Wednesday, May 22, 2013

Red Bean Army ugut bunuh, hasut, fitnah dan buli orang Cina macam Parti Komunis Malaya (PKM)


Jentera siber tajaan Red Bean Army tidak lebih daripada sekumpulan penipu dan pembuli siber. Memberi gelaran anjing, babi, ugutan bunuh, serang Islam dan Nabi Muhammad, agenda rasis untuk boikot produk orang Melayu, termasuklah menyerang orang Cina yang menyokong BN.. memang macam Parti Komunis Malaya..


Baca dua artikel di bawah untuk memahaminya...

LAWA tapi biadab, hasut bunuh Najib, Tun Mahathir
http://keris7lok.blogspot.com/2013/05/lawa-tapi-bongok-hasut-bunuh-najibrazak.html









Dia ingat dia lawa sangat sampai boleh keluar kenyataan nak bunuh PM? Biadap punya betina! Tak hormat langsung. Keris tak kisah pun dia nak sokong mana-mana parti politik pun sebab itu hak masing-masing tapi jangan melampau dan biadap sangat.


Nama betina ni Venus Cheng dan bawah ni FB dia :

Tengok apa dia tulis :







RIDHUAN TEE: Transformasi Kabinet @NajibRazak & Kisah Cyber Trooper 'Laknat'
(Buka Minda, Sinar Harian 20 Mei 2013)

Tahniah saya ucapkan kepada barisan kabinet yang telah dilantik. Jalankanlah amanah yang amat berat itu. Ingat! jawatan pemimpin ada perkiraan dunia dan akhirat. Pemimpin akan dihisab dahulu berbanding rakyat.

Beberapa muka baharu yang dilantik, menunjukkan bahawa PM mahukan kabinet kali ini lebih berintegriti daripada dahulu. Kita amat mengharapkan ia akan disambut oleh ahli kabinet lama yang dilantik semula. Ini peluang terakhir untuk UMNO BN membaiki diri. Jika gagal, saya tidak pasti apakah nasib UMNO BN pada PRU14.

Kepimpinan baharu perlu ingat, hari ini tentera-tentera siber ultra kiasu (cyber trooper) yang juga dikenali sebagai atau red bean army dan berbagai nama lagi, berkeliaran di merata tempat. Kerja mereka mencapai 'kelemahan, ketirisan dan semua perkara negatif. Berhati-hati jugalah bila tinggal di hotel.

Bila dapat bukti, kerja mereka melancarkan serangan habis-habisan bagi memastikan niat mereka tercapai. Mereka telah diupah oleh ultra kiasu untuk mematikan watak seseorang (character assassination), termasuk menumbangkan kerajaan. Ia bermula dengan serangan individu.

Terbaharu, bekas hakim mahkamah rayuan yang mengeluarkan kenyataan yang kononnya 'berbau perkauman', diserang habis-habisan. Wal hal bekas hakim tersebut hanya mengingatkan, jangan terlalu menekan orang Melayu. Dibimbangi orang Melayu akan bertindak balas. Jika kita mengkaji psikologi orang Melayu, kenyataan ini ada benarnya. Persoalannya, kenapa beliau menjadi sasaran sedangkan ramai lagi yang berucap lebih teruk daripada beliau?

Adakah menghina Islam dan undang-undangnya, bangsa Melayu dan bahasanya dan raja Melayu tidak sensitif? Nasib baiklah,  bekas hakim ini, tidak ada skandal atau kenyataan-kenyataan yang sensitif sebelum ini, jika tidak nasibnya mungkin sama seperti Zulkifli Nordin dalam PRU13 baharu ini.

Dalam kempen PRU13 lalu, Zulkilfi Nordin diserang habis-habisan. Ucapannya pada tahun 2003, dimanipulasikan dan diekspoitasikan, hanya kerana beliau bertanding atas tiket UMNO BN. Kenapa dan mengapa, video tersebut tidak dimainkan ketika beliau bertanding di bawah PR pada tahun PRU11 2004 dan PRU12 2008?

Ringkasnya, sesiapa sahaja 'public figure' yang 'pro' UMNO BN akan 'ditelanjangkan' habis-habisan oleh tentera siber laknat ini. Niat mereka hanya satu, mahu menakut-nakut rakyat terhadap UMNO BN, menggunakanpsychological  war far dan menaikkan PR.

Saya difahamkan tentera siber ini telah diupah oleh ultra kiasu untuk melaksanakan agenda jahat mereka. Kumpulan ini telah didoktrinkan untuk menentang kerajaan. Kita harapkan KDN dan kementerian komunikasi akan melihat perkara ini dengan serius.

Sama ada mereka dibayar atau tidak, saya tidak dapat pastikan tetapi pengdoktrinisasi telah berlaku. Otak mereka telah dicuci. Ini paling bahaya. Kerja mereka hanya satu, lancarkan serangan siber. Misalnya, dahulu isu pekerja KFC Melayu 'memukul' pelanggannya berbangsa Cina. Isu ini hanya isu kecil, mereka perbesarkan jadi isu perkauman. Mereka ajak pelanggan bukan Melayu boikot KFC, hanya kerana pemegang francais adalah orang Melayu. Begitu juga kempen memboikot jenama roti terkenal kepunyaan orang Melayu. Apakah ini tidak rasis?

Justeru, saya amat mengharapkan kabinet baharu berhati-hati dengan serangan tentera siber ini. Cara tidak lain, jaga diri, ahli keluarga dan berhemah dalam berbelanja. Utamakan rakyat sebagaimana tagline gagasan 1Malaysia.  Bukan kita takut dengan mereka. Jangan beri peluang mereka mencari atau mendapatkan kelemahan kita.

Siapa sahaja yang mempertahankan atau membela UMNO BN akan dilabelkan sebagai anjing, babi, pengkhianat bangsa dan sebagainya. Saya telah melalui semua serangan ini. Saya tidak kata semua UMNO BN lakukan itu betul.

Terbaharu, seorang warga emas Cina di negeri Pahang, berusia 72 tahun, sehingga ke hari ini sudah 20 hari tidak makan, hanya minum sahaja, mogok lapar membantah projek kontroversi Lynas dan perlombongan emas di Bukit Koman. Beliau mahukan projek ini dihentikan. Sedangkan bukti-bukti saintifik menunjukkan projek tersebut tidak membahayakan. Bagaimana pula jika projek ini berada di kawasan orang Melayu? Adakah protes yang sama akan dilakukan?

Harapan saya agar kabinet baharu ini benar-benar dapat melaksanakan amanah berat ini. Bertindaklah dengan tegas. Utamakan agenda negara daripada agenda bangsa berpaksikan perlembagaan. Jika dalam perlembagaan, terpancar perlindungan terhadap Islam, Melayu (bumiputera), bahasa Melayu dan Raja Melayu, jangan takut untuk mempertahankannya.

Kadangkala saya amat sedih apabila kita terlampau melayan agenda bangsa, sehingga agenda negara tidak tentu haluan. Misalnya, isu sekolah kebangsaan. Memang paling ideal, kita hanya memerlukan sekolah satu aliran. Pergilah ke mana ceruk dunia sekali.

Justeru, bila kerajaan membenarkan sekolah pelbagai aliran (sekolah vernacular), bersyukurlah. Jangan jadi kaduk naik junjung. Ini tidak, apa jua agenda kerajaan untuk memperkasakan agenda negara ditentang! Misalnya, pemerkasaan bahasa Melayu di sekolah vernacular, ditentang habis-habisan, hatta sampai ke peringkat mensyaratkan kepada kerajaan supaya guru BM dan BI mesti mendapat kredit dalam mandarin peringkat SPM. Bermakna, guru BM dan BI mesti datang daripada SMJKC, walaupun mereka berbangsa Melayu atau India.

Persoalannya, kenapa siber trooper tidak melihat isu ini sebagai rasis. Begitu juga tuntutan untuk menghalalkan sijil UEC dan semua universiti di China dan Taiwan. Sedangkan pelajar-pelajar yang dihantar ke sana, begitu kurang ajar, sanggup menterbalikkan jalur gemilang apabila UMNO BN memenangi PRU13 baru-baru ini. Kenapa tentera siber tidak serang pelajar kurang ajar ini? Kenapa ultra kiasu diam sahaja akan tindakan mereka. Kita gagal dalam melahirkan warga yang patriotik. Yang ada hanya warga yang rasis. Melayu dituduh rasis, mereka tidak. Apakah ini adil?.

http://ridhuantee.blogspot.com/2013/05/transformasi-kabinet-dan-cyber-trooper.html?m=1






1 comment:

paktam said...

surely it will backfire.

Popular Posts