“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly"
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”
Inilah kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menimbulkan begitu banyak perdebatan di dalam blogsfera UMNO dan pembangkang. Ada yang mengikut nasihat, namun tidak kurang yang terus `membangangkan' diri.
Malaysian Insider berjaya memanipulasikan pemikiran ramai, termasuk blogger UMNO, apabila menambah perkataan `UMNO' di dalam tajuk dan laporannya.
Blogger dan penggiat maya UMNO yang hanya merujuk sumber pro-pembangkang terperangkap dengan menipulasi ini dan akhirnya berbalah sesama sendiri.
Dengar daripada minit ke-39 hingga minit ke-41, Datuk Seri Najib kata "Kalau parti nak kuat, jagalah pemimpin-pemimpin kita. Kalau dia bersalah pun tegurlah dengan baik, supaya parti kita kuat", merujuk kepada sikap penyokong pembangkang yang mempertahankan pemimpin mereka walaupun bersalah dan ada isu moral.
Pada minit ke-44, Datuk Seri Najib menyebut bahawa pemimpin pembangkang lebih teruk daripada pemimpin UMNO. "Jangan serang kita, serang pembangkang." Kemudian barulah beliau menyebut tentang tindakan blogger menyerang pemimpin (UMNO/Kerajaan)
Ada dua perkara yang perlu dijelaskan:-
Pertama, Datuk Seri Najib tidak menggunakan perkataan `Blogger UMNO' sebaliknya blogger kita, yang memberi maksud blogger pro-BN, tidak semestinya mereka blogger UMNO. Dalam sfera siber, blogger pro-BN terdiri daripada banyak kumpulan, termasuk jentera parti dan blogger bebas.
Sebagai mantan pengerusi jentera siber UMNO, Unit Media Baru (UMB), saya suka menyatakan bahawa memang menjadi salah satu daripada syarat dan garis paduan untuk bersama dengan UMB adalah tidak boleh menyerang parti dan pemimpin parti. Tidak mengapa jika mahu mengkritik, tetapi mesti membina dan seboleh-bolehnya berusaha menggunakan saluran yang ada terlebih dulu. Memang ada kes blogger dan facebooker yang menarik diri kerana tidak sanggup mengikut peraturan ini.
Peraturan ini penting kerana UMB adalah jentera parti. Adalah menjadi kesalahan untuk menyerang pemimpin UMNO secara terbuka seperti yang termaktub dalam peraturan parti dan mereka boleh dihadapkan ke hadapan Lembaga Disiplin UMNO.
Bagaimanapun terdapat blogger pro-UMNO dan pro-kerajaan yang bukan jentera parti yang tidak terikat kepada peraturan ini.
Kemungkinan besar blogger bebas inilah yang dimaksudkan oleh Datuk Seri Najib yang mempersoalkan mereka ni "cari makan dengan siapa?"
Konteksnya, siapa `towkey' atau `paymaster' mereka sehingga mereka ini tidak memfokuskan serangan kepada pemimpin pembangkang, sebaliknya menyerang pemimpin parti dan kerajaan?
Kedua, yang ingin ditekankan oleh Datuk Seri Najib bukan pelaku atau medium yang digunakan, tetapi PERBUATAN. Perbuatan menyerang pemimpin dan sesama sendiri ini yang ditekankan sebagai perbuatan yang melemahkan parti dan disifatkan sebagai BANGANG.
Memang susah nak mengatakan tindakan menyerang pemimpin dan parti sendiri sebagai tindakan yang cerdik. Walaupun penyokong pembangkang tidak mengikut ajaran Islam, tetapi dalam hal SOLIDARITI dan KETAATAN kepada pemimpin, mereka mengikut jaran Islam, sehingga mereka dapat mempertahankan pemimpin dan `jemaah' mereka.
Tidak kisah, jika mereka BLOGGER, FACEBOOKER, TWITTERER atau PEMIMPIN UMNO sendiri, jika mereka menyerang pemimpin dan parti secara terbuka, tindakan ini bukan sahaja tidak bijak malah boleh melemahkan parti.
Jangan jadi mangsa manipulasi medium pro-pembangkang dan bergaduh sesama sendiri akibat tidak mahu merujuk sumber asal sesuatu berita.
Rujuk video penuh ucapan penggulungan Datuk Seri Najib Tun Razak:-
2 comments:
Masaalah besar, yang di atas sering tidur. Mereka kerap membuat kesalahan dalam perjuangan parti sendiri, melangkaui terguran bloggers dan akar umbi.
Contoh kes ConSultan. Sehingga penjawat awam kanan, tertinggi dan Jusa di anak- tirikan. PM lebih percaya kepada "orang- orang yang di lantik nya" sehingga kuasa PM berpindah tangan, menguasai kementerian-kementerian sedia ada. Cuba bayangkan polisi dan dasar pembangunan di gubal sendiri kelompok elitis pilihan PM, kemudian memberi arahan kepada kakitangan kerajaan melaksanakan nya !
Ingat anak perempuan muda yang di rekrut sendiri pihak elitis ini di tugaskan menjaga KPI Polis Di Raja ? Apa cerita ?
Jika Pemimpin-Pemimpin Melayu itu mendengar dan prihatin sejajar perjuangan kita semua (Melayu), bukan kah Melayu itu boleh terus memperkasakan ekonomi, geopolitik dan kepolitikan, dominan sebagai majoriti ? Bukan kah Tun M sendiri akan tidak akan bersuara menegur ?
Kenapa kaum "minoriti" pula menjadi raja? Kenapa pro-pembangkang mendapat "geran" mengubahsuai undang-undan dan majoriti menduduki MPKN yang di tubuhkan PM. Isu kalimah Allah dan Syariah Islam menjadi pertikaian dan di lemahkan. Berdegar ingin mematuhi maqasid assyariah tetapi tiada pelaksanaan sehingga wassatiyyah Islam di kategorikan sebagai moderat yang berpaksikan liberalisma dengan pengaruh sekularisma dan pluralis. Isu komunis yang di hidupkan oleh kaum cauvinis dan beberapa melayu munafik yang bangang menyokong agenda-agenda tersirat mereka !
Saban tahun kita masih bercerita tentang hak-hak yang sepatut nya tidak lagi di provokasi oleh musuh-musuh Melayu akibat pemansuhan membabi buta ISA dan pembebasan tahanan berbahaya. Banyak lagi.
Terlalu banya kesilapan yang di lakukan pemimpin atasan. Mereka tidak mengaku "tersasar" serta memohon maaf di atas kejelekan di lakukan mengubahsuai semula kedudukam Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu sertan perkara-perkara penting berkaitan dengan nya.
Ada kah bloggers dan tentera siber oro Umno itu bangang bila tidak puas hati, "menembak" pemimpin sendiri ? Bagaimana pula penyokong senyap berubah arah jika sentimen pembangkang yang palsu di "pantak" benar di telinga-telinga mereka sehingga terpengaruh, akibat sikap selamba bangang pemimpin-pemimpin Umno itu berdiam diri, tidak
responsif ?
Lakukan kuiz kajian dasar. Suruh Melayu jawab. Apa yang Melayu biasa ingin dan harapkan dari Umno dalam era semakin sulit dan mencabar ini. Perbetulkan segera sebelum PRU 14. Kita ingin sekali Melayu itu bersatu-padu dan kuat di dunia serta beruntung pula di akirat.
Nak tégur pemimpin kena sopan..?
Suara kena perlahan...?
Kalau xboleh ditegur; buat la kerja yg memenuhi citarasa akar umbi..
Jgn smpai 'silent protess' berlaku lg spt p
ru 13...
Post a Comment