Thursday, April 2, 2009

Terima kasih dan maaf..


Pertamanya saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak ucapan terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah di atas kemenangan saya sebagai Ahli Jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada 25 Mac 2009 tempoh hari. Saya ucapkan terima kasih di atas sokongan, bantuan, kata-kata semangat dan doa dari semua pihak.

Sesungguhnya saya melihat jawatan yang dimenangi ini bukan sebagai pangkat kebesaran, tetapi sebagai beban amanah dan tanggung jawab yang berat. Saya tidak mahu berjanji banyak, tetapi dengan sedikit kebolehan dan pengalaman yang ada di peringkat nasional dan bahagian serta di Kementerian Pelajaran, insya-Allah saya akan berusaha melaksanakan yang terbaik mungkin untuk membantu memperkukuhkan barisan Pemuda UMNO bagi menghadapi pembangkang pada pilihan raya akan datang dan membantu memasyarakatkan semula Pemuda UMNO seperti yang pernah kita lakukan sejak tahun 1999 sehingga 2004 dahulu. Peranan saya banyak bergantung kepada Biro mana yang akan dipertanggung jawabkan kepada saya, jika sesuai Bironya, insya-Allah akan lebih berkesan peranan yangboleh saya laksanakan. RAKAN BLOGGERS - TERIMA KASIH, insya-Allah kita akan berjuang seperti masa 2004 dulu, jika kena biro dan tugasannya.

Kedua, saya ingin memohon maaf kerana tidak sempat mengemas kini blog ini. Almaklumlah, sebaik sahaja selesai perhimpunan agung semua Exco telah bergerak ke Bukit Selambau dan Bukit Gantang bagi membantu jentera pilihan raya di sana. Seminggu sebelum itu, saya pula terlibat dengan pelbagai tugas yang diarahkan oleh Y.B. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, sambil mencuri masa mengejar perwakilan sehingga ke awal pagi untuk berkempen!

Doakan kejayaan kami di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Mudah-mudahan rakyat dapat disedarkan akan pembohongan dan penipuan pembangkang. Semoga rakyat faham dan sedar, tujuan pihak-pihak tertentu menimbulkan kekacauan dalam negara hanya untuk mengganggu pentadbiran kerajaan BN semata-mata kerana gilakan kuasa.

Petikan ucapan Datuk Seri Hishammuddin dalam ucapan dasar terakhir beliau sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, "Ingatlah, hakikatnya, BARISAN NASIONAL masih kekal diberi mandat oleh rakyat; masih kekal menguasai majoriti di Parlimen selepas Pilihan Raya ke-12. Kita kekal berjaya menubuhkan kerajaan. Keputusan pilihan raya berasaskan prinsip demokrasi masih berpihak kepada kita. Namun ada Petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008. Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia. Maha Kuasa Tuhan yang menentukan, realiti yang terjadi adalah di sebaliknya; apabila peralihan kuasa telah berlaku di negeri Perak. Demikian kebenaran ketentuan ILAHI menidakkan dakwaan orang yang bersifat takabbur, bersifat riak, bersifat sombong. Demikian bidalan Melayu kepada ketam yang cuba mengajar anaknya berjalan betul.

Ingatlah saudara, Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup berbuat apa sahaja. Si Petualang sanggup menyemai benih kebencian; sanggup bersekongkol dengan musuh, tergamak menidakkan hak bangsa sendiri, menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda Institusi Raja dan sesiapa sahaja untuk memuaskan nafsu rakusnya. Biar apa pun yang hendak beliau lakukan, setiap kata dan setiap perbuatan beliau akan terpahat dalam sejarah bangsa – sejarah negara, sebagai manusia berbagai topeng yang mengamalkan budaya hipokrasi, penuh kepura-puraan, melakukan pembohongan – melakukan manipulasi; lain di depan, lain di belakang. Wahai Petualang bangsa, pelanduk mungkin lupakan jerat, tetapi jerat janganlah sama sekali melupakan pelanduk.


Siakap senohong gelama ikan duri
Cakap bohong lama-lama jual negeri

Pergerakan Pemuda UMNO hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini. Pemuda berikrar untuk mempertahankan setiap tiang seri yang telah menjadi asas menegakkan kedaulatan negara bangsa selama ini. Pemuda akan mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menegakkan kedaulatan undang-undang, memastikan hak dan kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera, kesucian agama Islam serta Institusi Raja-raja Melayu. Kita tidak akan membiarkan sama sekali, tiang-tiang seri di dalam negara ini dicabut dari bumi negara tercinta .

Sama-samalah kita mengambil peringatan dari apa yang pernah dititah oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Nazrin Shah semasa Majlis Penyampaian Hadiah di Maktab Melayu Kuala Kangsar pada 21 Jun 2008, “bisikkan kepada mereka akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia. Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkan mereka akan sejarah bangsanya bernegara, berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja.

5 comments:

Unknown said...

Salam...

Selamat berjuang. Semoga dengan nafas baru mulai hari ini, BN mampu mencapai sasaran menang 3-0 pada pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau, Parlimen Bukit Gantang, dan DUN Batang Ai kelak, InsyaAllah.

myusrimy4@yahoo.com said...

Assalamualaikum.

Tahniah atas kejayaan saudara sebagai exco Pemuda.

Pergunakanlah peluang yang ada untuk membangun dan memandaikan anak bangsa.

dari room mate KIK '88

FND said...

Semoga dirahmati dan diredhai perjuangan semua. tangungjawap kita adalah memberikan kenyataan dan penerangan yang jelas kepada rakyat. Majoriti rakyat sekarang terkeliru dengan maklumat-maklumat yang diterima dan didedahkan oleh semua media. Media sekarang semakin banyak sama ada yang pro atau anti kepada satu pihak. Jadi kita yang mempunyani makumat yang tepat perlu memberi hujahan da penerangan kepada semua rakyat. Sebab itu cadangan DSHH untuk pegawai kerajaan khususnya guru diberikan kebenaran untuk bergiat aktif dalam politik - ide asal sebagai agen membetulkan maklumat dan menyampaikan maseg yang benar dan betul kepada masyarakat. Ini adalah golongan berkenaan mempunyai kemahiran menyampai dan membuat penerangan dan senantiasa bersikap jujur. Golongan guru adalah golongan yang bijak dan mempunyai pengetahuan yang agak lebih dari kumpulan lain. Adalah tidak salah untuk memberikan mereka sedikit hak dan kebebasan untuk membantu politik di Malaysia berada dalam landasan yang betul. Mungkin tidak ramai yang faham bahawa politik adalah saluran yang betul dan tercepat untuk membangunkan negara. Kebijaksanaan dalam berpolitik akan memberikan impak kepada pembangunan masayarakat yang matang dan langsung membangunkan negara. marilah kita sama-sama untuk menyumbang kepada politik yang matang yang bertunjangkan kepada kepentingan negara. Semoga usaha bro dan Yob serta exco lain membuahkan hasil. wasalam

Anonymous said...

salam...
Tahniah di ucapkan pada saudara Tun..ternyata walau hanya cuma sebagai KP Cawangn Kiambang, Tun berjaya berada dalam Exco Pemuda Malaysia..ini lah yg dikatakan pemimpin, pejuang untuk anak bangsa..adalah diharapkan saudara Tun terus menjadi pemimpin yang unggul dimasa depan.
Kawan-kawan yg menolong dan sentiasa berada disisi Tun juga diucapkan tahniah..kesetiaan pada pemimpin adalah amat penting..tergelak juga apabila tgk ada kawan2 yg tidak tahu mengenang jasa dan penuh dgn kepuraan semasa di PWTC tempoh hari..inilah jenis manusia yang tidak mengenang budi..ada yg mengatakan tidak dijemput..hampeh punya org tgu dijput tp masa minta tolong tak pun tgu dijemput..reti pulak dtg..utk Saudara Tun..usahlah hiraukan org yg sebegini..ni semua hantu...

wan said...

salam.. Tun F

Berjuanglah untuk anak bangsa mu, "semoga ALLAH memberkati segala usaha dan kerja mu" tahniah rasanya belum terlewat, jangan sia-sia kan undi kami.

Popular Posts