Friday, August 27, 2010

Mendoakan Guan Eng, di mana silapnya?

Harbi atau zimmi?

Saya adalah dalam kalangan yang bertaqlid kepada pandangan bahawa tidak salah dan tidak berdosa mendoakan bukan Islam, lebih-lebih lagi jika mereka tergolong daripada kalangan zimmi. Jadi apa silapnya khatib di Pulau Pinang?

Pertama, Lim Guan Eng adalah seorang sosialis yang disifatkan oleh pemimpin tertentu sebagai diktator cauvinis berfikiran komunis. Polisi dan tindakannya disifatkan sebagai tidak mesra Melayu dan Islam. Malah dia digelar oleh kelompok blogger sebagai Ketua Menteri paling dibenci dalam sejarah Pulau Pinang. Dari mendoakan dia, mungkin lebih elok khatib tersebut mendoakan pemimpin Islam yang jatuh dalam kategori ulil-amri, mendoakan kesejahteraan umat Melayu dan Islam yang tertindas, mendoakan masyarakat Palestin yang dizalimi dan akhir sekali agar Pulau Pinang bebas dari kezaliman dan diperintah oleh pemerintah yang adil dan saksama serta memastikan agama Islam tertegak dan terpelihara.

Kedua, golongan Pas tidak perlu menjadi munafiq dan hipokrit mempertahankan khatib ini kerana Pas diragui dari segi keutamaan mereka dan keikhlasan. Pemimpin dan pengikut Pas bukan saja tidak mendoakan yang elok-elok untuk pemimpin Islam yang jatuh dalam kategori ulil-amri sebaliknya mendoakan kecelakaan terhadap mereka. Ini terjadi ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketiga, jika sayang sangat terhadap Ketua Menteri sosialis ini, tidak perlulah bersifat derhaka dan tidak membacakan doa ke atas DYMM Tuanku Agung sebaliknya menggantikannya dengan doa ke atas Guan Eng. Nampak sangat kepandirannya.

Adakah ini agenda anti-Federalisme DAP yang akan menyebabkan negara Malaysia ini terpisah-pisah?

Bagi khatib yang tidak berapa faham fiqh keutamaan dan kesesuaian ini, tolonglah belajar... Pihak berkuasa pula, tolonglah ajar dan kursuskan dia sehingga dia pandai.

4 comments:

Panglima Perang Cyber said...

tulisan yang baik tun. tidak sabar baca tulisan selanjutnya.

selamat Nuzul Al Quran Tun !

Kenn said...

Sketsa di sebuah Rumah Perkampungan Melayu.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tq panglima :)

kucingbacakitab said...

Salam. Sya berasal dri Pdg. Menora, P.Pinang. Saya adalah seorang saksi sewaktu doa utk Guan Eng dibacakan di Msjd Pdg Menora. Isu ini melibatkan agama Islam, oleh itu kita kembali penyelesaian menurut Islam. Peristiwa ini dah blaku lama iaitu bln Jun yg lps. Lporan sesetengah media x lah bgitu bnr sprti apa yg berlaku. Utk makluman doa yg dibaca ialah supaya G.Eng mendpt petnjuk & hidayah untk memeluk Islam. Saya bknlah mahu membela puak2 'komunis' ni. tp kita tgk dri sudut Islam. Ada 3 situasi.

SITUASI PERTAMA: Kita ada sorang rkan iaitu Ah Cong. Sewaktu solat kita doakan spya dia dpt hdayah untuk memeluk Islam.

SITUASI KEDUA:Kita ada sorang musuh ketat iaitu Ah Cong. Sewaktu solat kita doakan spya dia dpt hdayah untuk memeluk Islam.

SITUASI KETIGA: Kita ada sorang rkan iaitu Ah Cong. Sewaktu solat kita doakan spya dia dirahmati Allah SWT.

Sesetgh media lbh mnyebut situasi ke-3. Sbg saksi sy ingin mnyatakan bahwa yg brlaku adalah situasi pertama dan ke-2.

Bagi sy ia adalah situasi ke-2.Tiada hukum haram bg stuasi itu. Yg haram adalah situasi ke-3. Oleh itu jgnlah kita selesaikan isu ini dr sudut politik, sbliknya gunakan Islam bg selesaikannya.

Tujuan sy bkn mahu membela puak2 ini, tetapi sbgai Muslim berdosa bg kita utk membatilkan yg hak dan menghakkan yg batil.

Lebih baik kita tgk pd isu2 yg lbih pnting sprti nasib org2 Melayu di P.Pinang. Di Georgetown kini pniaga Melayu dipinggirkn. Hak2 Melayu dinafikan oleh puak2 "komunis dan tali barutnya". Rumah2 tmn,bglo milik bkn Melayu, sbliknya Melayu tggal di flat2 usang dan generasi2 seterusnya mula brhijrah ke Kulim, Pdg Serai dan Sg.Petani di Kedah. Keadaan sbgini samalah sprti pghijrahan rakyt Palestin ke ngra jiran akibat tekanan Zionist.

Isu Melayu PP perlu diketepikan fahaman politik. Selagi mengikut politik, tiada jln pnyelesaian mampu diambil. Kini harta org Melayu PP hnyalah Sbrg Perai dan kaw. Barat Daya. Nmun tndakan Melayu yg rakus mggadaikan tanah hya kerna wang trus mnyebbkan Melayu hilang segalanya. Misalnya kini tanah2 di Balik Pulau byk dimiliki bukan Melayu. Asalnya B.Pulau kaw tnh2 org Melayu. Nmun kini berhektar2 ladg terutama nya ldg durian yg trkenal dgn jolokan Durian Balik Pulau dimiliki bukn Melayu.

Akhir kata, ayuhlah kita sama2 berganding bahu dalam myelesaikan masalah yg tlah lama membelggu Melayu PP. Kerajaan Persekutuan perlu campur tgn dalam mmbela nasib Melayu di PP. Jgn biarkan nasib PP mnjadi sprti nasib wilayah Temasek yg pernah mnjadi kbggaan Melayu dahulu kala.

Popular Posts