilakukan, bermula dengan dongeng racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkuk, lari ke Kedutaan Turki kerana nyawa terancam, tragedi 16 September, gerakan keluar beramai-ramai pemimpin PKR dan terkini drama perbicaraan Liwat siri 2.
Saya juga masih ingat, solat hajat Pas yang dilakukan dengan penuh riya' di hadapan orang ramai dan khabarnya di Ipoh, tidak menghadap ke arah qiblat. Akhirnya hasil solat hajat ini juga berpihak kepada UMNO dan BN apabila mahkamah memutuskan bahawa Nizar Jamaluddin bukan Menteri Besar Perak yang sah.
Mungkin disebabkan faktor ini, selepas Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi tentang kedudukan Nizar sebagai MB Perak pada bulan Mei 2009, Nizar lebih suka mengadakan mogok lapar berbanding melakukan solat hajat. Selepas menyedari perbuatan itu tidak Islamik, Nizar telah mengubahnya menjadi puasa sunat yang sekadar membuktikan tahap kefahaman agama Islam Nizar yang begitu dangkal. Mungkin Nizar hendak mengelak dari melakukan solat hajat kerana dia sudah boleh menjangka bahawa hasil solat hajat ini juga akan menyebelahi UMNO dan BN.
Kali ini Pas melakukan solat hajat lagi di Stadium Melawati, Shah Alam. Temanya pun sedap - 'Selamatkan Selangor'. Soalnya Selamatkan Selangor daripada siapa dan untuk apa?
Jika solat hajat ini untuk menyelamatkan Selangor dari kelemahan tadbir urus dan rasuah, maka terbukti sehingga hari ini Menteri Besar Khalid Ibrahim telah gagal dalam melaksanakan tanggung jawabnya. Isu kecurian pasir, rasuah pemimpin DAP yang ter'hapus' akibat kematian misteri Teoh Beng Hock, pemindahan kuil, pemindahan tanah perkuburan di tanah waqaf dan janji-janji Pilihan Raya Umum ke-12 yang masih belum ditunaikan adalah antara kelemahan kepimpinannya. Rakyat turut mempersoalkan bagaimana wang rakyat boleh disalah gunakan untuk menggerakkan aktiviti media PR menerusi akhbar Selangorkini dan demonstrasi jalanan kerajaan negeri menentang Syabas.
Adakah solat hajat untuk Selamatkan Selangor ini untuk menegakkan Islam di negeri Selangor? Kalau itu matlamatnya, maka Pas perlu berhati-hati kerana setakat ini di dalam negeri Selangor terbukti bukan sahaja kerajaan PR Selangor gagal menghapuskan sama sekali kilang arak, premis judi, premis menjual arak, termasuk hotel dan 7-Eleven, premis-premis maksiat termasuk rumah urut dan karaoke serta konsert-konsert hiburan seperti yang diperjuangkan oleh Pas selama ini, malah diberitakan bahawa jumlah premis-premis ini pula semakin bertambah.
Sekiranya `Selamatkan Selangor' bermaksud Pas mahu menghapuskan kepercayaan `syirik' berdasarkan standard yang diguna pakai oleh Pas pula, maka Pas perlu memikirkan semula tindakan parti itu yang tidak berjaya meng`Islam'kan pemimpin sosialis PKR dan DAP, sebaliknya membantu mempromosikan pula pemimpin sosialis dan fahaman sosialisme di surau dan masjid.
Jika soal menghapuskan amalan `syirik' yang bertuhankan ideologi sosialisme ini gagal dilakukan oleh Pas, apa lagi perkara yang besar seperti mendapatkan persetujuan pemimpin-pemimpin sosialis PKR dan DAP untuk menyokong pelaksanaan Negeri Hudud Pas di negeri Selangor. Pas perlu ingat bahawa selagi parti itu gagal melaksanakan Negeri Hudud ini, maka berdasarkan standard mereka, selagi itulah pemimpin dan ahli Pas akan terperangkap sebagai golongan `kafir' . Maka mahu tidak mahu, sebelum terpaksa mengkafirkan diri sendiri, lebih baik mereka memastikan pelaksanaan Negeri Hudud Pas ini dapat direalisasikan di negeri Selangor.
Setakat ini sebagai parti yang mempunyai kerusi tercorot dalam kerajaan PR dan tidak didengari pandangannya, Pas tidak mampu memainkan peranan yang signifikan untuk menghalang konsert hiburan dan menutup premis judi dan arak, apa lagi untuk menegakkan Negara Hudud yang menjadi perjuangan Pas selama ini dan mempunyai kaitan yang amat rapat dengan aqidah pemimpin dan pengikutnya.
Jelasnya di Selangor, dalam konteks politik dan perjuangan Islam, Pas hanya layak dikategorikan sebagai `balaci' PR. Mungkinkah ini penghinaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada parti yang menolak perpaduan sesama Islam dan memperalatkan Islam untuk kepentingan politik pemimpinnya? Pas bukan parti yang signifikan dalam Perjanjian Syaitan; sekadar diboneka di negeri Perak, diperkuda di negeri Selangor dan ibarat hampas di Pulau Pinang.
Teruskan solat hajat 'Selamatkan Selangor'. Insya-Allah, Allah SWT akan maqbulkan permintaan Pas agar Selangor diselamatkan oleh kepimpinan UMNO dan BN.
1 comment:
PAS sekarang merupakan parti Parti AgamaIslam Syirik.
Amatlah malang sekali Ustaz Abd Hadi Awang menyetujui segala kekafuran Nik Aziz Nik Mat itu. Nik Aziz sudah patut berundur sesuai dgn slogan PAS dulu semasa Tun Mahathir menjadi PM; WEE DOH LAMO DOH! Ramai lagi Ustaz2 berkelayakan dan penuh ilmu Islam yg syumul di dada dari Nik Aziz sekor ni.
Ingatlah alUstaz Abd Hadi, anda akan sama-sama masuk lubang biawak dgn Nik Aziz jika tidak langsung berani mencegah kekafuran Nik Aziz. Inilah amalan SYIRIK dan ASOBIYAH SEJATI.
Sedarlah semua sdr kita dlm PAS, pintu taubat masih terbuka balik ke perjuangan Islam yg benar bukan menjadi hamba syaitan2 PKR dan DAP, parti serpihan PAP Singapura! Belajarlah dari sejarah Melayu nusantara ini baik hitam baik putih ianya senantiasa menjadi pengajaran masa depan Ummah!!!
Post a Comment