Friday, January 20, 2012

Kerajaan PR roboh surau - Pembelaan Madrasah Salahiah dapat sentuhan @MukhrizMahathir



Datuk Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah


Panas!!! Datuk Mukhriz Bersama Badan 
Bertindak Madrasah Salihiah

Kedatangan dan sokongan Timbalan Pengerusi UMNO Kedah amat di alu-alukan oleh Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah. Ini memberi sokongan besar kepada perjuangan Badan Bertindak!


ALOR SETAR 20 Jan. - Kerajaan Kedah tidak perlu menunggu keputusan mahkamah dalam menentukan nasib Madrasah Salihiah yang dijadual dirobohkan bagi membina Kompleks Aman Central.

Sebaliknya kata Timbalan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir, kerajaan Kedah boleh terus mengemukakan pelan baharu yang mengecualikan tapak madrasah itu daripada terlibat dalam pembinaan kompleks tersebut.

Keputusan itu adalah lebih baik selain menjimatkan peruntukan membina surau baru yang dianggar bernilai lebih RM4 juta, katanya kepada pemberita selepas Program 4B Prihatin, Gerakan Belia 4B Alor Setar di pekarangan madrasah itu, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dilapor berkata, kerajaan negeri akan akur jika mahkamah memutuskan rancangan meroboh surau itu ditangguh, namun akan melawan andai keputusan menggendalakan keseluruhan projek Aman Central. - BERNAMA 

Untuk Pas Kedah..Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat blogger lain akan perjuangkan Madrasah Salihiah..dan PAS Kedah akan berhadapan dengan satu isu BOM Panas yang akan memalukan PAS,

Kerajaan Negeri Pentabiran PAS hanya putar belitkan isu ini..untuk menutup dari pwngetahuan rakyat Kedah..Kami Team Media Kedah dan juga sahabat-sahabat lain akan bongkar satu persatu isu Madrasah Salihiah,,segala bukti sudah berada di dalam gengaman Team Media Kedah....

Lagi gambar dan video di blog Media Kedah


No comments:

Popular Posts