Thursday, November 4, 2010

Nalla - undurlah Anwar, Dr M benar..




UTUSAN MALAYSIA

Anwar, undurlah demi negara, rakyat, keluarga - Nalla

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_03.htm


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar berundur segera dalam politik dan berhenti daripada terus 'berlakon' serta menipu rakyat demi masa depan negara serta keluarganya.

Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakarupan berkata, memang sudah sampai masanya untuk Ketua Pembangkang itu bersara dalam arena politik seperti yang disarankan oleh bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin.

Beliau bagaimanapun percaya, Anwar tidak akan menerima saranan itu kerana Penasihat PKR tidak akan berhenti melakukan sesuatu sekiranya cita-citanya belum tercapai.

Jelas beliau, Anwar kini menggunakan platform politik untuk mencari jalan keluar daripada tuduhan kes liwat yang dihadapinya itu dan pada masa sama merancang 'konspirasi' politiknya sendiri.

"Bagaimanapun, kepada Anwar, terimalah nasihat daripada Dr. Mohd. Asri itu dengan hati terbuka. Berundurlah demi masa depan negara, rakyat dan juga keluarga," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohd. Asri semalam bahawa, sudah sampai masanya Anwar bersara daripada dunia politik kerana banyak rentak politiknya dilihat semakin tidak seimbang.

Menurut Mohd. Asri, Anwar perlu menerima hakikat bahawa zamannya akan menyusur pergi dan tidak mungkin generasi baru akan terus bertahan untuk melihat reka bentuk cerita politiknya yang sama.

Nallakarupan berkata, Anwar juga harus menerima kenyataan bahawa tiada pembohongan dalam tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang memecatnya ekoran pendedahan kes liwatnya pada 1998.

"Apa yang Dr. Mahathir cakap itu semuanya benar. Tidak ada pembohongan langsung. Apa yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan negara dan juga Anwar sendiri," katanya.

Tindakan Dr. Mahathir itu jelas beliau, membuatkan Anwar sehingga kini marah dan ingin membalas dendam kepada UMNO dan bekas Perdana Menteri itu.

"Sehubungan itu, pelbagai tindakan dilakukan Anwar demi menjatuhkan UMNO dan saya percaya selagi cita-cita itu belum tercapai Anwar tidak akan berundur daripada karier politiknya.

"Hanya pemimpin yang bermaruah dan berakhlak tinggi akan menerima pandangan daripada bekas Mufti Perlis itu," katanya.

2 comments:

d said...

Salam Perjuangan,

Blog Gelombang Rakyat ingin mengucapkan SYABAS kepada Tuan yang berjaya menghasilkan sebuah blog yan begitu mantap dengan artikel2 yang bernas.

Di harap dapat memberi tunjuk ajar mengenai cara penghasilan artikel yang mantap.

Kepimpinan anda di dalam Unit Media Baru (UMB) telah menghasilkan blogger2 yg sgt efisyen.

Saya salah seorang blogger Wangsa Maju yang bsama Blogger2 UMB sepanjang 13 hari di Galas semasa PRK DUN tersebut.

Banyak perkara yang saya pelajari apabila bsama blogger2 di bawah UMB.

Saya dan kesemua team blogger Wangsa Maju akan turut sama membantu dalam mendedah dan membongkar strategi kotor pembangkang.

Saya tlh linkkan blog Tuan di dalam blog pilihan di blog saya..

Harap Tuan juga dapat linkkan blog saya bagi memperkenalkan kepada pengunjung di blog anda..


SEKIAN, SALAM KASIH IKHLAS DARI,

Melayu CinDia
Blogger Gelombang Rakyat.

http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

gelombang rakyat,

tq dan tahniah kerana telah terlibat utk memastikan kemenangan BN di Galas tempoh hari. Alhamdulillah sedikit sebanyak UMB dapat berkongsi pengalaman tentang seni peperangan dalam PRK dengan sdr. masih banyak yang perlu kita betulkan dan pelajari, sama2 lah kita belajar dan meningkatkan kemahiran kita. Teruskan perjuangan, insya-Allah kita akan berjaya dalam jihad ini. :)

Popular Posts