Wednesday, November 3, 2010

Agenda Pembangunan BN di Sandakan bukan hanya untuk PRK


Berbeza dengan negeri yang dikuasai pembangkang, seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor agenda pembangunan Barisan Nasional (BN) telah berjalan sejak 2008 dan berterusan sehingga hari ini.

Beberapa projek yang sedang dilaksanakan di Sandakan ketika ini adalah Sandakan Harbour Square yang dijangka siap sepenuhnya pada hujung tahun 2010, Sandakan Education Hub yang melibatkan pembinaan 5 buah kolej dan kampus cawangan, Sandakan Integrated Trade Exchange Terminal (SITExT) seluas 135,800 m2 di Batu Sapi dan projek menaik taraf Jalan Labuk dari KM15 ke KM26 Sandakan.

Sejak menerima mandat segar pada tahun 2008, sejumlah 16 projek pembuatan telah dilaksanakan melibatkan jumlah pelaburan sebanyak RM 267.17 juta. Pada tahun 2010 pula, diluluskan lagi sebanyak 10 lagi projek pembuatan bernilai RM 91.54 juta. Keseluruhan projek yang telah diluluskan ini tentunya membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan akan menjana ekonomi Sandakan, termasuk untuk penduduk Batu Sapi.

Jika ingin memilih calon dari PKR dan SAPP, tentulah rakyat Batu Sapi yang akan rugi kerana mereka hanya boleh berjanji dan bercakap sahaja. Sedangkan wakil rakyat BN disokong dan dibantu oleh kerajaan Negeri Sabah.

Jadi pilihlah Wakil Rakyat yang boleh menyelesaikan masalah rakyat Batu Sapi, bukan calon dari luar yang tidak tahu keadaan di Batu Sapi dan yang tidak berada dalam kerajaan untuk menyelesaikan masalah rakyat Batu Sapi. Undilah BN untuk pembangunan dan masa depan anak-anak Batu Sapi!

No comments:

Popular Posts