Tuesday, May 4, 2010

MCA lemah dan gagal raih sokongan kaum Cina kerana masalah dalaman


Prestasi buruk MCA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini diakui oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. NST melaporkan Chua mengakui bahawa prestasi yang memalukan ini adalah akibat masalah dan konflik dalaman MCA (klik). Itu adalah hakikat sebenar yang perlu diinsafi dan dihayati oleh MCA. Ia bukan kerana MCA tidak cukup vokal dan bukan disebabkan oleh PERKASA.

Anehnya pemimpin tertentu MCA seperti Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Ketua Publisiti MCA Loh Seng Kok melompat apabila Bernama menggunakan tajuk
"Hishammuddin wants MCA to prove relevance of the party to Chinese community" apabila melaporkan kenyataan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika ditanya tentang tahap keyakinan UMNO dan BN terhadap MCA (klik).

Janganlah melompat kerana tajuk yang diberikan oleh Bernama itu tidaklah tepat. Hishammuddin tidak menyatakan sebegitu. Sebaliknya menyatakan bahawa UMNO masih yakin terhadap keupayaan MCA untuk meraih semula keyakinan masyarakat Cina. Bagaimanapun perubahan yang holistik diperlukan untuk mengembalikan sokongan masyarakat Cina terhadap MCA.

Dengan menjadikan UMNO sebagai contoh, Hishammuddin menyatakan bahawa UMNO juga telah mengalami waktu yang sukar dan terpaksa melakukan perubahan bagi memastikan parti itu terus relevan dalam lanskap baru politik negara.

Kenapa perlu jadi defensif Ka Siong dan Seng Kok? Kenapa perlu menunding jari kepada pihak lain? Kenapa tidak akui, seperti yang pernah UMNO akui sebelum ini ketika ia mengalami krisis kepimpinan, bahawa MCA mengalami krisis dalaman parti yang paling teruk dan panjang serta terhakisnya keyakinan masyarakat Cina dalam kes PKFZ sehingga menyebabkan pemilihan parti dan sayap terpaksa diadakan semula.

Apabila tumpuan diberikan bagi menyelesaikan politiking dalam parti, bilakah tumpuan dapat diberikan untuk mengukuhkan jentera parti dan memberi khidmat kepada rakyat? Bilakah masa dapat diberikan untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada masyarakat Cina tentang penipuan pembangkang dan mengartikulasikan sejauh mana BN telah melaksanakan tanggung jawab secara adil bagi memakmurkan kaum Cina di dalam negara ini?

Secara jujur - pernahkah ketiga-tiga pemimpin MCA ini bertanya kepada diri sendiri - sejauh mana mereka telah melaksanakan program pengukuhan jentera parti selepas kempimpinan baru MCA dipilih?

Saya yakin keadaan MCA berbeza dengan keadaan UMNO dan MIC yang telah menyelesaikan krisis dalaman parti lebih awal dan sempat melaksanakan sejumlah program pengukuhan jentera parti sejak tahun lepas lagi. Malah telah ada hubungan kerja antara Unit Media Baru yang saya pengerusikan dengan unit yang sama fungsinya di dalam MIC sebelum PRK Hulu Selangor lagi.

Disebabkan itu semasa PRK Hulu Selangor, dapat dilihat secara ketara kekuatan jentera pilihan raya UMNO dan MIC berbanding MCA. Tanpa jumlah jentera yang mencukupi dan terlatih, tidak mungkin MCA mampu mendekati setiap pengundi Cina di Hulu Selangor seperti yang dilakukan oleh UMNO dan MIC. Pernahkah pemimpin MCA turun padang dan mengira sendiri jumlah jentera yang ada dan dinisbahkan dengan jumlah jentera UMNO, MIC dan pengundi Cina semasa di PRK Hulu Selangor? Jika ada, berapakah nisbahnya?

Satu lagi punca kelemahan MCA adalah kegagalan untuk mengartikulasikan aspirasi, dasar dan pelaksanaan kerajaan BN yang telah menguntungkan atau memberi manfaat kepada kaum Cina.

Misalnya saya terkejut bila dalam perbualan
twitter, pemimpin PR seperti Hannah Yeoh dan pengikut twitternya tidak menyedari bahawa terdapat sejumlah SJKC dan SJKT yang mempunyai status Sekolah Kerajaan atau yang diberi bantuan penuh oleh kerajaan. Malah mereka juga tidak menyedari bahawa SJKC dan SJKT yang berstatus Sekolah Bantuan Kerajaan sebenarnya mendapat pembiayaan belanja mengurus yang sama dengan Sekolah Kebangsaaan berstatus Sekolah Kerajaan.

Akibat kegagalan mengartikulasikan dasar kerajaan BN yang adil dan saksama dalam pendidikan melibatkan sekolah vernakular, PR dengan begitu mudah boleh mewujudkan tanggapan bahawa semua SKJC dan SJKT ini dianak tirikan oleh kerajaan BN. Sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Oleh kerana sistem tugas di dalam BN memerlukan jentera parti komponen untuk mendekati dan memberi penerangan kepada pengundi mereka, tentulah
`kehilangan' parti MCA sewaktu ia mengalami krisis kepimpinan yang panjang menyebabkan wujud vakum dalam hubungan antara parti dan pengundi.

Seperkara lagi, MCA perlu insaf bahawa mereka tidak seharusnya berenang dan bersaing dalam
`lautan merah' bersama-sama DAP. Mereka seharusnya berenang dalam `lautan biru' bersama Perdana Menteri. Semasa kemerdekaan dan pembangunan Malaysia dulu, MCA tidak mungkin dapat memainkan peranan yang signifikan jika mereka berenang dalam `lautan merah' yang sama dengan PKM dan PAP. MCA tidak mungkin jadi signifikan dalam pembentukan negara Malaysia, jika lebih ramai pemimpinnya mirip Chin Peng dan Lee Kuan Yew berbanding Tun Tan Siew Sin!

Adakah saya yakin dengan MCA? Ya, saya yakin dengan MCA - tetapi mereka perlu membuat
soul searching, mengakui kelemahan diri dan mula melakukan transformasi dalam parti....

6 comments:

Unknown said...

mana lemah pulak...MCA and DAP dok main drama good cop and bad cop la...nanti tengok la lepas ni,MCA punya turn pulak demand something fom kerajaan....mcm tu la game cina ni

Unknown said...

ADOOOOO ...

TOPIK DAH BASI ... BLOGGERS DAH KELUAR 2 MINGGU LEPAS PUNYE CITER ... BARU NAK BUAT ... ?

LOW CLASS ... LOW CLASS ...

LU PI MANA NI !!! BERCUTI OVERSEAS JE KE ...

BUAT KEJE LA ... ORANG BAYAR DUIT BUAT KEJE ... BUKAN PI MELANCONG !!!

BUAT HABIS DUIT GOMEN JE ....

MrQurie78 said...

From my view, keyakinan MCA terhadap pakatan BN agak goyah.Tatkala DAP dapat mengapplikasikan harapan dan tuntutan yang berharga dari kaum Cina di sebelah PR.Manakala mereka seakan pak turut di dalam BN.Tambahan pula langkah-langkah DSAI yang liberal membabi buta serta mengagungkan bangsa mereka dan menjanjikan impian yang tidak akan di dalam pakatan BN.Perkara2 ini yang menyebabkan tersentapnya keyakinan terhadap Pakatan BN.Namun begitu,MCA juga terpaksa menyatakan keyakinan terhadap BN kerana seandainya perkara sebaliknya berlaku ini akan memudaratkan kepada mereka kerana kerajaan kita akan menjadi kerajaan Melayu bukan lagi Malaysia.INilah pada pandangan saya senjata yang sangat ampuh dipunyai oleh UMNO.

ABC said...

Benar Mr Qurie...amat benar! Rujuk http://sayangmalaysia-sysalq.blogspot.com dan rujuk artikel berkaitan yang telah diterbitkan lebih awal lagi mengenai perkara ini.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

melayu atas pagar,

asalkan sdr baca, kira ok la :) tak ada sapa yg ulas mcm ni lg kan? itulah perbezaannya - lain kali, rajin2lah membaca supaya tak senang2 kena tipu dgn PR :)

IES Agencies said...

sorry Tun ,lari topic tapi this is current news

Is police investigation into Aminul Rashid's death hampered by tainted statemetns

read all about it at
http://marahku.blogspot.com/2010/05/is-police-investigation-in-aminur.html

Popular Posts