Saturday, August 15, 2009

Satu undi untuk PAS, dua undi untuk DAP

Perkembangan terkini menunjukkan bahawa satu undi yang diberi kepada Pas bermaksud kita memberi dua undi DAN dua kali kuasa kepada DAP. Ini amat jelas di Perak dan Selangor; dan menjadikan DAP berkali-kali ganda berkuasa di Pulau Pinang.

Di Perak, walaupun takhta Menteri Besar dianugerahkan kepada PAS, tetapi PAS tidak mempunyai kuasa sebaliknya menjadi boneka dan sentiasa diperkudakan. Di Selangor, PAS mempunyai 8 kerusi DUN, PKR 15 kerusi dan DAP 13 kerusi, namun dalam kes penjualan arak, nampaknya kuasa DAP mengatasi kuasa Menteri Besar PKR.

Di Pulau Pinang, kedudukan PAS lebih buruk lagi. Jika wakil rakyat PAS tidak meninggal dunia dan Pilihan Raya Kecil terpaksa diadakan, kita mungkin tidak sedar atau sudah lupa bahawa PAS ada memenangi satu kerusi di Pulau Pinang.

Apakah maksudnya kedudukan PAS ini? Ia bermaksud jika Pakatan Pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-13, maka PAS tidak mungkin akan menjadi kuasa yang dominan dalam parti pembangkang. Hakikat ini akhirnya akan menyebabkan PAS terpaksa melunakkan konsep negara Islam yang diperjuangkan selama ini.

Di Perak misalnya, bekas Menteri Besar, Nizar dalam sidang Dewan Undangan Negeri terpaksa menyebut bahawa "tidak ada dalam mana-mana transkrip, manifesto dan memorandum PAS, bahawa PAS hendak menegakkan negara Islam." Rakyat serta ahli dan penyokong PAS mengetahui ini tidak benar kerana PAS sangat mendukung kehendak untuk menegakkan negara Islam tafsiran mereka di Malaysia.

Bagi mereka, Malaysia bukan sebuah negara Islam tetapi hanya sebuah negara orang Islam. Dalam negara Islam yang dihasratkan mereka, mereka mahu hukuman hudud dilaksanakan, penjualan arak, perniagaan judi dan hiburan diharamkan sama sekali. Bagi mereka hiburan itu haram; memainkan alatan-alatan muzik adalah sesuatu yang tidak dibenarkan dalam Islam dan perlu disekat.

Begitupun menyedari bahawa mereka hanya mempunyai jumlah kerusi tercorot di dalam negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang hasrat ini terpaksa dipendamkan dan mereka akhirnya bersubahat dengan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dalam apa yang mereka labelkan sebelum ini sebagai `menganjurkan maksiat' dan `menghukum bukan dengan hukum Allah'.

Hari ini, PAS di Selagor juga tidak mampu berbuat apa-apa bagi mencapai hasrat negara Islam ekstrem tafsiran mereka. Pemimpin PKR dan DAP nampaknya tidak akan membenarkan sama sekali PAS melaksanakan semua ini. Golongan sosialis Melayu dalam PKR dan DAP tidak akan membenarkannya. Apa lagi Lim Kit Siang dan Karpal Singh yang sudah pasti akan menentangnya sehingga ke titisan darah yang terakhir. Dalam usaha menjelekkan untuk mengekalkan kuasa, wakil rakyat PAS sampai sanggup mengelurkan fatwa, membenarkan gereja menggunakan perkataan Allah sedangkan mereka tahu, ia akan menyebabkan lebih ramai umat Islam terjebak ke dalam kekeliruan, kekufuran dan kemurtadan.

Di Pulau Pinang, suara PAS langsung tidak didengari. PAS hanya melukut di tepi gantang, kehadirannya tak memberi makna, tiada pun tidak mendatangkan apa-apa mudarat. Segala ini membuktikan PAS dalam Pakatan Pembangkang, tidak mampu menjadi representation yang berkesan bagi orang Melayu dan umat Islam.

Memberi undi kepada PAS hanya ibarat memberi lebih kuasa kepada DAP untuk melaksanakan agenda mereka!!!!

3 comments:

Mantan Pemuda UMNO Bahagian Tapah said...

Itu pun depa dah cukup hingka bro...perasan gila ingatkan dap+hindraf yg pakai t shirt pas tu betul2 nyokong depa. Dulu dap tak sedar yg pas ni rupanya mudah utk diperkudakan. Statement dap perak dulu yg nak letak lebih ramai calon melayu ustaz pakai bendera dap pun, depa masih tak sedar apa yg tersirat. Awal2 perlantikan nijar yg diboikot oleh dap pun, pas tak mampu 'berfikir' kenapa. Berbaik sangka betul dgn dap, kalau dgn UMNO....pegi jahaneeee katanya !!

Antibarua said...

UNDI UNTUK PAS BERMAKNA MERELAKAN NEGARA MALAYSIA DIPERINTAH OLEH CINA DAP YANG MENGHINA AGAMA ISLAM DAN RAJA-RAJA MELAYU.

SEBARKAN DI PERMATANG PASIR..TABURKAN DISELURUH NEGARA

AKAI ADAKA..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

apa miker cakap tu betoi dah yop.. teman sentiasa berdoa agar negeri teman sentiasa dirahmati, cukupla sekejap diperintah org yg jd kuda tunggangan org lain..

Popular Posts