Begitupun, kewujudan mereka amat dirasai; dan kesudian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk berdialog dan mendengar pandangan mereka menunjukkan mereka diiktiraf sebagai golongan yang signifikan, biarpun ramai yang tidak mahu dikenali.
Sessi yang bermula pukul 5 petang itu tamat pada jam hampir 7.30 malam. Walaupun kedinginan disebabkan oleh pendingin hawa dan hujan lebat, namun perbincangan di dalam `marque' terus hangat. Bloggers memerhati prestasi pemimpin negara. Mereka sayangkan Barisan Nasional (BN) dan UMNO, begitupun mereka tidak dapat menerima sikap tidak bersunguh-sungguh, lambat bertindak, lalai, politically incorrect dan kegagalan menguruskan kerajaan oleh sejumlah pemimpin BN.
Mereka mengharapkan `wow factor' yang masih tidak dapat dirasa selepas hampir lima bulan bertukar kepemimpinan. Ada pandangan yang mahu kabinet dirombak segera kerana masih ramai menteri dan timbalan menteri yang tidur. Ada yang tidak nampak perubahan dari segi pemimpin kanan parti mengurus jentera kerajaan dan jentera parti.
Ada kementerian yang masih lambat melaksanakan projek - mungkin kerana ketidak cekapan, integriti dan korupsi. Pelaksanaan pakej rangsangan masih belum dapat dirasai oleh rakayat terbanyak.
Ada pemimpin yang menang pemilihan, dilantik menjadi menteri, tetapi begitu sukar untuk meluangkan masa bertemu jentera parti. Selepas menang dan dilantik menjadi menteri, jentera parti terpaksa beratur panjang, menunggu giliran, ibarat peminta sedekah kepada pemimpin yang diundi.
Segalanya memerlukan jawapan daripada orang nombor dua kepercayaan Perdana Menteri. `Seladang' pastinya mempunyai semua jawapan, walaupun bukan semua dapat dijelaskan di pentas terbuka. Walaupun sukar, Tan Sri Muhyiddin berusaha menjawabnya. Selebihnya, mungkin wajar diselesaikan di sidang yang lain, mungkin seenaknya bersama teh tarik dan sebungkus nasi kandar.
Bagi blogger jalanan, dialog dan pertemuan membolehkan mereka mengulas peristiwa dengan lebih berkesan; menjadikan mesej yang disampaikan lebih bermakna. Mereka bukan perlukan wang upahan kerana bagi mereka integriti dalam perjuangan lebih diutamakan. Hari ini, Tan Sri Muhyiddin cuba memberikan ruang itu. Walaupun tidak memadai, namun janji untuk menganjurkan pertemuan dan mekanisme bertindak yang lain sudah memadai.
Pastinya blogger akan menagih janji. Terserah kepada pejabat beliau untuk mentafsirkan kesungguhan Timbalan Perdana Menteri. Apa pun, kesungguhan dan keterbukaan Timbalan Perdana Menteri untuk mendengar pandangan yang bukan `kenyataan membodek' para pegawai menteri dan pandangan sebenar rakyat wajar dipuji. Mudah-mudahan lebih ramai menteri yang berani untuk turun dan mendengar sendiri dari mulut blogger mengenai kekhilafan dan kelemahan diri.
Bagi saya, lebih elok mendengar suara para blogger dari terpaksa berhadapan dengan penanya.... !
3 comments:
Pertemuan antara blogger jalanan dengan menteri-menteri dan timbalan menteri perlu kerap dilakukan sebulan sekali, barulah blogger dapat menyampaikan maklumat 1st hand. dan blogger rakyat atau jalanan ini dapat memberi maklum balas yang telus dan tepat. Hari ini pihak atasan politik hanya menerima isyarat Roger dan yes sir dan everything its ok. Akibatnya bubu pecah dan ikan dicuri.
saya syor unit media baru dpt jadi platform blogger untuk selaraskan perkara berkaitan internet dan psy war.
pandangan 2 cent saya.
insyaallah panglima cyber, mari kita lakukan bersama2
Post a Comment