Monday, April 26, 2010

Gagal kosmetikkan Zaid punca PR kalah di Hulu Selangor


Akhirnya ahli politik muda dari MIC, P.Kamalanathan mengalahkan ahli politik terkemuka, seorang bekas Menteri, antara peguam `Melayu' terkaya di Malaysia dan yang penuh kontroversi, Zaid Ibrahim dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Ini merupakan perbezaan 1,923 undi berbanding pencapaian Barisan Nasional (BN) apabila calon PKR Dr Zainal Abidin Ahmad mengalahkan G. Palanivel dengan majoriti hanya 198 undi pada 8 Mac 2008

Kamalanathan, atau nama 1Malaysianya, Kamal, Alan dan Nathan memperoleh 24,997 undi mengalahkan Zaid yang hanya mendapat 23,272 undi dalam satu pertarungan yang amat sengit dan mendebarkan.

Ada beberapa pemerhatian yang menarik untuk saya kongsikan dalam PRK kali ini;

1. Walaupun pada peringkat awal kehendak ramai pengundi Melayu adalah supaya calon Melayu diketengahkan agar peluang kemenangan dapat ditingkatkan, namun apabila Perdana Menteri telah memutuskan untuk menamakan Kamalanathan, seluruh jentera UMNO dan BN telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Malah Kamal sendiri merasa terkejut melihat penerimaan dan sokongan yang begitu memberansangkan daripada pengundi Melayu dan jentera Melayu serta tiadanya SIFAT RASISME di kalangan pemimpin dan ahli UMNO. Dalam berkempen, semangat 1Malaysia dijunjung, Kamal dilihat sebagai individu, bukan melalui kaca mata kaum dan agama, sedangkan perayu undi PR turun memainkan isu pengundi Melayu mesti mengundi calon Melayu dan Islam. Ucapan Tan Sri Isa Samad adalah antara buktinya - dengarkan keseluruhan ucapan beliau untuk menyelami aspirasi BN.



2. Strategi pemilihan calon yang disandarkan kepada pengalaman Parti Kongres India, iaitu dengan meletakkan calon baru di kawasan yang parti kalah, telah menampakkan hasil. Bagi jentera Unit Media Baru, saya telah menegaskan bahawa, kami tidak kisah untuk bekerja keras untuk Kamalanathan atau V.Mugilan, asalkan calon yang lebih muda dan tiada `
baggage' silam diletakkan. Ia bukan soal maruah parti dan individu, tetapi soal menguruskan risiko dan meningkatkan peluang.

Sebaliknya PR telah membuat keputusan yang salah dengan menamakan Zaid sebagai calon.


Walaupun PR bersungguh-sungguh cuba menggambarkan Zaid sebagi calon `
TERBAEKKK' (terbaik), yang mempunyai integriti yang tinggi, yang berpengalaman sebagai Menteri, seorang peguam yang kaya, berjaya dan sebagainya, NAMUN, usaha mengkosmetikkan dan menjenamakan semula Zaid tidak berhasil.

Zaid, yang lebih dikenali sepanjang kempen PRK Hulu Selangor sebagai
Zaid al-Araqi dan Zaid `Zack' Daniel tidak dapat diterima oleh sebilangan segmen dalam kalangan pengundi yang melihat bahawa Ahli Parlimen yang bakal mewakili mereka perlu bersih dari tabiat minum arak dan berjudi.

Bagi sesetengah ahli dan penyokong Pas pula, mereka merasa berdosa untuk berkempen, menyokong dan mengundi Zaid kerana tabiatnya dan pemikirannya yang dilihat tidak Islamik dari segi cadangan menganjurkan loteri untuk sukan dan penolakan terhadap hukum hudud yang jelas melalui tindakan saman terhadap kerajaan Kelantan.

Ini belum termasuk penolakan dalam parti PKR itu sendiri yang terbayang melalui desas desus bahawa Azmin dan golongan tertentu akan mensabotaj Zaid dan tindakan keluar parti di sepanjang tempoh PRK.

Pengajaran yang wajar diambil oleh BN dalam hal ini adalah -
produk yang rosak, tetap produk yang rosak, walaupun `make-up'nya tebal!

Jangan kita sampai terperangkap melakukan kesilapan yang sama di masa hadapan. Terbukti bahawa Kamal sebagai calon yang lebih bersih dan `sihat' serta tidak mempunyai
`baggage' silam mempunyai peluang yang lebih baik untuk menang walaupun tidak dikenali.

Tahniah sekali lagi kepada Kamal. Selamat melaksanakan tugas dan berkhidmat kepada rakyat dalam semangat dan aspirasi Barisan Nasional. Ingatlah - jawatan ini bukan pangkat penghargaan sebaliknya merupakan beban amanah yang perlu dipikul demi masa depan rakyat Hulu Selangor dan Malaysia.

2 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

TAHNIAH! for all of your new media initiatives and efforts in contributing to #HS #P94, saudara Faisal.

:)

Salam perkenalan.

Popular Posts