Tuesday, January 19, 2010

Biblical God jadi Allah - Fahami apa yang diperjuangkan..


Dalam penghakimannya, Hakim Lau Bee Lan mendapati tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenakan syarat terhadap mingguan Herald Katolik sebagai tidak sah di bawah artikel 3(1) dan 11(3). Ini boleh membawa misalan kes (precedent) dan implikasi yang besar terhadap kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi dan hak penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible dalam penyebaran bahan-bahan dakwah agama Kristian di dalam negara ini.

Tanpa kuasa untuk mengenakan syarat, ini bermaksud selepas ini tidak ada sebarang syarat boleh dikenakan jika bahan-bahan dakwah dan Bible terjemahan bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah sebagai ganti kepada perkataan God dan diedarkan kepada sesiapa sahaja. Bila misalan kes ini telah wujud, maka akhirnya tidak ada sebarang sekatan boleh dikenakan terhadap penggunaannya di dalam media bercetak dan elektronik dalam negara.

Begitu pun sebelum mahkamah memutuskan rayuan dan walaupun dalam tempoh penangguhan keputusan yang dibenarkan oleh mahkamah, `Perdana Menteri baru Malaysia' telah memutuskan bahawa kalimah Allah boleh digunakan sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible di Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.

Bagi sejumlah pejuang Islam yang menyedari implikasi keputusan mahkamah ini, mereka berjuang bagi menegakkan kebenaran yang asas, iaitu penggunaan kalimah Allah ini tidak pernah wujud di Vatican dan dalam Bible versi bahasa Inggeris dan asal Vatican.

Malah hakikat ini diakui sendiri oleh pemimpin dan penganut agama Kristian sendiri. Sila baca "Allah is a Name, not a Word - Michael Sibinil", "Its a sin against Yehweh", "Christians must judge RIGHTEOUSLY", "Is Calling Christian God `Allah' wrong?" dan "It was wrong then and it is wrong now."

Rujukan sejarah turut dibuat bagi membuktikan tradisi ini tidak benar. Sila baca "The Problem of Meaning, Abdullah Paderi and Pangkor Treaty", "The Leijdecker's Original Sin: Allah in Malay Bibles" , "To the stupid ahbeng called anomie" dan "Pony Alak Petara: Unravelling the Linguistic Origin of Borneo's Allah".

Bagi menghuraikan kekusutan ini, seorang penganut Kristian bernama Tony Chew (klik sini) merasakan perlu untuk mencadangkan alternatif ini, "to avoid Christians to be seen as confrontational cult and at the same time not to compromise our belief, I would like to suggest Lord God to be translated as Tuhan Ketua, Tuhan Tuan, Tuhan Yang Mulia, Yang Agung, Tuhan Bapa, Tuhan Eli and Tuhan Elohim. Lord Jesus can be translated as either Tuhan Jesus or Tuan Jesus depending on what we believe in. Since the Catholics belief is in God oneness, so the most appropriate translation would be Tuan Jesus. Tuhan Jesus would be more suitable in the belief of plurality of God. Afterall, when God revealed His name to Moses, this was what He said, "What is his name?' what shall I say to them?" God said to Moses, "I AM WHO I AM." 3:13-15. God says who he is n by wht name he is to be called. Ths divine name is mysterious just as God is mystery: Isa 45:15; Judge 13:18."

Disebabkan itu saya bertanya, jika ada dua kumpulan umat Islam, satu daripadanya bermati-matian menentang terjemahan God dalam Bible kepada kalimah Allah dan yang lainnya bersungguh-sungguh MAHU dan MENDESAK agar perkataan God dalam Bible ditukar kepada Allah - kumpulan yang mana satu yang lebih betul dan benar perjuangannya dari sudut Islam?

Mungkin atas dasar itu Datuk Haron Din merasakan WAJIB untuk menyatakan pendiriannya yang berbeza dengan rakan-rakannya (klik sini).

7 comments:

satD said...

Salam bro

you missed one chapter...the stupid ahbeng post.....very important as it has an analysis on the dictionary used to translate the bible

PRAY,IT WORKS. joe's blog said...

I say friend, you need to Read this too....http://202.75.56.183/index.php/opinion/k-anand/50053-a-letter-to-a-muslim-friend. Please copy and paste the url. I await your reply.

Jeffry said...

Faisal, ngko nie spesis bengap. Bukan ker mahkamah dah putuskan ianya dibenarkan. Hakim pun lantikan dari UMNO-BN pun ngko nak pertikai ker!..., bermakna ngko pertikai kerajaan Najib.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

jefri, biar jd spesies bengap, jgn jd spesis kuffar selepas beriman.. :)

Unknown said...

Salam TFIA,

Setelah membuka dan mengkaji nas-nas Al-Quran, jelas ADA larangan Allah supaya NAsrani tidak menyebut kalimah Allah...

http://azharshafie.blogspot.com/2010/01/siapa-kata-tiada-larangan-dalam-al.html

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

tq azhar, konteks sdr itu betul berbanding konteks yg diselewengkan oleh glgn tertentu dlm Pas

Unknown said...

Who is this so called...Tun Faisal Ismail bin Aziz??? Hmmm...some sort of a genius i guess, who thinks that he knows a lot of things!!! That he has all the answers to every questions in the world, right Faisal??? Get a life...maybe you need to meditate in silent prayer so God can enlighten your clouded mind!!!

Popular Posts