Tuesday, January 12, 2010

Ya atau tidak dalam isu terjemahan God kepada Allah?


Seorang rakan Facebook mengatakan bahawa dengan membenarkan penggunaan nama Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible, semakin ramai penganut agama Kristian yang telah menukar agama kepada Islam di Indonesia dan Arab. Kelakar rasanya mendengar kenyataan ini, lebih-lebih lagi apabila dia gagal mengemukakan sebarang statistik yang menyokong pandangannya.

Jika itu kesnya, mungkin Gereja Katolik sepatutnya menjadi semakin risau untuk menggunakan nama Allah sebagai terjemahan kepada God. Sebaliknya kita melihat begitu ramai yang berusaha untuk membawa Bible terjemahan Bahasa Indonesia yang dipanggil AlKitab masuk ke Malaysia. Apa maksudnya?

Ini apa yang dikatakan oleh Anwar Ibrahim tentang perkara ini dahulu (klik sini).

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din mungkin telah melihat implikasi penterjemahan ini. Disebabkan itu mereka dengan tegas menentangnya (klik sini).

Bagaimanapun bagi mereka yang masih belum dapat memandang jauh kerana kurang pengalaman atau memilih untuk bermain politik, maka mereka memberikan penjelasan yang berbelit-belit; bagaimanapun mengenakan sejumlah sekatan dalam pandangan mereka. Ada juga yang mengatakan mereka risau ia disalah gunakan (klik sini).

Mungkin lebih mudah ditanya kepada mereka (Nik Aziz Nik Mat, Hadi Awang, Anwar Ibrahim, Nasharuddin Mat Isa, Dr Mohd Asri Zainal Abidin) adakah dalam konteks Malaysia, mereka menyokong atau tidak jika;

  1. bahan sebaran dakwah Kristian menggunakan nama Allah sebagai terjemahan God dalam Bible di Malaysia?
  2. Bible terjemahan bahasa Melayu menggunakan perkataan Allah sebagai ganti kepada God?
  3. dalam program televisyen, radio, bilboard dan sebagainya perkataan Allah digunakan untuk menceritakan tentang Tuhan dan kepercayaan orang Kristian?

Saya `yakin' kesemua mereka akan `bersetuju' kerana mereka `telah bersetuju' dengan kes rujukan/`precedent'nya!!! Benarkah?

Oh ya soalan bonus - 4. di satu sudut ada satu kumpulan Islam yang bermati-matian menentang terjemahan perkataan God dalam Bible kepada kalimah Allah; di suatu sudut pula sejumlah individu `Islam' yang bersungguh-sungguh dan bermati-matian MAHU dan MENDESAK agar perkataan God dalam Bible ditukar kepada Allah - hmm kumpulan yang mana satu yang betul dari sudut pandangan Islam ya?

12 comments:

Jabbar said...

Sebelum saya teruskan, saya nak mohon maaf jika balasan saya agak keras. Saya ingin mengingatkan semua bahawa Al-quran adalah kalimah Allah, dan ini membawa maksud bahawa ayat-ayat al-Quran 'ulkariim adalah kata-kata Allah, bukan direka atau ditulis olah Muhammad s.a.w. Membaca terjemahan Al-Quran tidak sama dengan membaca surah Al-Quran, walaupun "Bismillahirrahmaanirrahiim" - Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Maka dengan contoh itu jugalah saya ingin menegaskan di sini bahawa kalimah "Allah" yang dikatakan merujuk kepada "tuhan" adalah salah sama sekali, kerana atas dasar wajib percaya bahawa Al-Quran datangnya dari Allah s.w.t. dan "Allah" itu disebut olehNya sebagai merujuk kepadaNya dan tidak kepada yang lain.

Saya tidak faham kenapa isu ini menjadi isu bahasa dan terjemahan dari bahasa Arab. Adalah amat sayang bila melihat sokongan orang Islam kepada keterbukaan ke atas penggunaan nama "Allah" untuk disamaertikan dengan perkataan tuhan. Perkataan "Allah" bukan datang dari bahasa Arab, ia datang dari Allah s.w.t sendiri melalui Al-Quran 'ulkariim. Saya harap umum di sini perlu sedar hakikat ini dan beristighfar banyak-banyak. Mohonlah hidayah dari Allah s.w.t supaya kita dapat menempuhi dugaan yang amat getir ini dan moga dibukakan pintu hati semua umat Islam supaya dapat melihat hakikat sebenar di sebalik penggunaan kalimah "Allah" ini. Jika tidak nanti akan ada pula makhluk yang boleh mendabik dada menunjukkan NRICnya yang tertulis "Isa ibnullah bin William".

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Jabbar, ini saya ambil dr seorg rakan FB yg guna nama Mae oh Mae; hujahnya -

Ini adalah jawapan saya kepada satu blog, apabila blog tersebut mengatakan bahasa Melayu meminjam 'Allah' dari bahasa Arab.

It is wrong to say that Malay Language 'borrowed' the Word 'Allah' from the Arab as many non-muslims say.

Quran, the source of Islam, clearly mention that Allah is the name of the supreme being, the God. It is a specific name of God. For man to embrace Islam, he proclaims 'There is no God but Allah'. This is one example. There are many more in the Quran.

We say 'I have no father except John' means that father is a generic name, and John is specific name.

Islam does not start during Prophet Muhammad times. In the Quran, Islam started as early as the human beings itself, ie from Adam and Eve. The language of Adam and Eve is not Arab. So do Moses and Jesus do not speak Arab, but Quran says all prophets since Adam knows the name of Allah though they are not Arab. In the Quran, the general word for God as spoken by Arab is 'Rabb'.

In the Quran, it is told that Allah sent prophets from time to time to make correction on man's faith. Many people, over time, get astrayed. misuse of Allah is one of them. Some people use and equate Allah with idols. This is wrong. That is why Allah sent prophets to remind people of their mistake.

When Malay language use Allah, it is not borrowing from Arab. It comes with Islam when Malay people embraces Islam. And Islam does not means Arab. Allah is made known to mankind since Adam. Only Islam made people know that the name of God is Allah. That is why Malay people insist that Allah is for Muslim only.

Why then Arab Christian also use Allah ? When Arab Christian use Allah, it does not mean they are correct. Bible is not originated in Arab. Arab bible is only a translation from English bible. English bible does not use Allah, because English christians does not recognise Allah. English christians use Jesus or God. When English bible is translated into Arab, the Arab christians translate God as Allah. This is a wrong translation. They should use Rabb. Being christians, though they are Arab, they dont know what is in the Quran. So, they use Allah, and Arab Muslims dont prevent Arab Christians from using Allah. Non-prevention by Arab Muslim does not mean Arab Christian is correct. This is a mistake by Arab Muslims for not correcting or preventing the Arab christians from using Allah. Arab Christian dont know that for English christians the word Allah means 'moon god'.

In the Quran, there is a verse mentioning that Arab does not mean more Islamic than the non-arab muslim (or something like that), so please dont refer to Arab as if they are the are the true muslim.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ini pula jawapan mae oh mae ttg pendirian tdk jelas golongan agama tertentu yg dikutip oleh org bawahan tanpa berfikir pjg. kata mae oh mae -

Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz menyebut ayat-ayat berikut sebagai bukti orang kafir dibenarkan mengguna 'Allah' :

Al-Ankabut ayat 61 :

61. Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya)?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)?.

Al-Ankabut ayat 63 :

63. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka Yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Al-Luqman ayat 25 :

25. Dan Sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Ucapkanlah (Wahai Muhammad): "Alhamdulillah" (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian - tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat Tauhid dan pengertian syirik).

Az-Zumar ayat 38 :

38. Dan demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang mencipta langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Katakanlah (kepada mereka): "Kalau demikian, bagaimana fikiran kamu tentang yang kamu sembah yang lain dari Allah itu? jika Allah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, dapatkah mereka mengelakkan atau menghapuskan bahayanya itu; atau jika Allah hendak memberi rahmat kepadaku, dapatkah mereka menahan rahmatNya itu?" Katakanlah lagi: "Cukuplah bagiku: Allah (yang menolong dan memeliharaku); kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".

Az-Zukhruf ayat 9 :

9. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu:" siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui".

Az-Zukhruf ayat 87 :

87. Dan Demi sesungguhnya! jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka Bagaimana mereka rela dipesongkan (dari menyembah dan mengesakanNya)?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sambungan....

Mereka bertiga memberi tafsiran bahawa jawapan orang kafir itu sebagai 'keizinan' oleh Allah untuk orang kafir menggunakan perkataan 'Allah', sedangkan sebenarnya Allah menyuruh orang Islam mencabar orang kafir supaya jika mereka mahu menggunakan 'Allah' maka mereka hendaklah menggunakannya dengan konteks yang betul. Jika kita membenarkan orang kafir menggunakan 'Allah' maka apakah kita kemudian akan berterusan mencabar mereka supaya menggunakan 'Allah' dalam konteks yang betul atau kita akan hanya berdiam diri ?

Harus juga diingat bahawa dalam Quran dalam ayat yang lain, disebutkan orang munafik dan kafir itu bermuka-muka. Dalam hal ini, apabila orang kafir ditanya siapa yang mencipta alam ini, maka mereka akan berkata 'Allah' kerana mereka bercakap didepan orang Islam, sedangkan mereka bermuka-muka sahaja untuk menyedapkan hati orang Islam.

Ayat-ayat diatas tidak memberi kebenaran kepada orang kafir untuk menggunakan 'Allah'. Ayat-ayat itu hanya satu catatan bahawa orang kafir jika ditanya oleh orang Islam siapakah yang mencipta alam maka mereka akan menyebut Allah. Ini tidak bermakna bahawa mereka layak menggunakan 'Allah'. Dari itu, orang Islam seharusnya menghalang orang kafir dari menggunakan Allah kerana mereka tidak mengerti sifat-sifat Allah yang sebenarnya.

admin said...

bukan pemimpin parti pas sahaja yang mengeluarkan kenyataan tersebut tetapi Dr. MAZA turut menyatakan hujah yang hampir sama....dan pada pendapat saya ada kenbenarannya kata2 yang dikatakan oleh Dr MAZA...iaitu mempertahankan perkara yang tidak penting boleh melupakan kita kepada isu yang lebih penting. Akhlak orang Islam yang semakin buruk sepatutnya lebih diutamakan...masjid yang kosong tanpa jemaah > lebih penting untuk dibincangkan...Arak dan Judi yang berleluasa lebih patut diutamakn...kita masih mengunjungi McD dan membeli barangan keluaran Yahudi yang terang-terang memerangi Islam..kelab malam yang berleluasa dan dipenuhi maksiat, arak, dadah dan berbagai lagi lebih patut diutamakan...

lebih lanjut layari http://drmaza.com/home/?p=566

Dr Sam Abraham said...

So TUN,why dont u explain to
THE HERALD,maybe they will listen to TUN.TQ.

Dr Sam Abraham said...

I think both sides should sit down and talk it over.After all we are Malaysians what?TQ.

Dr Sam Abraham said...

Which comes first?Religion or National Unity?

admin said...

meminjam kata2 Dr. MAZA

"bukan soal nama Allah itu yang terlalu perlu untuk direbut atau dijadikan agenda besar. Tetapi, gerakan membina semula akidah yang sejahtera dan memahamkan generasi kita wajah Islam yang sebenar agar mampu bersaing dan menghadapi cabaran zaman."

maka adalah lebih penting kerajaan memantapkan pembentukan aqidah yang mantap dalam jiwa kanak2 melalui kelas2 di sekolah2 kerajaan..program2 yang dibuat selama ini dilihat tidak mampu membentuk peribadi islam yang kuat dalam diri generasi masa depan ummat Islam...dan jika pembantahan penggunaan ALLAH oleh Herald berjaya...apa guna jika generasi serta masyarakat Islam masih lagi di tahap yang lama...aqidahnya lemah malah tidak tahu langsung melakukan ibadah...

pada pendapat saya adalah lebih baik kerajaan menumpukan pembangunan sistem pendidikan negara terutamanya pengajaran Islam...

admin said...

Dr Sam Abraham - sudah tentu natinal unity...tetapi siapa sekarang yang tidak mementingkan national unity...Herald atau Kerajaan Malaysian dan penganut Islam....

national unity?sekolah masih ada sekolah cina, kebangsaan(melayu) dan india...sepatutnya untuk national unity semua sekolah kerajaan perlulah menggunakan bahasa kebangsaan...dan hanya ada satu sahaja jenis sekolah...iaitu sekolah kebangsaan yang menggunakan bahasa Malaysia...tetapi sekarang siapa yang menolak konsep tersebut...adakah kerajaan Malaysia..?

Anonymous said...

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقاً لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ وَأَنزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإِنجِيلَ﴿3:3﴾
(3:3)

He has revealed this Book to you, setting forth the truth and confirming the earlier Books, and earlier He revealed the Torah and Gospel

Surah Al-i-Imran 3:3



Looks like the God of the Quran, the God of the Torah and the God of the Bible are the same God.


Just sharing.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

bitopuncut - ambil sesuatu dalam konteks bukan di luar konteks.. :)


http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/it-was-wrong-then-and-it-is-wrong-now.html

dan fahami perjuangan anda, baca di sini - fahami perjuangan anda.. http://tunfaisal.blogspot.com/2010/01/fahami-apa-yang-diperjuangkan.html

Popular Posts