Walaupun selepas kekalahan memalukan Presidennya Samy Vellu di Sungai Siput dalam Pilihan Raya 2008, nampaknya MIC Selangor masih belum tersedar dari tidur dan terus dibuai mimpi.
A. Saktivel dan 17 orang wakil MIC Selangor mungkin masih hidup dalam khayalan dan 'denial syndrome' apabila menuntut "kita nak calon yang di'endorse' oleh parti kita." Mungkin akibat lupa diri, dengan angkuh dia menyatakan, "Kita tidak mahu calon yang ikut jalan belakang sebab itu merupakan MARUAH parti kita!".
Kata Strategis Perang Cina, Sun Tzu "The general who loses a battle makes but few calculations beforehand. Thus do many calculations lead to victory, and few calculations to defeat: how much more no calculation at all! It is by attention to this point that I can foresee who is likely to win or lose."
Mari kita buat reality check bagi pihak MIC Selangor agar mereka lebih waras apabila membuat tuntutan. Hakikat yang perlu dipertimbangkan oleh MIC Selangor adalah;
Idealnya, berdasarkan perkiraan, peluang BN lebih tinggi jika calon Melayu diletakkan berbanding bukan Melayu. Peluang untuk menang akan jadi lebih tinggi jika calon yang telah berjasa kepada penduduk tempatan diletakkan.
Bagaimanapun jika BN hendak membuktikan mereka berpegang kepada prinsip dan semangat setiakawan serta permuafakatan yang telah sekian lama diamalkan; dan sanggup pula bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon yang disepakati, maka ada kewajaran untuk meletakkan calon dari parti MIC.
Peluang untuk menang akan menjadi lebih baik jika seorang calon yang lebih muda dan tidak mempunyai `baggage' silam ditempatkan. Peluang akan menjadi lebih tinggi jika calon tersebut terdiri dari anak tempatan, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mesra rakyat.
Belajar dari pengalaman Parti Kongres India, peluang untuk menang adalah lebih baik dan risiko kekalahan adalah minimum sekiranya calon baru dan muda ditempatkan di konstituensi di mana parti tersebut kalah sebelum ini.
Ia bukan tentang MARUAH MIC, tetapi ia adalah tentang perkiraan kalah-menang; tentang usaha untuk meningkatkan peluang dan meminimumkan risiko. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja lebih kuat jika P. Kamalanathan atau V. Mugilan yang ditempatkan!
MIC mesti insaf dan diinsafkan bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa yang mereka mahu. Jangan kelabu mata dan berfikiran sempit untuk melihat soal pemilihan calon dari perspektif sempit kelompok tertentu dalam parti sendiri.
Jangan sombong dan bongkak untuk mendesak secara membuta tuli kerana orang yang rasional pun akan menjadi marah mendengar kenyataan A. Saktivel!

- Palanivel adalah calon yang kalah dalam Pilihan Raya 2008, walaupun tiga DUN yang lain dimenangi oleh BN
- Palanivel sudah bertanding 5 kali, 4 kali menang dan 1 kali kalah. Dia merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sejak tahun 1999 sehingga 2008. Berkampunglah di Hulu Selangor dan bertanyalah kepada orang India, Melayu dan Cina - rata-rata menyatakan mereka tidak mahukan Palanivel. Ada sahaja yang tidak kenanya. Maksudnya Palanivel bukan denyut nadi orang India di Hulu Selangor, apa lagi denyut nadi pengundi Felda Sungai Tengi yang merasakan bahawa mereka terabai selama ini. Saktivel mungkin agak jahil dan tidak pernah tahu bagaimana hendak membuat kajian sikap di kalangan pengundi.
- Rata-rata pengundi Melayu masih belum dapat menerima Palanivel dan Samy Vellu
- Presiden MIC sendiri menyatakan bahawa tidak ada satu kawasan pun yang mempunyai majoriti pengundi India. Maksudnya, bagi memastikan partisipasi wakil berketurunan India dalam kerajaan - pertimbangan kuota dan semangat permuafakatan Barisan Nasional (BN) perlu dipraktikkan.
Idealnya, berdasarkan perkiraan, peluang BN lebih tinggi jika calon Melayu diletakkan berbanding bukan Melayu. Peluang untuk menang akan jadi lebih tinggi jika calon yang telah berjasa kepada penduduk tempatan diletakkan.
Bagaimanapun jika BN hendak membuktikan mereka berpegang kepada prinsip dan semangat setiakawan serta permuafakatan yang telah sekian lama diamalkan; dan sanggup pula bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon yang disepakati, maka ada kewajaran untuk meletakkan calon dari parti MIC.
Peluang untuk menang akan menjadi lebih baik jika seorang calon yang lebih muda dan tidak mempunyai `baggage' silam ditempatkan. Peluang akan menjadi lebih tinggi jika calon tersebut terdiri dari anak tempatan, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik dan mesra rakyat.
Belajar dari pengalaman Parti Kongres India, peluang untuk menang adalah lebih baik dan risiko kekalahan adalah minimum sekiranya calon baru dan muda ditempatkan di konstituensi di mana parti tersebut kalah sebelum ini.
Ia bukan tentang MARUAH MIC, tetapi ia adalah tentang perkiraan kalah-menang; tentang usaha untuk meningkatkan peluang dan meminimumkan risiko. Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah untuk bekerja lebih kuat jika P. Kamalanathan atau V. Mugilan yang ditempatkan!
MIC mesti insaf dan diinsafkan bahawa akhirnya rakyat yang akan menentukan siapa yang mereka mahu. Jangan kelabu mata dan berfikiran sempit untuk melihat soal pemilihan calon dari perspektif sempit kelompok tertentu dalam parti sendiri.
Jangan sombong dan bongkak untuk mendesak secara membuta tuli kerana orang yang rasional pun akan menjadi marah mendengar kenyataan A. Saktivel!
5 comments:
PRK P94 Calon terbaik dari UMNO akhirnya ditemui...berminat ingin tahu sila klik disini
Analisis yg menarik.
SEbagai pengundi P094, saya dah masak dengan MP Palanivel ni. memang patut dia kalah pada PRU lepas. Pengundi bengang habis dengan prestasinya. Walaupun berstatus Timbalan Menteri, tapi dia gagal bawa pembangunan yg boleh dibanggakan walaupun dah 3 penggal jadi MP.
BN kalu nak menag jgn calonkan Palanivel. Ini mesej dari kami dari parti PAP ( Parti Atas Pagaq)
mat nisfu
tq, mmg itu dapatan saya bila saya turun ke bawah
Tuan,
Mohon copy keratan akhbar Utusan.
Tq.
Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yg melayari blog ini,
1 Ketika MIC lupa diri, marilah kita - umat Muslim semua, bukan yg di H. Selangor saja - mengingtkan diri: Siapakah pemimpin yg sebenar-benarnya bagi umat Muslim, dari pandangan & tuntutan akidah kita - lslam - bukan dari pandangn akidah orang2 MIC itu.
2 Di dalam al-Quran, Surah Ali lmran, ayat 28, Allah SWT dengan jelas memberi PERINGATAN [sekligus AMARAN], maksudnya' "JANGANlah orang yg beriman mengambil orang kafir sebagai aulia' [pemimpin/ teman kpercayaan] dgn meninggalkan orang yg beriman. Sesiapa saja yng melakukan [larangan] yg demikian, maka TIADAlah dia [akan mendapat perlindungan/pertolongan] drp Allah dlm sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri drp sesuatu bahaya yg ditakuti drp pihak mreka [yg kafir itu]. Allah memperlihatkan kamu terhadap diri-Nya [kemurkaan-Nya]. Kepada Allah juaglah tempat kembali"
3 Demikian Allah mengajar kita agar semulia-mulia umat drp kalangan seluruh umat manusia ini tidak menghinakan diri mereka dgn dipimpin oleh suatu sosok yg bahkan tdak beriman terhadap keEsaan Allah; yg MENGINGKARI keMahawujudan-Nya, menolak syariat-Nya, & pasti menentang keras apabila syariat Allah mahu ditegakkan.
4 Pemimpin yg sebenar2 pemimpin bagi umat Muslim yg diraikan [diredhai] Allah & dapat membantu dirinya & yg dipimpinnya drp disentuh oleh api neraka kelak ialah: Mukmin yg hidupnya demi menghidupkan amar ma'ruf nahi munkar, lalu dia benar2melaksanakan amar ma'ruf nahi munkar & mengajak serta mengepalai orang lain melakukan amar ma'ruf nahi munkar. Dia hanya memimpin kerana mahu menzahirkan hukum2 syara' [syariat] Allah sebagai sistem yg mengatur seluruh aspek kehidupan mencakup, sistem negara & pemerintahan, undang2, politik, sosial, ekonomi dsb yg semata-mata bersumberkan al-Quran, as-Sunnah, ljma' Sahabat & Qias; kerana dia meyakini setiap perbuatan seorang Mukmin wajib menepati perintah2 & larangan2 Allah; kerana mengimani bahawa dia & kepimpinannya serta orang2 yg dipimpinya pasti diadili kelak di Yaumul Mahsyar - dia mnjadi saksi kpd orang2 yg dipmpin sementara Rasulullah SAW pula menjadi saksi baginya.
5 Bukan juga sebenar2 pmimpin bagi umat Muslim seseorang yang beriman TETAPI juga menolak syariah Allah SWT jauh2 drp dijadikan hukum [undang2] & sistem pengatur urusan kehidupan; sistem kehidupan sebagaimana sekarang yg didukung, diperjuangkan & dipertahankan oleh segenap parti politik, waima yg berbasis umat Muslim [baik UMNO, PAS, PKR dsb].
6 Demikianlah cemerlangnya lslam mengajar kita, sebab segala2nya dlm lslam WAJIB diperkaitkan dgn tututan akidah, termasuk di dalam soal kepemimpinan.
Wallau a'lam.
Post a Comment