Apa yang terjadi di Thailand perlu menjadi iktibar kepada rakyat Malaysia, terutama golongan muda. Seperti yang disiarkan dalam berita, kumpulan penyokong bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra, kumpulan berbaju merah telah memulakan protes `berdarah'. Ini adalah tindakan balas yang kesekian kalinya oleh golongan penyokong Thaksin untuk menuntut Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan semula.
Kesannya mudah - pertama, masyarakat dunia akan melihat Thailand sebagai sebuah negara yang tidak stabil dari segi politik. Kedua, disebabkan itu, ia boleh mengakibatkan keyakinan dunia terhadap Thailand terjejas dan ini akan menjejaskan pelaburan dan industri tertentu, termasuk pelancongan. Ketiga, para penganalisis dan sejumlah rakyat melihat pembubaran Parlimen tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya akan membawa Thailand kepada masalah yang tidak berpenghujung - jika kumpulan berbaju merah menang kali ini, nanti kumpulan berbaju kuning pula akan merusuh dan menunjuk perasaan.
Apa yang diharapkan di Malaysia adalah kematangan rakyat untuk melihat sejauh mana tindakan mereka boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan terhadap negara. Pembangkang memang begitu tugasnya - membangkang, tetapi jika membangkang dalam batas demokrasi masih tidak mengapa. Malangnya pembangkang memilih untuk melakukan kekacauan dengan maksud mendatangkan kesan negatif terhadap persepsi masyarakat dunia terhadap negara.
Ini merupakan antara strategi provokasi yang digunakan oleh pembangkang apabila mengadakan ceramah tanpa permit di beberapa lokasi di dalam negara.
Melalui pendekatan ini, mungkin mereka mengharapkan agar media antarabangsa menyerang dan memburukkan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan Malaysia, UMNO dan sistem kehakiman negara.
Sebenarnya ini adalah `predictable game' Penipu Rakyat. Bermula dengan Bersih, kononnya perjalanan pilihan raya umum di negara ini tidak bersih - tetapi apabila pembangkang memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, nampaknya penggerak gerakan ini langsung tidak berbunyi. Selepas itu, digerakkan demonstrasi jalanan oleh Hindraf pula. Walaupun tuduhan Hindraf adalah berasaskan penipuan tetapi kekacauan ditimbulkan dan api perkauman dibakar. Begitu juga dengan Gerakan anti PPSMI? Krisis DUN Perak? Nampaknya asal ada modal, ia akan dicanai dan disensasikan sehingga menyebabkan kekacauan di jalanan dan dalam negara.
Bukan kepentingan rakyat yang diutamakan, sebaliknya kepentingan nafsu ingin berkuasa yang didahulukan oleh golongan ini.
Peristiwa yang hampir serupa pernah berlaku di dalam tahun 1998.
Akibat pemecatan Anwar Ibrahim, satu gerakan politik telah memperalatkan golongan muda untuk menjatuhkan kerajaan. Fitnah dan penipuan telah dilemparkan. Kononnya krisis ekonomi yang timbul merupakan akibat dari kerajaan yang korup dan yang mengamalkan kroni kapitalisme.
Bagaimanapun apa yang tidak disedari oleh golongan muda ketika itu, alasan korupsi dan kronisme bukan penyebab utama krisis ekonomi. Serangan spekulator matawang dan penarikan modal asing secara besar-besaran merupakan faktor utama kekusutan ekonomi ketika itu. Keterbukaan sistem kewangan dan globalisasi tanpa kawalan telah menyebabkan kegawatan ketika itu. Negara-negara tertentu dan rakyat mereka telah dimiskinkan.
Banyak perniagaan terpaksa ditutup dan dijual pada harga yang murah. Murah, kerana - pertamanya akibat penurunan nilai mata wang oleh spekulator matawang, keduanya disebabkan alasan kelemahan kedudukan kewangan dan kegawatan ekonomi.
Negara ketika itu sedang berada di ambang penjajahan ekonomi, bagaimanapun golongan muda yang terlibat di dalam demonstrasi tersebut telah gagal untuk memahaminya.
Pada saat kerajaan sedang memfokuskan usaha untuk menghalang penjajahan ekonomi oleh kuasa ekonomi asing, demonstrasi dan rusuhan yang disertai oleh mahasiswa telah memburukkan lagi keadaan. Demonstrasi jalanan dan rusuhan ini menjadi bahan berita kepada pihak media asing untuk terus memberi gambaran buruk tentang kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan yang sedang menumpukan perhatian untuk menyelesaikan masalah ekonomi, terpaksa pula mengalihkan tumpuan untuk menghalang perbuatan merusuh bagi mengelakkan keyakinan terhadap kestabilan negara dari terus merudum.
Kita selalu membaca dan menonton kisah-kisah tentang CIA sponsored coup atau CIA sponsored anarchy. Saya percaya cerita-cerita ini tidak direka hanya kerana hendak berseronok suka, tetapi ada asas kebenaran di sebaliknya.
Adakah kita di ambang itu sekarang?
Banyak yang boleh kita pelajari dari krisis politik di Thailand sebenarnya.
Mungkinkah negara akan mengalami kekalutan yang sama jika Anwar Ibrahim didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwatnya? Saya menjangkakan kemungkinan besar kekalutan yang sama akan berlaku.
Pembangkang akan terus membangkang dan berdasarkan rekod, mereka sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa, walaupun akan mendatangkan kemudaratan kepada rakyat dan negara. Ketika ini pun kita lihat pembangkang sanggup menolak Pembentangan Bajet 2010 pada bulan Disember tahun lepas tanpa memikirkan kepentingan rakyat, kaki tangan kerajaan dan ekonomi negara. Kali ini mereka berusaha sedaya upaya menggagalkan reformasi percukaian melalui GST, tanpa mengambil kira kesannya terhadap ekonomi negara ketika ini.
Mustahilkah mereka ini kembali ke jalanan membuat kekacauan? Tidak mustahil sama sekali, memandangkan ada di antara pemimpin ini memang terkenal berdemonstrasi jalanan sejak zaman mahasiswanya; ada yang sanggup menahan bas dan merampas kad pengenalan semasa pilihan raya kecil, sanggup menampar polis dan ada juga yang sehingga menggigit polis. Berdasarkan track record 'makhluk ganas' ini akan melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.
Kenangkan apa yang berlaku di Thailand, Indonesia suatu ketika dulu atau negara-negara lain di dunia ini. Adakah kita sedang menuju arah yang sama? Jika ya - maka rakyat Malaysia yang sedar dan tidak tertipu mempunyai tanggung jawab untuk membetulkan keadaan. Tolak Penipu Rakyat.
4 comments:
Saya tidak akan tertipu untuk kali kedua dan seterusnya... 1998... sudah menjadi sejarah yang mana saya membuat satu kesilapan yang besar iaitu menyokong CIFUT BABI membuta tuli... ingatkan keadilan untuk rakyat rupa-rupanya indah khabar dari rupa... rakyat diketepikan, ISLAM dipermainkan, DAPIG dipertahankan, Kroni didahulukan, jawatan PM yang diidamkan.
Sudahlah anuwar, mati hidup balik pun gua tak caya sama lu beb..
Taktik menakut-nakutkan ini dan membuat andaian menyamakan Thailand dengan Malaysia - ini taktik lapuk ala-Tun Mahathir mungkin berkesan 1998 -tetapi tidak lagi sekarang. "Crying wolf too many times will not work, because only the caller may believe in his calling. Nobody else will, other than the village fools".
Rakyat bukan bodoh di tipu oleh UMNO. Negara Malaysia akan lingkup jika dibiarkan org2 UMNO berkuasa. 52 tahun dah berkuasa kononya nak menaikkan martabat org melayu..tapi hampeh..org melayu makin masih ketinggalan dan negara makin mundur berbanding negara2 yang setaraf semasa 52 tahun dulu...Rakyat tidak rela lagi ditipu oleh UMNO!!!!!!
Aslmu 'alkum sdra TFI & yg mlayri blog ini,
1 Skalipn jka poltik T'land tdak berkemlut, apakh prkra brguna yg dpat kta plajari drdanya, slain sma2 mndukung sistm kufur Sekular-Demokrasi-Kapitalis? Dan, khsus bgi umt lslam, apkah ini tdak ada ntijahnya kpd akidh mreka apbila dgn sengja & sdar redha mndukung sistm kufur itu? Wlhal sring mreka dpringatkan dgn sruan "..masuklah kamu ke dlm lslm scara kffah [total].." Mstahil jka tdak mngtahui akibt drp mngambil lslm
sbhgian & mlontarkannya sbhgian. Sngguh, bnang smpadan antra kufur & mukmin itu trsngat halus. Hal ini tdak akan dpat kta plajari drp T'land sklipun ktika ia aman.
2 lya..lhriahnya kta tnterm2 sja dri ancamn protes gila2 ala-bju merah-bju kning itu. Ttpi di dlm limphn tntraman pmbrian-Nya ini, apakh bnar2, scara hkikatnya, kta aman, slamat & sjahtra? [& bgi umt lslm, slamat di dnia & akhrat - konsep yg mrka imani apbla brakidh dgn akdh lslm?] Kta wjib mliht hal yg kta jlani skarng dri prspektif poltik [pngurusn khidupn] hmba yg mengaku briman kpd Zat Yang Maha Pngatur Khidupan - Allah SWT.
3 Bgi umt lslam, ancman paling bhaya yg trsmbunyi di clah khidpan yg tentram ini bukan penjajahan ekonomi atau ideologi [krena memang pun tlah berjalan di atas tuntunan idelogogi pnjajah], tapi tdak lain adalah kaedah atau cara mreka mmahami & mndukung lslm, iaitu mmisahkn agma drp sstem khidupn - yg pda akhrnya sngat mmberi kesan kpd kmuliaan lslm itu sendri. lnilah ideologi SEKULARISME- akar kpda segla kerosakan.
4 Mnmadai dgn mlihat dulu pda SATU aspek - ungng2. Brmula dgn perkra yg paling asas, iaitu aturn khidupn atau undng2, telah awal2 lagi meWAJIBkan kita spya mntaati DUALISME HUKUM - syara' & sekular. Ktika Zat Maha Pncpita & Maha Pngatur mwajibkan cptaannya [mansia] agar brhkum HANYA dgn hukm2-Nya, mrka [mansia] pun mlantik dri mnjdi pncipta hukm bgi mngatur kehdpan mrka. Krnanya, hukum Allah SWT tleh disyirikkan dgb hukum thaghut - hukum yg diwriskan olh pnjajah. Lalu, di atas landsan ideologi inilah yg lain2 - sstem poltik, ekonmi, sosial, ktatanegraan, dplomatik, dsb hidup dgn darah & jiwa Sekularisme juga.
5 Nmun, tidak ada mana2 parti pol. yg wujud skrang, baik yg berkuasa maupun yg membangkang, membwa umat memikirknnya, jauh skali mnyerukan kpd penegakan daulah - Daulah Khilafah - sstem negara yg pasti tidk mmngkinkan apa yg brlaku di T'land itu dapat muncul di dlm sebuah Daulah lslamiyyah. Mrilah dakwah ke arah itu, krna ngara yg dirdhai & diampuni Allah adalah ngra yg tidk mmbeskan aturn & sstemnya drp al-Quran.
Wallahu a'lam.
Post a Comment