Tuesday, January 5, 2010

Three versions of Pas official statement?!!!


Terdapat tiga versi kenyataan rasmi Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang mengenai pendidian Pas dalam isu Allah seperti yang dilaporkan oleh Malaysian Insider, Harakahdaily dan sebuah blog, Segalanya Aku. Adakah setiap versi yang berbeza disasarkan untuk pembaca yang berbeza?

Bagaimanakah reaksi seorang penganut agama Islam apabila dia membaca berita yang dilaporkan oleh Malaysian Insider? Tajuknya saja "Pas backs use of Allah by Christians".

Tajuknya amat menyelesakan penganut agama Kristian (di baca Gereja Katolik Malaysia) dan symphatiser mereka. Bagaimanapun kandungannya meresahkan penganut agama Islam.

Tidak ada di mana bahagian dalam laporan ini yang menyatakan dengan tegas bahawa Pas menentang terjemahan perkataan `God' kepada `Allah' oleh Gereja Katolik dan tiada langsung desakan agar kerajaan membuat rayuan yang kukuh terhadap keputusan Mahkamah Tinggi; apa lagi untuk memohon campur tangan Raja-raja Melayu dalam isu ini.

Malaysian Insider meneruskan pembohongan apabila mengaitkan bantahan dan laporan polis yang dibuat oleh pelbagai NGO sebagai 'UMNO-linked organisations'. (Mungkin sekarang ABIM dan PKPIM juga sudah dituduh menjadi UMNO-linked organisations?)

Dalam Harakahdaily pula, tajuknya adalah "Jangan kelirukan atau politikkan kalimah Allah". Kandungannya hampir sama dengan Malaysian Insider, tetapi dilunakkan sedikit agar kelihatan seolah-olah Pas tidak menyokong tuntutan Gereja Katolik ini dan menawarkan diri untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Sama seperti laporan Malaysian Insider, tiada sebarang pernyataan tegas bahawa Pas menolak terjemahan God kepada Allah dan sebarang desakan untuk rayuan yang kukuh serta memohon campur tangan Yang Di Pertuan Agong seperti yang mereka lakukan dalam bantahan mereka terhadap isu yang tidak berkaitan aqidah umat Islam seperti Program Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Dalam blog, kenyataan Datuk Seri Hadi Awang adalah jauh lebih tegas. Intipatinya - isu akhbar Herald Catholic ini adalah propaganda `musuh', tanpa menyatakan siapa `musuh' yang dimaksudkan.

Kedua - Pas menyokong rayuan kerajaan. Bagaimanapun masih mendakwa bahawa kerajaan tidak bersungguh-sungguh untuk merayu dan menuduh kerajaan sengaja melengah-lengahkan rayuan ini.

Ketiga - Pas berpendirian bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam adalah dilarang untuk suasana Malaysia dan Pas akan mengambil tindakan demokratik yang sama seperti yang dilakukan oleh Herald Catholic untuk mendapatkan `tuntutan kami'.

Melalui laporan yang dibuat oleh Malaysian Insider dan Harakahdaily dilihat Pas seolah-olah masih bermain politik dan kenyataan yang dilaporkan oleh kedua-dua media tersebut amat tidak meyakinkan seorang yang beragama Islam.

Kenyataan yang paling tegas sebenarnya dilahirkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din yang bukan sahaja menganggap mereka yang menyokong penggunaan Allah ini sebagai boleh dianggap kufur kerana bersetuju dengan kesyirikan, malah meminta 'sahabat-sahabat saya ini harus reconcile semula pandangan mereka' seperti yang disiarkan oleh Bulletin Awani dan M-Star.

Hakikatnya Pas seharusnya bertindak berani seperti Datuk Haron Din, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Taib Azamuddin yang bertegas dalam isu aqidah umat Islam ini. Barulah umat Islam boleh yakin dengan tahaluf siyasi Pas.

Isunya bukan sukar - Pas hanya perlu bertegas dan TIDAK BERSETUJU bahawa terjemahan terbaik dan paling tepat untuk perkataan `GOD' dalam Bible adalah `TUHAN'. Jika orang Arab pernah tersilap membenarkan perkataan `GOD' dalam Bible diterjemahkan sebagai Allah, bukan Ilah atau Rabb, sehingga precedent ini digunakan sampai sekarang termasuk oleh orang Pas sendiri, kenapa kita harus menjadi pandir dan naif untuk melakukan kesilapan yang sama?!! Ini bukan Arab dan Indonesia....!

6 comments:

Habib RAK said...

Faisal, As pointed out by PAS in their official statement (see video in M'kini), refernce is made to Surah Al-Imran v 64. Lets not spin further. The point is clear that non-muslims can use Allah and that at the same time it should be used in the proper understanding. As muslims, we must, outwardly show our maturity.

eicharouze said...

are you retarded habib? kamu menyokong pluralisme agama?

penggunaan nama Allah hanya mendatangkan kekeliruan lebih2 lagi pada kanak2 yg kurang pengatahuan. daripada memandai2 buat panduan penggunaan nama Allah, adalah lebih baik mengharamkan sahaja. kristian tidak rugi apa2 pun. gunalah akal janganlah taklik membabi buta.

mencegah lebih baik drpd memandai2 buat peraturan baru.

adakah anda menyokong kepercayaan Allah mempunyai anak?

show your maturity.!!!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

habib still cant get the picture right - Translation of God has never been Allah in any dictionary - God = Tuhan. Maturity to you is translated as Naive and Gullibility by us.

Rohazam Bin Bakar said...

Byk artikel ttg kalimah Allah diguna agama lain saya terima, mmg munasabah utk membenarkan mereka menggunakannya jika mengikut artikel ini -> http://www.islamtoday.com/showme2.cfm?cat_id=29&sub_cat_id=1760

Cuma saya ingin bertanya, adakah pengamal kristian dan yahudi hari ini boleh diiktiraf sebagai ahli kitab seperti yg wujud sewaktu zaman Rasulullah swt?

Jika Ya, maka mereka adalah seperti artikel yang diberi....
Jika Tidak, maka saya pasti mereka berniat sesuatu.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

mcm mana nak kata munasabah jika dlm Bible pun tak pernah digunakan perkataan Allah? yg ada hanya translation yg dibenarkan oleh org Arab - yg sepatutnya tdk diterjemah kpd Allah sebaliknya ilah atau rabb - adakah kita mahu mengikuti kesilapan ini? berapa ramai org yg berbahasa Arab sbg bahasa pertama di malaysia ini? Jgn kita mudah dikelirukan dgn pembohongan - malah ayat quran yg digunakan oleh Pas dlm sttmentnya - adakah itu ayat dakwah atau ayat bahawa kaum kristian mahu gunakan perkataan Allah utk tuhan mereka dan kita benarkan? konteks ayat itu diselewengkan oleh Pas.

Ada sejumlah org yang mengatakan - di Sabah dan Sarawak perkataan Allah dah lama digunakan. 1. semakan saya menunjukkan dlm sebutan org Kristian di sana masih menyebut Tuhan mereka sebagai God, Lord, Jesus, bukan Allah 2. jika ada pun digunakan oleh kaum pribumi, ia adalah Alah, Tuan Alah 3. Bila ia mula2 digunakan di... sabah dan sarawak dulu adakah kerana dlm Bible itu disebut perkataan Allah? tidak, tetapi tujuan perkataan Allah ini digunakan adalah untuk mengKristiankan pribumi dengan lebih mudah - alangkah malangnya bila mentaliti umat Islam mcm ni, kerana itu mereka mudah tertipu, diperguna dan diperkuda..

Habib RAK said...

Faisal,thanks once again for your feedback. Do appreciate the professionalism in maintaining proper decorum even though we disagree. I guess, we should just agree to disagree. May Allah guide us all and I close this topic with the recital of surah An-Nas.
p/s: I agree that "God" is not an equivalent translation of "Allah" Therein lies the answer

Popular Posts