Wednesday, October 14, 2009

Persidangan UMNO yang amat bersejarah bermula..

Persidangan UMNO kali ini amat bersejarah. Pertama kerana inilah kali pertama semua pemegang jawatan utamanya terdiri dari kalangan mereka yang baru dan mereka akan menyampaikan ucapan dasar mereka yang pertama tahun ini. Bermula dari Presiden parti, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda sehinggalah Ketua Puteri, semuanya orang yang baru. Ini menunjukkan dari segi pemegang jawatan utama sahaja sudah ada perubahan yang amat ketara.

UMNO sudah berulang kali bertukar kepimpinan parti, sedangkan parti pembangkang masih bergantung harap kepada golongan tua yang memulakan karier politik mereka sezaman dengan negarawan ulung Tun Dr Mahathir Mohamad. DAP misalnya masih bergantung kepada orang tua seperti Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah berkerusi roda. Pas masih dengan kepemimpinan lapuk Nik Aziz dan Hadi Awang. PKR pula dengan Anwar Ibrahim.

Kedua, persidangan bersejarah ini juga akan menyaksikan fasa pertama perubahan atau transformasi parti yang dijanjikan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Dalam fasa ini, dimaklumkan bahawa cadangan pindaan perlembagaan yang drastik dan berani akan diusulkan bagi menjadikan UMNO lebih terbuka, inklusif dan demokratik.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib telah memulakan gelombang ini menerusi Taklimat Presiden yang begitu meyakinkan dan membakar semangat. Lima perkara yang ditekankan oleh beliau bagi memastikan masa depan UMNO terus gemilang dan diterima rakyat adalah;
  1. perubahan - bukan sekadar kesedaran, tetapi lebih daripada itu, iaitu keinsafan untuk berubah; bukan sekadar kesediaan, tetapi keberanian untuk berubah.
  2. perpaduan - konflik dalaman perlu segera diselesaikan dan semangat itu perlu dibawa sehingga Pilihan Raya Umum ke-13
  3. kerja keras
  4. keikhlasan
  5. sifat tawaduk

Wawasan ini disambut pula oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebelah malanya sewaktu merasmikan Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009 secara serentak. Beliau mengulangi tentang keperluan agar;
  1. melaksanakan perubahan untuk pastikan UMNO terus relevan. UMNO perlu menyesuaikan pendekatan menggunakan gaya, bahasa dan nuansi yang sesuai dengan cita rasa masa kini dan agar bersesuaian dengan globalisasi dan zaman ledakan ilmu.
  2. ahli-ahli UMNO bersatu; bersatu dari segi kesatuan minda/fiqrah, kesatuan hati, kesatuan amal dan kesatuan matlamat.

Begitupun beliau menambah agar ahli UMNO;

  1. menyesuaikan diri dengan politik baru; berjuang untuk meningkatkan amalan demokrasi melalui penghakupayaan rakyat, politik partisipasi dan good governance. Namun dalam keghairahan ini jangan pula sampai mengkompromikan perjuangan agama, bangsa dan negara.
  2. mendahulukan rakyat, merasai denyut nadi mereka; menjadi mata, telinga dan juru bicara mereka; berkhidmat dan sentiasa berusaha untuk membantu mereka sesuai dengan sloga UMNO, Tradisi Membela Rakyat
  3. meremajakan UMNO melalui penglibatan golongan muda; melahirkan golongan pejuang yang kukuh nilai moral, etika, mengutamakan hubungan sesama manusia, tinggi idealisme - generasi ulul albab

Paling penting, Tan Sri Muhyiddin telah memberi cabaran KPI kepada Pergerakan Pemuda dan Puteri untuk 1. meningkatkan jumlah ahli baru 2. meningkatkan jumlah pengundi baru, dan 3. meningkatkan jalinan kerjasama dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Hari ini, dijangkakan amanat dan cabaran ini akan disambut dengan semangat, nada dan idealisme baru oleh ketiga-tiga pergerakan sayap, terutamanya sayap yang paling agresif dalam menerajui transformasi ini, iaitu Pergerakan Pemuda UMNO. Marilah kita dengari dengan penuh tumpuan ucapan dasar yang akan disampaikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin untuk melihat sejauh mana Pergerakan Pemuda UMNO dapat menyahut setiap satu daripada cabaran ini.

5 comments:

wénkt said...

tahniah kepada UMNO
terutama kepada TSMY

nalapambu said...

Walau apa cara yang akan dibuat oleh UMNO untuk membersihkan diri nya dari RASUAH ianya akan tidak berjaya. UMNO ibarat sebiji buah yang penuh dengan ulat, dengan mencuci kulit luaran nya sahaja akan tidak memberi apa2 kesan. Sepatut nya buah itu kena di potong belah dan cungkit semua ulat2 itu keluar. Selagi ulat2 ini masih berada didalam ianya akan tetap busuk.

SATU MALAYSIA atau bahkan satu dunia sudah pandang UMNO pengamal RASUAH. Hampir semua pemimpin2 UMNO yang ada pegang jawatan sekarang terlibat RASUAH. Pemimpin2 UMNO yang takut atau kedekut hulurkan RASUAH semua nya telah tewas pada pemilihan PAU yang lepas.

Demang Lebar Daun said...

Nalapambu pun ada kat sini... pengacau je tu. Allah Taala hantar pengacau ni sbg satu ujian.

awangpendang said...

abc12345Suasana bertambah baik sekarang dan akan menjadi terbaik jika bro KJ tidak memimpin Pemuda..that is fact..

The anti KJ still very strong..you should go down to grassroot for confirmation for the sake of future pemuda.

We love UMNO, we love pemuda but not KJ..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

minta maaf la nalapambu, kena bezakan, UMNO amalkan rasuah atau ada pemimpin tertentu yg amalkan rasuah. mcm dlm parti pembangkang, anwar tu dah mmg terkenal lah, dlm dap smpai menyebabkan kematian utk sorok rahsia, dlm pas lebih teruk - nik aziz amalkan rasuah pahala dan syurga (masalahnya yg ni pun budak2 pas percaya,ni mmg kes kena brainswash dan diperlembukan oleh pemimpin nampaknya), lebih buruk lg bila puak erdogan merasuah utk dptkan kedudukan dlm pas, bukan saja dlm pas tdk ada kod etika yg menghalang perbuatan itu drpd berlaku, malah bila puak erdogan ini kalah, nik aziz masih angkat dan letakkan di tempat yg tinggi berlawanan dgn kehendak perwakilan - tidakkah ini menunjukkan yg nik aziz dan pas endorse rasuah, amalan rasuah dan pemimpin rasuah? :)

Popular Posts