Wednesday, September 30, 2015

Plot 'Undi Tidak Percaya' Tun M tidak bersandar bukti dan undang-undang




1.  Baru saja pada 25 September 2015, Tun Dr Mahathir menulis, “satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur,” semalam, pada 29 September 2015, kenyataannya berubah lagi kepada “the assets are actually Government land which Najib allowed 1MDB to acquire at ridiculously low prices, and then revalued 500 times more.”

2.  Seperti yang dinyatakan sebelum ini, aset 1MDB bukan sekadar loji janakuasa di dalam negara dan tanah di Kuala Lumpur sahaja, tetapi merupakan IPP beserta 13 loji janakuasa di dalam dan di luar negara, tanah di Jalan Tun Razak dan Sungai Besi, tanah di Pulau Pinang dan Selangor, serta aset-aset kewangan yang jelas dimiliki dan mempunyai nilai di dalam penyata kewangan diaudit 1MDB. Kecenderungan Tun M mengubah-ubah data dan kenyataan menunjukkan kata-katanya bukan bersandarkan fakta dan bukti, tetapi hanya dakwaan dan tuduhan semata-mata.



3.  Plot MENJENAYAH NAJIB yang bermula awal tahun 2015 sedang mengambil bentuk baru. Plot ini bermula dengan dakwaan menerusi media dalam talian (online) dan disusuli dengan cubaan memperalatkan institusi penguatkuasaan dan undang-undang negara. Plot kemudiannya menjadi rancangan menggulingkan Najib menggunakan platform parti, iaitu melalui Majlis Kerja Tertinggi, mesyuarat tahunan UMNO di bahagian-bahagian dan sayap UMNO. Apabila ia gagal, plot ini menjadi rancangan menggulingkan Najib melalui demonstrasi jalanan. Apabila ini juga gagal, ia bertukar menjadi rancangan MENJENAYAHKAN NAJIB menggunakan media, institusi dan pihak berkuasa asing, termasuk FBI. Apabila Najib tidak ditangkap oleh FBI di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), plot ini sedang bertukar kepada cubaan MENGGULINGKAN NAJIB melalui Undi Tidak Percaya di Dewan Rakyat pula.

4.  Tun M cuba menggunakan alasan amalan demokratik dan perundangan untuk memberi justifikasi terhadap rancangan ini.

5.  Tun M mendakwa “tiada PM yang membubarkan institusi yang menyiasat asal usul (wang RM2.6 bilion) dan di mana wang yang mereka punyai ini berada.” Dakwaan Tun M ini pelik, kerana pertama, rasanya sebelum ini TIDAK ADA institusi yang diarahkan untuk menyiasat asal usul dan di mana wang yang dipunyai oleh PM-PM sebelum ini, termasuk yang dimiliki oleh Tun M dan anak-anaknya. Kedua, dakwaan Tun M ini adalah pembohongan kerana Najib tidak PERNAH membubarkan Jabatan Audit Negara, Bank Negara Malaysia (BNM), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.

6.  Dakwaan Tun M bahawa tiada PM sebelum ini yang “meminjam RM42 bilion pada kos yang tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terlibat dalam urus niaga yang kabur”, juga pelik kerana pertama, bukan PM yang berhutang, tetapi syarikat 1MDB. Kedua, sebelum ini kebanyakan syarikat kerajaan diberikan dana atau aset yang berpadanan dengan peranannya, sedangkan 1MDB hanya diberikan modal permulaan RM1 juta dan dari segi model perniagaannya, ia perlu mencari dana melalui pasaran hutang. Ketiga, dakwaan ‘kabur’ ini pelik kerana setiap perniagaan yang 1MDB diceburi mempunyai bukti dokumentasi yang jelas dan diaudit. Pelaburan dalam PetroSaudi memberikan keuntungan AS$488 juta. Pelaburan di dalam IPP mempunyai stesen janakuasa yang masih beroperasi, mempunyai lesen dan perjanjian perbekalan tenaga. Pelaburan dalam sektor hartanah juga mempunyai aset yang nyata dan kerja-kerja pengalihan aset serta kerja tanah juga telah dimulakan.

7.  Dakwaan Tun M bahawa tiada PM sebelum ini yang “melaburkan lebih daripada RM1bilion dalam usaha sama yang meragukan dengan syarikat-syarikat Arab yang meragukan juga pelik” kerana pelaburan dan usaha sama 1MDB dibuat ke dalam syarikat Arab Saudi yang ternama, iaitu PetroSaudi. PetroSaudi, berdasarkan maklumat di laman webnya adalah sebuah syarikat eksplorisasi dan pengeluaran minyak yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai ibu pejabat di London, United Kingdom, Riyadh, Arab Saudi dan Geneva, Switzerland. Dalam laman web yang lain, disebut PetroSaudi mempunyai pelbagai projek di Timur Tengah, Amerika Latin, Afrika dan beberapa rantau strategik. PetroSaudi juga memiliki kapal dan melaksana operasi cari gali minyak, yang pertama PetroSaudi Saturn, dibina pada tahun 1983 oleh Keppel Fels, Singapura dan beroperasi sejak 2010. Kedua, PetroSaudi Discoverer, dibina pada tahun 1977, berkapasiti kasar 5,897 ton dan boleh mencari gali sedalam 20,000 kaki ke dalam paras laut.  

9.  Paling pelik apabila Tun M mengatakan “tiada daripada mereka yang terlibat dengan skandal kewangan dan pembunuhan sesiapa,” kerana jelas bahawa sepanjang tempoh 22 tahun pemerintahannya, Tun M memang berulang kali dikaitkan dalam sejumlah skandal kewangan termasuk yang melibatkan anaknya dan individu yang disebut sebagai kroninya, sehingga ada dakwaan bahawa Tun M telah mengakibatkan kerugian RM100 bilion kepada negara. Tun M juga dikatakan terlibat dalam ‘pembunuhan’ rakyat Memali. Mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya menampakkan Tun M sudah kehabisan modal sehingga terpaksa mempertikaikan keputusan mahkamah selepas perbicaraan selama 9 tahun dan pengakuan Razak Baginda mengenai hubungannya dengan Altantuya.

10. Nampaknya Tun M masih tercari-cari justifikasi perundangan untuk MENJENAYAH dan MENGGULINGKAN NAJIB termasuk dengan menggunakan alasan dana politik dari sumber derma yang diterima Najib walaupun dia tahu tiada undang-undang yang melarang seseorang ahli politik menerima dana politik dan pihak berkuasa seperti SPRM juga telah mengesahkan bahawa ia bukan dari sumber rasuah dan 1MDB, berdasarkan bukti 4 dokumen daripada penderma dan komunikasi mereka dengan penderma.

11. Jelas, plot ‘Undi Tidak Percaya’ Tun M ini nampaknya tidak bersandarkan bukti dan hujah perundangan, sebaliknya sekali lagi, merupakan permainan persepsi semata-mata.

5 comments:

roslan othman said...

Kupasan dengan fakta basi daripada blog yang tiada nilai ilmu asyik jilat pungkoq najib , Wang masuk akaun sendiri dan kemudian tah kemana sudah cukup Najib memang penyeleweng , sehingga hari tiada satu pun jawapan daripada soalan Tun m dijawap hanya menidak saja sudah la tunggu saja masa akan sampai ,najib pun bukan boleh lama nak jadi PM sesuatu yang naik akan turun masa tu nak tengok muka blogger tak malu ini.

PAK JUNAIDI said...

SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Ibu.Karina Safah said...

PENGAKUAN SAYA BERSAMA KELUARGAKU INI BUKAN CERITA ATAU PUN REKAYASA BENER-BENER TERBUKTI SAMA SAYA.
Terima kasih sebesar-besarnya yang kami ucapkan kepada mbah warjoh yang telah memberikan keberhasilan dan keberuntungan bagi keluarga saya.berkat bantuan beliau saya sekarang sudah hidup tenang karena suamiku sudah punya usaha tambak yang luasnya sekitar 5 hektar kurang lebih. begitupun juga saya dirumah buka warung sembakau dan sekarang pun saya sekeluarga tidak di kejar-kejar hutang lagi. mulanya keluarga Kami di berikan angka gaib hasil ritual dari mbah warjoh yang sangat Jitu 100% dijamin tembus.sehingga keluarga saya sekarang merasa tenang lagi.sekali lagi terima kasih mbah jasamu dikeluarga saya tidak akan terlupakan.Jika anda butuh angka gaib hasil ritual mbah warjoh silahkan Tanyakan aja Pada mbah dinomer hp beliau di: 0851 4534 4218 atau silahkan KLIK DISINI Terima kasih

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D






















saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

PAK JUNAIDI said...


SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

Popular Posts