Nota: Respon Datuk Rocky adalah berikutan kenyataan daripada Prof James Chin dan pertanyaan rakan beliau, kenapa hanya beliau yang masih mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca kenyataan Prof James Chin di bawah -
"What these pro-umno bloggers and their “paymasters” wanted, Chin said, was a revival of the Mahathir era and “strong-man” politics. These bloggers are hired by the pro-Mahathir camp in Umno who want a strong leader like Mahathir that can shut any dissenters by using the Internal Security Act.
- Prof James Chin, Sunway Monash U,
Pro-Umno bloggers rebel against PM, FMT, 25 Jan
Siapakah yang dimaksudkan oleh Prof James Chin sebagai `paymaster'? Kedua, siapakah pula yang dimaksudkan beliau sebagai blogger pro-UMNO yang memberontak terhadap PM?
Saya kurang senang dengan label blogger Pro-UMNO yang digunakan oleh James Chin secara sembarangan. Beliau perlu jelas, adakah blogger ini pro-UMNO atau pro-individu tertentu. Saya tidak tahu sama ada dakwaan ini mempunyai asas atau tidak tetapi sehingga beberapa hari yang lepas, blogger dan facebooker begitu rancak mengaitkan Kadir Jasin dengan Tun Daim. Di bawah adalah antara poster on-line yang saya lihat disebarkan -
Adakah James Chin mahu menyebut Blogger Pro-UMNO atau Pro-Daim?
"On the eve of Thaipusam, a rebel asked me over drinks: "Bro, why are you still defending Najib? He's going down, bro, for sure he's going down." Wishful thinking, man. If Umno had wanted to take Najib down, they should and would have done that at the Umno general assembly last year, NOT after returning him as their president UNOPPOSED.
And if you really, really want to bring him down now, you must have a candidate to replace him. One with compelling attributes. I asked my friend, "Do you have someone llke that?"
- Rocky Bru
Bagi saya, tidak ada masalah jika kita hendak mengkritik dan memberi pandangan terhadap perkara-perkara yang politically incorrect dan salah dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi adalah TIDAK ADIL untuk melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Datuk Seri Najib. Kalau nak memberi kritikan, kritiklah tetapi janganlah sampai melambakkan segala keputusan-keputusan kerajaan yang dibuat pada zaman Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi ke atas bahu Datuk Seri Najib dan menyalahkan beliau atas segala `dosa' (tidak semestinya dosa) yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menteri-menteri kabinet, pengerusi-pengerusi GLC dan penjawat-penjawat awam.
Ini TIDAK ADIL!
Tindakan melambakkan semua kesalahan ke atas bahu Najib seperti yang dilakukan oleh blogger tertentu adalah TIDAK ADIL, TIDAK OBJEKTIF dan TIDAK PROFESSIONAL
Pertama :- "monopoli ke atas MAS, TNB, Bernas dan Pharmaniaga telah berlaku sejak zaman pemerintahan Tun Mahathir.
Kedua :- "Anehnya menteri bertanggungjawab dalam bidang kuasa yang disenaraikan tidak pula ditegur atau dikritik sebaliknya fokus mereka hanya terarah kepada DS Najib Tun Razak. Contohnya pembantu rumah asing, kenapa tidak dipersalahkan TS Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan JK kabinet dan ia dipertanggungjawabkan kepada DS Zahid Hamidi? Selain itu perlaksanaan gaji minimum RM900 merupakan idea KJ yang disokong oleh Pemuda UMNO. Tapi malangnya, KJ tidak ke hadapan mempertahankan DS Najib Tun Razak yang menerima idea yang diperjuangkan pemuda.
Walaupun Zaid Ibrahim bukan ahli politik yang paling bijak, baik di dalam UMNO mahupun di dalam PKR (mungkin paling bijak dalam KITA), tetapi setidak-tidaknya pandangan dia lebih rasional kerana faham bukan semuanya berlaku pada zaman Najib -
“They say Najib has failed because the prices of goods and services have gone up, but we can expect this to happen when subsidies are cut. And subsidies have to be cut to reduce the deficit in the country’s accounts, which in turn has come from the government spending more than it received in revenue. This is a cumulative effect of many years of unsound economic management, and Najib is not solely to blame for this."
“The former prime minister’s fan club members also point to the more than 50,000 unemployed graduates in Malaysia as proof of Najib’s failure, but we have had this many (or more) unemployed or unemployable graduates since 1995."
- Zaid Ibrahim
ZAID: IF NAJIB GOES, WHO WILL BE NEXT PM?, MT, 27 Jan
No comments:
Post a Comment