Saturday, February 7, 2009

Penderhaka!!!


"Patik mohon derhaka". Itulah kata-kata manusia Melayu yang tidak kenal asal usul diri dan keturunannya. Itulah kata-kata pemimpin yang kononnya berjuang atas prinsip perjuangan Islam sebuah parti Islam. "Patik mohon derhaka" adalah kenyataan bernada kecewa yang dikeluarkan oleh Mohammad Nizar Jamaluddin yang enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak dengan alasan masih menyandangnya secara sah mengikut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Katanya “Saya dengan rendah hati mohon derhaka dengan berkata kepada baginda ’patik sebagai MB dan pemimpin kerajaan, mohon tidak letak jawatan".

Nizar - kamu bukan sahaja gagal memperjuangkan Islam, tetapi kamu juga mengkhianati bangsa. Hari ini kamu menderhakai raja pula.

Inilah WAJAH sebenar pemimpin kanan sebuah parti Islam yang gagal memahami perintah - "taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemimpin dalam kalangan kamu". Inilah pemimpin parti Islam yang membiarkan diri umpama LEMBU DICUCUK HIDUNG; TAAT bila diperintah oleh pemimpin DAP, tetapi berani MENDERHAKA bila diperintah SULTAN.

Inilah pemimpin parti yang sama yang menjadi sandaran para Samseng Bahasa; manusia yang tidak faham adat, adab budaya dan budi bahasa; manusia yang tunduk takut diperintah DAP, tapi berani pula menyanggah Sultah. Siapa Raja kamu? Siapa pemerintah kamu sebenarnya, Sultan atau DAP? Elok benarlah si pengkhianat bangsa yang derhaka seperti beliau ini dihalau keluar dari pejabatnya oleh SUK Negeri Perak.

Kata orang-orang tua, jika 'guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari'. Kalau sudah pemimpin atasan parti kurang ajar, ahli partinya lebih lagi. Akibatnya penyokong fanatik parti ini keluar mengganas di jalanan.
Mungkin elok juga para penyokong Sultan Perak, membuat laporan polis atas penderhakaan bukan sahaja Nizar, tetapi pemimpin kanan parti pembangkang dan juga mereka yang terlibat dalam demonstrasi jalanan di Kuala Kangsar. Mungkin elok juga jika PDRM dan mahkamah mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka. Saya percaya gambar setiap mereka dapat dirakam dengan jelas oleh pihak media. Mungkin elok jika mereka ini semua dibuang negeri.
Bagi saya mereka ini ibarat apa yang dikatakan oleh DYTM Raja Nazrin Shah, manusia Melayu yang “berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.
Sikap kurang ajar ini sudah menjadi trademark parti pembangkang. Kalau tidak boleh menyelesaikan masalah cara bertamadun, maka tunjukkan kekuatan di jalanan seperti samseng. Ini adalah budaya `murni' parti tidak Islam PKR yang direstui dan diikuti pula oleh parti yang kononnya parti Islam.

Justeru agar anak-anak kita tidak menjadi kurang ajar seperti mereka, nasihatkan anak-anak kita seperti yang dipesan oleh DYTM Raja Nazrin “Bisikkan kepada mereka akan petua orang tua-tua, bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia. Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dulu lagi terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah. Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja.”

No comments:

Popular Posts