Tuesday, September 18, 2012

Selepas kes culik Mastura, penipuan terbaru Pro-M di UM terdedah



Pro-M dilatih menipu? Adakah menipu seperti yang dilakukan 
oleh Pro-M ini aspirasi sebenar mahasiswa?


err 800 orang? Pro-M kantoi lagi...




Ekslusif : Kronologi Penipuan Pengerusi Pro-M UM


Sudah lama brader tak beraksi dalam pentas maya ni.Namun kembalinya brader ke pentas ini adalah untuk mendedahkan penipuan-demi penipuan yang dilakukan oleh gologan pro mahasewel/pro-m ni.

Anda semua nampak kan poster diatas.Ya,itu ialah debat yang dianjurkan oleh golongan Pro-Mahasewel UM yang diketuai oleh Edikoup Lakip Sediyanto.Nampak macam debat ni dah dipersetujui daripada segi tajuk,masa dan tarikh kan?Siap buat poster lagi

Nampak grand kan?Namun..

Adakah anda tahu tarikh debat itu tidak mendapat persetujuan daripada Pengerusi Penggerak Mahasiswa,saudara Marwan Kahar?Bukti?Don't worry ,brader akan bawakan bukti bersama hujah brader ni.

Mesej BBM

Abang Edikoup mesti tak sangka kan brader bawakan mesej BBM  Edi dengan Marwan?Jap ok?

Perhatian : Collum yang berwarna BIRU GELAP ialah mesej daripada EDIKOUP,mesej yang berwarna BIRU CAIR ialah mesej daripada MARWAN KAHAR

Print screen yang dibuat ialah daripada mesej antara Edikoup dan Marwan setelah mereka saling bertukar BB PIN (Suweet giler)

Mesej ini adalah BERSAMBUNG mengikut NOMBOR dimana ayat terakhir akan diprint screen semula untuk gambar berikutnya bagi membuktikan bawah mesej ini ADALAH BERSAMBUNG.

Brader juga menggunakan warna Kuning untuk dialog Marwan Kahar  danOren mewakili dialog Edikoup . Gambar yang diprint screen telah ditambah nama 'Edikoup' dan 'Marwan' bagi memudahkan pembaca membuat rujukan.Salinan asal ada pada brader


Mesej BBM

1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

9)

10)

11)

12)

13)

14)

15)

16)

17)

18)

19)

P/S : Ini versi yang telah diedit untuk ditambah nama bagi memudahkan rujukan.Versi asal tanpa nama 'edikoup' dan 'marwan' dalam simpanan brader.

Anda nampak tak apa yang berlaku?Tiada persetujuan dibuat namun PRO-M dengan rasa angkuh terus publish poster dengan bangganya.

Inilah sikap BIADAP dan KURANG AJAR didikan parti pembangkang yang sememangnya mengajar anak buahnya membuat keputusan sendiri tanpa mempertimbangkan orang lain.Adakah orang TIDAK BERADAB dan kurang ajar ini mahu mahasiswa/i jadikan teladan?Ini baru peringkat kampus,kalau mentadbir negara nanti macam mana?


ONE MORE THING,bila masa Marwan bersetuju dalam pertemuan dia bersama Edikoup berkenaan tajuk Pilihanraya Kampus : Demokrasi atau Konspirasi??Jika ada,sila NYATAKAN BUKTI macam apa yang brader buat ni!

Kalau tiada bukti,ANDA PRO M dengan ini disahkan sebagai organisasi dan gerakan pelajar yang kuat menipu mahasiswa!


Yang ni sape pulak nak jawab?Dah la buat tajuk,masa,tarikh TANPA PERSETUJUAN,then tajuk pulak bercanggah.Serabut lah PRO MAHASEWEL ni!

Mahasiswa ada otak.Boleh fikir ok?


Mastura, Safwan, Mariam - keluarga penipu produk Pro-M dan pembangkang?


Skrip Pengerusi Pro-M Nasional, Mohd. Taufiq Abdul tentang kehilangan Mastura -

"Antara isi kandungan SMS tersebut adalah: "Woi celaka! jaga sikit perangai kau itu, kami dah lama perhati kau, siaplah kau lepas ni, kau ingat kau bagus sangat".

"Malah pada pagi tadi, seorang lagi rakan mangsa menerima panggilan yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah sekiranya mahukan Mastura selamat"


- Rupanya skrip ini hanya permainan persepsi untuk mendapatkan undi simpati bagi memenangi kerusi pilihan raya kampus. Elok minta mereka ini bermubahalah supaya kita semua dapat bongkarkan lagi penipuan yang telah dilakukan oleh keluarga ini. 



901 : SKRIP LAKONAN SAFWAN ANANG. DIMANA IA BERMULA


Wajah penipu Muslimat Pas?

DUNIA HARI INI SEKELUARGA JADI PELAKON

tarikh perkahwinan :  11.11.11, Safwan dan Masturah selamat diijabkabulkan di rumah pengantin perempuan di Sungai Buloh . Patutlah pandai berlakon sebab pilih tarikh nikah dan kahwin pun ikut tarikh ramai pelakon dan penyayi kahwin macam ezylin

masturah ialah isteri kepada safwan anang. Suaminya safwan anang telah dipilih menjadi pelakon oleh anwar adalah kerana ibu mertua dan ahli keluarganya merupakan pas tegar.Masturah telah berlakon hilang di culik sebelum pilihnaraya kampus.Beliau telah "muncul" kembali betul-betul pada hari pengundian bagi Pemilihan MPMUM 10/11 21 Februari lalu. Namun Masturah dan Ibu beliau,Mariam bt Abdul Rashid, tidak mengeluarkan kenyataan apa-apa pada media.

selepas isteri membuat lakonan, tibalah suami pula memainkan peranan dalam insiden di upsi. suami buat perangai supaya polis dikhabarkan sebagai bertindak kasar.


skrip lakonan di hospital bersama mahfus.
skrip lakonan buat laporan polis guna kerusi roda. mantop pelakon tambahan

LAKONAN SELANJUTNYA IALAH PI BERDEMO. POLIS ZALIM. POLIS TAKUT ANAK MUDA. UMNO PI HANCUR DAN NANTIKAN LAKONAN SEHEBAT SAFWAN ANANG



Siswi Hilang

Dakwa dipukau sebelum dilarikan

SUNGAI BULOH – “Saya tidak ingat apa-apa. Sedar saja saya ternampak sebuah masjid dan restoran. Saya terus terus pergi ke restoran itu untuk mendapatkan bantuan.”

Demikian menurut Mastura Abu Bakar, 22, pelajar tahun dua jurusan Sains Politik, Universiti Malaya yang diculik petang Sabtu lalu.

Menurutnya dia tidak mengingati apa-apa selepas membeli kad ‘topup’ dan keluar dari sebuah kedai berhampiran Apartmen Pantai Permai Pantai Dalam pada hari kejadian.

“Bila saya sedar badan terasa amat lemah dan perut saya amat lapar. Saya minta bantuan daripada pemilik restoran itu untuk menghubungi keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Merbau Sempak, semalam.

Mastura yang juga calon proMahasiswa (Prom) ditinggalkan penculiknya di Jeras Jernang, Bangi sebelum keluarganya menerima panggilan kira-kira jam 11.20 malam semalam memaklumkan penemuan anaknya itu.

Kelmarin satu laporan polis dibuat di Balai Polis Pantai berhubung kehilangan Mastura.

“Saya akan tetap akan terus bertanding dalam pilihan raya kampus dan kejadian ini tidak langsung mematahkan semangat saya daripada terus berjuang,” katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan dan Pembangunan, Persatuan Mahasiswa Islam UM.

Sebelum kejadian Mastura turut menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan menyuruhnya menarik diri daripada pilihan raya kampus yang berlangsung semalam.

Sementara itu ibunya, Mariam Abdul Rashid, 49, bersyukur kepada Allah SWT kerana anaknya dapat ditemui semula.

“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan anak saya dan termasuk pihak Pas Selangor yang mengerakkan sembahyang hajat di masjid-masjid di seluruh Selangor,” katanya.

Menurut Mariam dia percaya anak d:ipukau sebelum dilarikan dan penculiknya didakwa mempunyai motif tertentu terutama untuk menggagalkan pilihan raya kampus universiti itu.

“Saya benarkan anak saya untuk bertanding kerana itu tanggungjawabnya dan saya akan terus menyokongnya,” katanya.

Difahamkan hasil laporan pemeriksaan hospital mengesahkan keadaan fizikal Mastura baik.

“Saya harap polis dapat memberkas mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah pada sidang medianya berkata, setakat ini polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kes hilang dan bukannya culik.

"Keterangan mangsa masih belum direkodkan tetapi kejadian tersebut tidak melibatkan sebarang unsur jenayah. Walau bagaimanapun, kita harap mangsa dapat memberi kerjasama kepada polis," katanya.


Calon pilihan raya UM ditemui lemah di Bangi
Oleh SITI KAMILAH MUSTAPHA
kamilah.mustapha@kosmo.com.my

MASTURAH (kiri) ditemani ibunya, Mariam pada sidang akhbar mengenai kehilangannya di UM, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pelajar Universiti Malaya (UM), Masturah Abu Bakar, 22, yang hilang pada petang Sabtu lalu dijumpai awal pagi semalam dalam keadaan lemah di tepi jalan berdekatan sebuah masjid di Teras Jernang, Bangi.

Menurut ibunya, Mariam Abdul Rashid, 50, Masturah telah menghubunginya dengan meminjam telefon bimbit seorang pemilik kedai makan yang berada bersebelahan masjid di situ.

"Dia hanya panggil saya umi, umi, lepas itu saya suruh dia panggil pemilik telefon bimbit sebab Masturah seolah-olah tidak boleh bercakap lagi," katanya pada satu sidang akhbar di Akademi Pengajian Melayu UM di sini semalam.

Mariam memberitahu, selepas diberitahu oleh pemilik kedai makan itu mengenai lokasi Masturah berada, beliau sekeluarga terus menjemput anaknya di masjid berkenaan.

"Keadaan Masturah lemah dan tidak bermaya sebab tidak makan. Dia ditinggalkan di situ oleh seseorang selepas hilang sejak petang Sabtu lalu... dia anak yang baik dan saya percaya dia tidak buat perkara yang tidak betul," tambahnya.


Kehilangan Masturah cetus misteri


Mastura

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Bahang Pilihan Raya Kampus Universiti Malaya yang akan berlangsung esok semakin mendebarkan apabila seorang calon wanita promahasiwa yang bertanding, kini hilang sejak petang semalam.

Masturah Abu Bakar, 22, dilaporkan hilang ketika berkempen di blok pangsapuri Pantai Permai, Pantai Dalam yang menjadi tempat penginapan luar pelajar universiti itu.

Kehilangan pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu disedari oleh seorang rakannya, Nurhanis Wahidah Mohd. Mansor sejak pukul 5 petang semalam sebelum dia membuat laporan di Balai Polis Pantai pada pukul 12.20 tengah malam tadi.

Menurut Pengerusi ProMahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul, sebelum kehilangannya, Masturah bersama beberapa rakan termasuk Nurhanis Wahidah berkumpul di antara blok D dan E pangsapuri tersebut untuk berkempen.

"Kira-kira pukul 4.15 petang, Masturah memberitahu rakannya yang dia hendak pergi membeli tambahan kredit telefon dan meminta rakannya itu menunggu di blok E.

"Bagaimanapun, setelah menunggu agak lama, Masturah tidak muncul dan usaha rakannya menghubungi calon itu gagal.

"Selepas enam jam mencari bersama penduduk di situ, Masturah gagal ditemui sebelum Nurhanis Wahidah membuat laporan polis tengah malam tadi.

"Masturah berpakaian baju kurung batik warna hijau merah jambu, bertudung warna merah jambu, kulit sawo matang bercermin mata, tinggi kira-kira 173 sentimeter, memakai kot labuh warna hitam dan kasut sandal putih sebelum dia disedari hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Mohd. Taufiq, pihaknya menggunakan khidmat perubatan Islam Darussyifa untuk mengesan mangsa. Keluarganya juga telah dimaklumkan tentang kehilangan Mastura.

Beliau memberitahu, sebelum kejadian tersebut, rakan kepada calon itu memaklumkan bahawa Masturah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur ugutan.

"Antara isi kandungan SMS tersebut adalah: "Woi celaka! jaga sikit perangai kau itu, kami dah lama perhati kau, siaplah kau lepas ni, kau ingat kau bagus sangat".

"Malah pada pagi tadi, seorang lagi rakan mangsa menerima panggilan yang mengugutnya supaya jangan membuat laporan polis berhubung kehilangan Masturah sekiranya mahukan Mastura selamat," katanya lagi.

Katanya, ekoran panggilan yang berbentuk ugutan itu, satu lagi laporan polis dibuat di balai polis yang sama pada pukul 11.40 pagi ini.

Ditanya mengenai pilihan raya kampus itu, Mohd. Taufiq memberitahu, pihaknya telah menghantar surat kepada Naib Canselor UM memohon supaya menangguhkan pilihan raya tersebut.

Katanya, dalam usaha mendoakan mangsa selamat sehingga ditemui, pihaknya mengadakan majlis solat hajat beramai-ramai di Dewan Tunku Canselor di universiti itu malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan pelajar itu.

"Buat masa ini, kes itu diklasifikasikan sebagai orang hilang," katanya.

Lagi bukti kaitkan Pro-M sebagai Pro-Pembangkang


Pengakuan Khalid Ismath - Pro-M adalah Pro-Pembangkang


Kenali individu-individu barisan depan Pro-Mahasiswa

1. Ahmad Syukri Ab. Razak, pelajar KUIS (Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor), sebuah IPTA di bawah Kerajaan Negeri Selangor, di mana Anwar telah susun orang-orangnya untuk menjaga pelajar-pelajar di sana.

Syukri Razak begitu penting di sisi Anwar?

Ahmad Syukri dikaderkan dari proses penyusunan ini, dan telah dilantik menjadi Pengerusi SMM.


Belum pernah dalam sejarah gerakan siswa, ketua gerakan siswa dipimpin dari universiti junior seperti KUIS. Selalunya gerakan itu berketuakan pelajar dari salah satu daripada lima universiti ternama dan selalunya UM.


Posisi istimewa di sisi Anwar?

Dalam kes penggantungan bekas Profesor UIA, Dr. Aziz Bari, Syukri Razaklah jaguhnya. 
Tapi dia ni dari KUIS, bukan UIA.

Candlelite vigil. Budaya mana ni? Wakil PMI tak bersuarakah?

Namun, kerana sentuhan Anwar, beliau mahu ‘ketua siswa’ datang dari universiti di bawah kawalannya, maka Syukri, pelajar KUIS dipilih jadi Ketua SMM.



Syukri yang dikultuskan oleh ‘Sang Imam Mahdi’ inilah yang mengatur mesyuarat-mesyuarat SMM. Semua arahan mesti datang dari sang kultus. Dari demonstrasi membela Dr. Aziz Bari di UIA hinggalah acara bakar lilin.

2. Adam Adli, pelajar UPSI, berasal dari Kampung Baru Penanga, Pulau Pinang. Adam memang direkrut dari AIC (AnwarIbrahimClub) dan AMK PKR.


Mesranya. Adam Adli senyum simpul. 
Senyum boleh ditafsirkan dengan bermacam maksud.

Kononnya dialah ‘hero’ yang mula perasan setaraf dengan ‘Che Guevara’ pejuang revolusi Marxist di Amerika Latin.

Setakat turunkan bendera Perdana Menteri di PWTC dah setaraf dengan Che Guevara.
Memang jauh api dari panggang. Adam Adli sebenarnya seorang penakut, buktinya lari menyorok di belakang kawan, bila Roslan Mokthar mahu tempelengnya.


Perhatikan siapa di belakang? Tian Chua, Shamsul Iskandar 
dan Farah Nadia. Siapa mereka?

Ketika ini Adam Adli mengemudi Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), salah sebuah entiti  haram di bawah pertubuhan harama SMM itu sendiri. Dia jugak sudah dikenakan hukuman gantung pengajian selama 3 semester kerana tindakan tidak cerdiknya itu. 

3.  Khalid Ismath, pelajar UiTM Shah Alam jurusan Undang-Undang merupakan mahasiswa pro-Syiah.


Khalid Ismath mengakui dia seorang syiah 
seperti yg didedahkan oleh Pena Minang.

Menurut sahabat SB, PenaMinang, kemunculan Khalid Ismath sebagai mercu tanda Syiah sudah tunjuk taring di Malaysia.

“Ini kerana SYIAH di Malaysia ini tidak sebulu dengan kerajaan Sunnah di tanah air kita ini. Jadi untuk menampilkan ‘Kesyiah’annya, mungkin sedikit sukar, kerana umat Islam di Malaysia ini masih teguh dengan Manhaj Ahli Sunnah. Maka kaedah untuk menggoyangkan Ahli Sunnah di Malaysia ini adalah dengan bergerak atas manhaj politik. Dengan politik Syiah seperti Khalid Ismath ini lebih mudah mendekati mahasiswa-mahasiswa pro khawarij”, katanya. 


Shazni Munir juga gagal di UM kerana terlalu berpolitik tapi diterima
 masuk ke KUIS. Di KUIS, langkahnya semakin besar.

4. Syazni Munir Mohd Ithnin, pelajar KUIS. Menurut Pena Minang, Syazni asalnya pelajar UM yang terlibat aktif dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM).

Syazni, berasal dari Segamat, Johor. Pernah menjadi Presiden PMIUM, namun kerana keaktifannya, dia gagal menyeimbangkan antara akademik dan kegiatan pelajar menyebabkan dia gagal menamatkan pengajian di universiti tertua itu.

Sekarang melanjutkan pelajaran di KUIS. Asalnya gah..Presiden PMIUM 2009/2010, yang turut dilantik Timbalan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Pengerusi SMM yang gah mengarahkan anak buahnya termasuk dari universiti lain, kini terpaksa terima hakikat, gah tak kemana bila pelajaran tidak habis.

Sekarang terpaksa diturunkan pangkat, dari Pengerusi SMM menjadi pengikut kepada Ahmad Syukri di KUIS yang bergerak mengikut telunjuk sang kultus.

Syazni kena terima hakikat, sekarang godfather siswa bukan lagi Dewan Pemuda PAS, sekarang zaman desperado sang kultus yang memerlukan pengikut, hingga terpaksa turun sampai ke akar umbi siswa.

Sang Kultus perlukan proksinya, bukannya ‘budak PAS’, sebab itu sang kultus beri isyarat pilih Ahmad Syukri.

Semasa di UM, pada 18 Julai 2009, Syazni ditahan polis berhubung kes menconteng dan percubaan membakar di dewan Akademi Pengajian Islam (API) Universiti Malaya.

Syazni antara tiga pelajar API yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kejadian conteng dan ‘petrol’ pada 24 Jun 2009 dan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang dibicarakan mulai 7 Disember 2009.

Pintu masuk dewan kuliah utama API diconteng “bini puaka” dan “pembunuh Altantuya” dan menyimbah petrol di permaidani merah yang bakal dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk kempen derma ‘Power of 10 Sen: Gaza Dibela’ bagi anak-anak Palestin di kampus itu.

5. Muhammad Safwan Anang @ Talib, Presiden PMIUM sesi 2011/2012 juga merangkap Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) dan Timbalan Presiden GAMIS.
PMIUM pertubuhan sah di UM, tetapi BEBAS dan GAMIS merupakan pertubuhan haram.

Telah berkahwin bersama pasangan yang juga aktivis PMIUM, Masturah Abu Bakar pada 13 November 2011.

Menurut Angin Perubahan emak Masturah iaitu Mariam bt Abdul Rashid adalah ahli Majlis Bandaraya Shah Alam adalah Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.

Ketika pilihan raya kampus UM sesi 2011, Safwan bertanggungjawab cipta gimik kononnya, bakal isterinya hilang gagal dikesan dan sekali lagi ketika berdemo di UPSI semalam Safwan sendiri buat gimik, dirinya cedera parah dipukul polis, walhal dia sendiri yang mencederakan diri dengan merempuh pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan.

“Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin Klinik Shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

“Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel”, Dato Dr Junaidy Abu Bakar, Timbalan Naib Canselor, HEP UPSI. Klik di sini

Berdasarkan senario terbaru di UPSI, ada unsur-unsur tidak puas hati kenapa hanya Adam Adli sahaja di’nobat’ jadi hero. Siapa Adam Adli ? Presiden GAMIS ? Presiden SMM ? Semuanya zero…

Anwar berjaya menunjukkan skillnya ‘pecah dan perintah’, akhirnya semuanya berlumba-lumba mahu ‘menjadi hero’ untuk dekat dengannya. Akhirnya Anwar juga yang untung..



[Video] Innocence of Muslims dikecam kerana sengaja 'provok' umat Islam - @tunfaisal



Media Alternatif Beri Impak Besar Bantah Filem Hina Rasulullah! -@TunFaisal



Filem Innocent of Muslim yang menghina Rasulullah telah menimbulkan kemarahan serta menyentuh sensitiviti umat Islam diseluruh dunia sehingga mencetuskan rusuhan serta bantahan secara global. 

Bantahan yang dilaksanakan oleh penganut agama Islam yang menyanjung ketinggian pekerti serta perjuangan utusan terakhir itu turut dimainkan oleh media baru.

Pengerusi BN Youth Cyber Team, Tun Faisal Ismail Aziz turut mendakwa media alternatif juga turut memberikan impak besar dalam bantahan filem tersebut sehingga membantu usaha penyebaran maklumat mengenai bantahan filem provokasi itu.

"Itu membantu. Generasi muda tidak lagi bergantung pada berita jam 8 dan surat khabar. Jadi bila kita sebarkan melalui twitter dan gerakkan kempen ini melalui Facebook dan sebagainya, benda ini sebenarnya memberi kesedaran kepada mereka," katanya ketika ditemui Antarapos pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran beliau dan Majlis Belia kawasan Putrajaya.

Tun Faisal juga menyifatkan penerbit filem tersebut sengaja berbuat demikian bagi mencetuskan provokasi dengan membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

"Saya tidak rasa filem ini dibuat untuk 'blockbuster', tetapi hanya satu filem yang dibuat untuk provokasi umat Islam.





Malah, Tun Faisal turut menempelak beberapa enjin carian seperti Google dan Youtube kerana tidak sensitif kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem "Innocence of Islam" daripada senarainya.

"Dalam media baru, jika dilihat jumlah 'dislike' dilaman sosial Facebook Cyber troopers Umno, memang ada komen dan menyatakan ianya menyentuh sensitiviti, tetapi malangnya Google dan YouTube masih mengekalkan filem itu.

"Ini menunjukkan bahawa polisi mereka tidak sensitif. Keterbukaan boleh, tetapi unsur provokasi seperti ini untuk menyakiti orang lain adalah polisi yang tidak kena," tambahnya.

Namun maklumat terbaru yang dilaporkan AntaraPos, Google telah bersetuju untuk menarik balik carian maklumat mengenai filem tersebut bagi menghormati sensitiviti sesetengah negara.

Sebelum ini bantahan berkaitan filem menghina Nabi Muhammad ini telah digerakkan di seluruh dunia. Malah, rakyat Malaysia turut sama mengadakan bantahan di setiap negeri bagi menentang penghinaan terhadap Rasul kesayangan mereka. 

Filem itu dikutuk oleh umat Islam dan Gereja Kristian Ortodoks Koptik sebagai "sebuah filem yang bersifat menghasut" manakala Majlis Gereja-gereja Sedunia berkata filem itu 'satu penghinaan kepada agama Islam". -antarapos




Sunday, September 16, 2012

#916AnwarAuta [Video] Memperingati Pembohongan @AnwarIbrahim



Pantun Orang Mengharap

Telur Omega di atas peti
jam Omega di bawa lari
16 September silih berganti
sampai sekarang menggigit jari









Apaaa dah jadiiii...........

Friday, September 14, 2012

Teka Teki: Suara Mahasiswa - Suara Keramat; Suara pro-M, suara... apa?


errrrr suara apa ya....................?
Suara Pro-M, suara tak de sapa nak dengar :P
kurang cerdik la nak dengar suara penipu yang ada-adakan 
penculikan diri sendiri macam di UM atau yang langgar pintu kaca sampai
 pecah kepala tapi fitnah polis yang buat


#PRKampus: Harapan #AspirasiMahasiswa Tawan UPSI... @AdamAdli & @SafwanAnang Terkial-kial Di Tepi Jalan!!


Menunggu Sahabat-Sahabat Yang Tak Kunjung Tiba

Mana orang nak dengar aku membebel ni??

Meh sini biar Adam pulak cakap

Gambar gambar dari UPSIdaily. Berdasarkan gambar gambar di atas jelas sekali menunjukkan bahawa majoriti rakyat dan mahasiswa sudah kenal siapa sebenarnya Adam Adli dan Safwan Anang. Bukan sekadar kenal malah mereka sudah tahu apa agenda sebaliknya yang mahu dibawa oleh mereka. 

Tiada lagi ruang untuk diperbodohkan lagi oleh Adam dan Safwan Anang. Tidak sampai sepuluh orang yang hadir untuk berdemo di UPSI pada 13 September 2012. Ini petanda besar majoriti mahasiswa sudah menolak cara politik ektrems, ganas dan keterlaluan yang cuba dibawa oleh kumpulan mahasiswa pembangkang.

sumber: ANGIN PERUBAHAN




Suara Mahasiswa - Suara Keramat, Suara Pro-M - Suara... ?



Suara Pro-M - suara pengkhianat?
Suara Pro-M - suara keparat?
Suara Pro-M - suara budak jahat?


[Gambar] Bukti ke-2 ProM bukan suara mahasiswa tapi suara pembangkang



Kehadiran penyokong sangat mengecewakan Pro-M UM.

Cara, budaya, template, penipuan - semuanya ala pembangkang. otak beku tak de idea baru atau otak kosong sebab itu sentiasa meniru dan senang sangat ditipu/pembangkang?

Kekuatan sebenar yang cuba disorok.

Tak habis-habis dengan tuntutan!




PRO-M UM BERPELUH RAIH SIMPATI

Menjelang hari pembuangan undi, kem Pro-M Universiti Malaya nampaknya sudah gawat. Semalam mereka adakan kempen speaker corner tapi sambutan yang diterima amat mendukacitakan. Lihat gambar-gambar di bawah.

Sesuatu perlu dilakukan! Menurut maklumat yang diterima, dirty section dalam jentera Pro-M UM yang disokong oleh penasihat-penasihat tertentu daripada 'sebuah' parti politik, mereka akan merancang 'kejutan' terbaru bagi memastikan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) terus dikuasai Pro-M.

Apa nak hairan. Dulu mereka tergamak letak kepala babi dalam surau Akademik Pengajian Islam yang juga kubu kuat PMI UM semata-mata nak jatuhkan kem Penggerak (Aspirasi). Hasilnya, undi besar menjadi milik Pro-M yang dikuasai PMI. 

Mereka juga pernah 'menghilangkan' salah seorang calon Pro-M sendiri iaitu saudari Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang yang juga anak pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor. Akibat insiden ghaib tersebut, Masturah menang undi popular sembul 'muncul' kembali sehari selepas keputusan PRK diumumkan.

Kali ini, apa lagi yang mereka nak buat? Culik Naib Canselor UM? Bakar kereta calon sendiri? Atau bakar Dewan Tuanku Canselor (DTC) seperti yang pernah dilakukan pada tahun 90-an dahulu?

Pro-M UM memang hebat dalam berpolitik. Matlamat menghalalkan cara, itulah prinsip mereka selama ini. 



Popular Posts