Kenyataan putar belit Dong Zong
Kata pepatah Melayu, "siapa yang hendak mengaku berak di tengah jalan". Maksudnya orang yang bersalah tidak mungkin akan mengaku kesalahannya. Tidak mengaku itu satu satu hal. Pandai-pandailah. Itu masih boleh diterima lagi. Kata orang-orang tua, "pandai makan, pandailah simpan". Masalahnya ada manusia yang sudahlah tidak mengaku tetapi menunding jari menuduh orang lain pula - itu memang perangai buruk yang tidak boleh diterima.
Di Malaysia misalnya, realiti ini jelas dalam kes rasuah, kerana kita tahu siapa pemberi rasuah yang sebenarnya. Jelas juga dalam perniagaan berunsur judi, minuman keras dan maksiat. Begitu jugalah dalam hal yang berkaitan perkauman.
Blog "Hidup Tuah" telah menyiarkan kenyataan Dong Zong dalam akhbar Cina yang telah diterjemahkan. Dong Zong memutar belitkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan cara ia menjelaskan pendiriannya menunjukkan Dong Zong melihat kenyataan TPM itu dari kaca mata perkauman dan cauvinistik.
Sila baca "Dong Zong menghina Bahasa Kebangsaan / Bahasa Melayu?" di sini untuk memahami kerangka pemikiran RASIS yang dipunyai oleh Dong Zong;
Kerangka pemikiran ini tidak boleh menerima hakikat bahawa Bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang terpelihara dan istimewa sebagai bahasa Kebangsaan negara ini, berbanding bahasa lain seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Kegagalan untuk menerima hakikat ini menyebabkan bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar dalam acara rasmi tertentu walaupun dalam keadaan yang tidak memerlukannya.
Kerangka pemikiran yang sama inilah yang menyebabkan mereka tidak dapat menerima pendapat bahawa bahasa Mandarin bukan bahasa ibunda orang Cina walaupun ada di kalangan orang Cina yang tidak menolak kenyataan ini semasa perdebatan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI).
Kerangka pemikiran ini jugalah tidak dapat menerima bahawa nama `Tony Pua' mencerminkan pemiliknya adalah seorang Kristian dahulu, seorang Cina kemudiannya dan tidak dapat menerima hakikat bahawa di dalam PKR sendiri, `Nik Nazmi' adalah seorang Muslim, terlebih dahulu dan tidak menolak kecintaan terhadap kaumnya - seperti yang dihujahkan di sini (klik).
Kerangka pemikiran seperti ini jugalah yang menyebabkan mereka kononnya bercakap tentang perpaduan, tetapi dalam kempen pilihan raya, mereka memainkan sentimen perkauman seperti yang berlaku di Ipoh, Johor, Hulu Selangor dan apabila mereka mengapi-apikan sentimen etnosentrik kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Kerangka pemikiran ini juga menyebabkan fitnah berleluasa bahawa kerajaan BN meng'anak tiri'kan Sekolah jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan sentimen ini digunakan untuk mengapi-apikan kaum Cina bagi memberi sokongan kepada SJKC tanpa menceritakan bahawa terdapat SJKC yang berstatus Sekolah Kerajaan yang mendapat bantuan penuh dari segi belanja mengurus dan pembangunan sama seperti mana-mana Sekolah Kebangsaan (SK) dan SJKC berstatus Bantuan Kerajaan yang mendapat bantuan sama seperti mana-mana SK yang berstatus Bantuan Kerajaan.
Mereka ini sebenarnya rasis dan kita berharap agar semua parti komponen dalam BN dapat menerangkan perkara sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment