"Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu...."
Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang
Kesiaaan.. Wan Azizah perlu menang PRK Kajang. Kalau Wan Azizah kalah, malulah PR. Sebab untuk DUN Kajang, PR adalah Kerajaan, BN adalah Pembangkang. Malulah kalau kerajaan negeri kalah kerusi ini, lebih-lebih lagi ini adalah kerusi yang dimenangi oleh PKR semasa PRU13, ADUN PKR yang meletak jawatan dan mereka menang semula kerusi PKR ini.
Harga kemenangan ini mahal kerana, pertama - Wan Azizah tidak mendapat majoriti yang jauh lebih tinggi seperti yang disasarkan, iaitu sehingga calon BN HILANG DEPOSIT.
Kedua - Wan Azizah ditangkap menipu sebanyak 3 kali di sepanjang kempen.
Penipuan pertama - Pasukan SAR MH370 Malaysia menggunakan bomoh
Penipuan kedua - Anwar tidak kenal Juruterbang MH370
Penipuan ketiga - Jumlah pengundi awal PRK Kajang
Ketiga - dalam kempen kali ini Wan Azizah telah dihalau dan dimalukan oleh peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dengan mereka. Bukan Wan Azizah sahaja dicemuh dan dimalukan, Nurul Izzah juga mengalami nasib yang sama hari berikutnya.
Mula-mula Wan Azizah kena halau
Lepas tu Nurul pula...
Wan Azizah PERLU MENANG PRK Kajang. Hanya disebabkan Wan Azizah menanglah, SPR hari ini didapati ADIL. Jika Wan Azizah KALAH, mungkin ESOK penyokong PR akan menganjurkan HIMPUNAN BLACKOUT KAJANG dan himpunan ini akan diteruskan sehingga seorang lagi ADUN atau Ahli Parlimen PR meletak jawatan dan disambung sehingga PRU14.
Mujurlah Wan Azizah menang, jika tidak, ESOK, CNN, Al-Jaziera dan sejumlah media antarabangsa sudah pasti akan memainkan kisah 40,000 pengundi bangla, 10,000 pengundi hantu dan lampu yang terpadam sewaktu penjumlahan undi. Hanya kerana Wan Azizah menang, SPR tiba-tiba menjadi ADIL, daftar pengundi menjadi BERSIH dan dakwal kekal terus KEKAL di jari selama 2 minggu....
No comments:
Post a Comment