Tuesday, September 15, 2015

PENGAKUAN BERTULIS DARIPADA JUSTO (terjemahan BM) #1MDB #PetroSaudi


Jumaat, Jun 26, 2015 Penjara Reman Bangkok - Saya dengan ini mengaku bahawa saya telah telibat dan akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kesalahan yang saya didakwa melakukan. Terdapat beberapa percubaan mengugut dan memeras ugut telah dibuat ke atas PetroSaudi. Saya membuat pengakuan ini di atas kehendak saya sendiri tanpa sebarang tekanan, paksaan atau pengaruh luar. Saya juga tidak berharap untuk mendapatkan kehadiran peguam. 

Saya mengaku sepenuhnya perbuatan jenayah saya dan menerima kesalahan saya dalam hal ini. Saya hanya ingin membetulkan keadaan dan memohon maaf kepada mereka menjadi mangsa kesalahan saya. Saya telah berkonspirasi dengan pihak lain dan seterusnya mengaku mencuri data, menyimpan barangan yang dicuri, menjual data dan perkakasan IT yang telah dicuri kepada pihak ketiga dan cube menggubah hasil dari jualan tersebut. Satu-satunya motivasi saya apabila menjual data yang saya curi ini adalah untuk mendapatkan keuntungan kewangan dan tidak pernah menganggap diri saya sebagai pemberi maklumat.

Saya berkerja di PetroSaudi sejak Mac 2010 sehingga April 2011. Saya mempunyai dua peranan berbeza ketika berkerja di sana. Saya mengetuai fungsi IT dan saya juga pentadbir eksekutif untuk beberapa kumpulan syarikat. Saya mendapat kerja ini hasil daripada tugas-tugas pentadbiran sebelum ini dan hubungan persahabatan yang panjang dengan Tarek Obaid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PetroSaudi. Peranan-peranan ini memberikan saya keistimewaan akses terhadap data sulit dan sistem IT PetroSaudi.

Pada Mac 2011, kelihatan amat jelas bahawa khidmat saya dengan PetroSaudi akan ditamatkan. Saya mula berasa bimbang bagaimana saya boleh menanggung kehidupan saya dan keluarga  sekiranya saya tidak mempunyai kerja dan membuat keputusan bahawa saya perlu melindungi kedudukan kewangan saya. Saya merasakan cara terbaik untuk melakukan ini adalah dengan menggunakan akses saya terhadap PetroSaudi bagi mendapatkan sebanyak mungkin data dan maklumat. Saya tidak melakukannya kerana saya berpandangan PetroSaudi telah melakukan sesuatu yang salah. Saya tidak melihat sebarang salah laku semasa saya di PetroSaudi atau selepas itu. Saya melakukannya kerana saya tahu data tersebut amat penting kepada syarikat dan sulit dan saya fikir saya mungkin boleh menjualnya. 

Saya mendapatkan data tersebut dengan memecah masuk komputer rakan-rakan sekerja saya dan telah memuat turun apa saya yang boleh diperolehi ke dalam cakera padat mudah alih dan kad memori. Saya tidak mencari sesuatu yang khusus - hanya sebanyak mungkin data yang boleh bagi mendapatkan semaksimum mungkin peluang agar ia menjadi bernilai. Saya telah mengambil data ini walaupun mengetahu saya telah melakukan kesalahan jenayah. Secara keseluruhan, saya telah mencuri kira-kira 90 GB data, termasuk email, dokumen-dokumen dan bahan-bahan lain. Ini telah dilakukan dalam tempoh beberapa hari di dalam bulan Mac dan April 2011.

Pada awal April, kontrak saya telah ditamatkan dan saya telah mendatangani Perjanjian Penyelesaian dengan PetroSaudi. Perjanjian Penyelesaian ini telah dibincangkan oleh peguam saya dan peguam PetroSaudi yang mengandungi beberapa terma di mana saya perlu menyerahkan segala data dan harta benda serta menghormati kerahsiaan. Saya juga telah menerima pembayaran penyelesaian berdasarkan gaji dan tempoh notis saya dan mengambil kira persahabatan saya dengan Tarek Obaid. Sejenak sebelum saya mendatangani Perjanjian Penyelesaian, saya telah memuat turun kesemua maklumat dari komputer dan cakera ke dalam cakera mudah alih yang diambil dari stor IT Petro Saudi. Saya kemudiannya memulangkan perkakasan asal IT bagi memberikan gambaran bahawa saya telah memulangkan semula kesemua data dan perkakasan.

Bagaimanapun saya menyimpan cakera yang digunakan untuk memuat turun kesemua data tersebut. Saya mengakui bahawa segala perbuatan ini juga melanggar Perjanjian Penyelesaian saya dan merupakan tambahan kepada percubaan untuk memeras ugut PetroSaudi dan menjual dan menindahkan data.  

Saya faham bahawa saya perlu membayar balik semua bayaran penyelesaian saya kepada PetroSaudi dan menyedari bahawa saya bertanggungjawab untuk membayar segala kerosakan ke atas PetroSaudi di bawah Perjanjian Penyelesaian akibat daripada segala perbuatan saya ini.

Pada Julai 2013, saya telah berhubung dengan Mahony dan meminta 3.5 juta Swiss Francs sebagai bayaran bagi mendapatkan semula data yang dicuri. Untuk tempoh selama 5 bulan saya telah menghantar email susulan kepada Patric Mahony untuk meminta wang ataupun saya akan menjual data yang dicuri kepada pihak lain yang berminat, walaupun pada ketika ini saya belum menghubungi sesiapa pun. Saya tahu, melepaskan sejumlah data yang banyak ini boleh merosakkan PetroSaudi.

Saya telah berjumpa Patrick Mahony di Shangrila Hotel di Bangkok pada bulan Oktober 2013, di mana saya secara lisan mengancamnya bahawa jika Petro Saudi tidak membayar saya untuk data yang dicuri, saya akan menjualnya kepada pihak lain dan akan mengakibatkan kerosakan kepada Syarikat PetroSaudi. Patrick memberitahu saya bahawa PetroSaudi tidak melakukan sebarang kesalahan dan tiada apa-apa di dalam data yang dicuri yang membuktikan sebarang salah laku. PetroSaudi enggan membayar.

Apabila peras ugut tersebut tidak berkesan saya cuba mencari pembeli untuk data tersebut dan selepas seketika saya dihubungi oleh Clare Brown. Ini adalah dalam bulan Mei atau Jun 2014. Saya mengetahui, Clare Brown adalah seorang wartawan bagi Sarawak Report dan ada hubungan keluarga dengan Gordon Brown, bekas Perdana Menteri UK. Saya berjumpa Clare Brown di Bangkok selepas 10 hari Clare menghubungi saya. Dia memberitahu apa sahaja yang saya ada melibatkan transaksi Petro Saudi dengan 1MDB boleh memperolehi harga yang tinggi dan bersetuju dia akan membantu penjualan data ini kepada pihak lain.

Clare menjanjikan saya yang saya boleh mendapatkan sekurang - kurangnya Clare dua juta daripada jualan ini. Sepanjang enam bulan, saya terus berhubungan secara berterusan dengan Clare Brown. Dia cuba mendapatkan beberapa orang pembeli termasuklah yang di sekeliling Anwar Ibrahim tetapi tidak berjaya.

Pada Febuari 2015, Clare telah mengatur satu pertemuan di mana Clare hadir bersama Tong Kooi Ong dan editor salah satu akhbarnya, Encik Ho Kay Tat. Pertemuan ini telah berlaku di Hotel Fullerton Bay, Singapore. Semasa pertemuan ini, saya bersetuju untuk menjual kesemua data yang dicuri dari PetroSaudi ini dengan harga AS$2 juta kepada Tong. Pada asalnya saya meminta sebanyak AS$3 juta dan ia telah dirundingkan sehingga 2 juta.

Kami hanya membincangkan kandungan data tersebut secara umum memandangkan mereka hanya berminat dengan data 1MDB dan saya belum menelitinya. Jadi saya menunjukkan bahawa sata mempunyai banyak dokumen dan email daripada transaksi 1MDB tetapi saya tidak dapat menjelaskan bagaimana ia boleh digunakan. Tong dan Clare memberitahu saya bahawa bahan tersebut akan digunakan untuk menyerang Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

Mereka tidak menjelaskan kepada saya bagaimana mereka mahu melakukannya, mereka hanya menyatakan bahawa mereka mahu sejumlah dokumen asal dan email untuk membina cerita mengenainya. Claire memberitahu, selagi saya boleh memberikan dokumen yang asli, kandungan dokumen tersebut tidak menjadi hal kerana dia akan melalukan segalnya. Saya tidak faham apa yang dia maksudkan dengan itu.

Tong menyatakan dia tidak mahu melibatkan Arab Saudi atau PetroSaudi kerana keduanya penting kepada saya. Dia menyatakan bahawa ini adalah soal dalaman Malaysia sahaja. Dia meminta Clare untuk menulis satu artikel berdasarkan maklumat yang dicuri dan untuk dia membacanya terlebih dahulu sebelum diterbitkan.

Clare telah bersetuju untuk melakukannya. Bagaimanapun, ia kemudiannya terbukti sebagai satu pembohongan. Telah dipersetujui oleh Tong bahawa saya akan menyerahkan data ini pada mesyuarat tersebut dan Tong akan membayar AS$2 juta pada hari berikutnya.

Selepas itu saya telah menyerahkan kepada Ho Kay Tat data PetroSaudi yang dicuri ini yang terkandung di dalam cakera padat yang dicuri. Pasukan IT Tong yang turut hadir telah mengambil data ini daripadanya dan memeriksanya dan menyalinnya untuk Tong. Saya menyerahkan cakera yang kedua kepada Clare Brown. Beberapa hari kemudian, Clare memberitahu bahawa salinan maklumat yang diperoleh rosak dan saya telah memberikannya satu salinan di dalam kad memori menggunakan DHL ke London.

Kami telah berjumpa lagi di Singapura beberapa hari selepas itu untuk membincangkan tentang data dan memuktamadkan pembayaran. Satu ataupun dua hari selepas perbincangan saya telah membuka "BVI trust" di Singapura dan telah cuba membuka akaun di DBS Bank bagi menerima pembayaran, tetapi DBS tidak meluluskan pembukaan akaun berkenaan. Tong memberitahu bahawa beliau boleh memindahkan wang ke dalam akaun ini menggunakan UOB Bank di Singapura, tetapi dia tidak dapat melakukannya kerana DBS tidak membenarkannya.

Saya telah membuka akaun di Abu Dhabi dan melalui whatsapp, meminta Tong membayar menggunakan akaun ini. Dia enggan dengan alasan Jho Low mempunyai terlalu banyak kepentingan di dalam wilayah berkenaan. Kemudian saya telah menawarkan Justo- Consulting di Hong Kong untuk pembayaran, sekali lagi melalui melalui whatsapp. Tong enggan membayar dan mendakwa ia mempunyai nama saya, yang merupakan satu risiko. Saya tidak meletakkan wang tersebut dalam akaun Swiss saya kerana cerita berkaitan Malaysia/ Petro Saudi semakin hangat diperkatakan. Malah saya telah menutup akaun dan memindahkan duit ke akaun Koh Samui ke dalam akaun isteri saya bagi tujuan keselamatan.

Tong kemudian menawarkan pembayaran kepada saya secara tunai sekiranya saya datang ke Singapura, ini boleh dilakukan dalam beberapa kali perjalanan. Saya telah menolak cara ini kerana khuatir ia dikesan di lapangan terbang dan akan mendedahkan diri saya kepada tangkapan.

Cadangan terakhir adalah untuk membayar saya melalui Clare Brown. Kami semua bersetuju melakukannya. Ia memerlukan Tong untuk membayarnya sebanyak AS$ 2,000,000 di UK dan dia membayar saya secara bulanan disamarkan sebagai bayaran untuk yuran perundingan melalui Sarawak Report. Beliau mencadangkan agar saya membuka membuka meja berita yang baru untuk rantau Asia Tenggara, melaluinya dia akan membayar saya sebanyak AS$ 350,000 sebagai bayaran pertama diikuti dengan sebanyak AS$1,250,000 kemudiannya.

Dia memberitahu saya bahawa beliau telah meminta peguamnya di UK untuk mengaturkannya dan saya sedang menunggu pembayaran tersebut ketika saya ditangkap. Saya sedar dan mengetahui sepenuhnya bahawa ini boleh disabitkan sebagai penggubahan wang.

Bagaimanapun, sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang bayaran. Saya masih mempunyai salinan data Petro Saudi yang saya simpan di Koh Samui. Ia disimpan dalam Samui Storage dan saya memberi kuasa kepada Polis Di Raja Thai untuk mengambil dan menyimpannya. Turut tersimpan adalah segala perbualan whatsapp di antara saya dan Clare, Hoy Kay Tat dan Tong dan ia disimpan di dalam kad USB. Ia ada di dalam sebuah beg hitam buatan Tumi dan dalam peti syarikat mereka.

Saya mengakui segala ketidakjujuran dan ketamakan saya. Saya ingin meminta maaf kepada Tarek Obaid dan Patrik Mahony di atas segala tekanan dan kebimbangan yang saya sebabkan ke atas mereka. Saya juga ingin meminta maaf di atas perlakuan jenayah saya lakukan terhadap Polis Diraja Thai dan mahkamah Thai dan juga rakyat Thailand.

Saya juga ingin memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana telah di atas kerosakan dan kekecewaan yang telah saya sebabkan ke atas mereka apabila mendedahkan data sulit berkaitan perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan saya. Saya sama sekali tidak menjangka magnitud dan kerosakan yang saya akan sebabkan. Saya amat menyesal dengan apa yang telah saya lakukan dan saya menerima sepenuhnya hukuman dan kuasa Mahkamah Thai dan sistem perundangannya, dan saya akan mengaku bersalah apabila berhadap dengan mereka.

Xavier Andre Justo

4 comments:

roslan othman said...

Bagi maklumat kamu , kalau masih tak faham , elok saya jelaskan disini isu justo ini bagi rakyat malaysia sekarang tak ada langsung relevan nya dengan wang RM2.6 billion yang masuk dalam akauan Najib yang telah disahkan oleh beliau dan SPRM serta wang RM 2 juta masuk akaun rosmah dalam masa singkat , Justo ugut Petrosaudi itu dia punya hal tiada kaitan langsung dengan malaysia ,yang rakyat mahu tahu ialah penyelwengan najib dalam isu RM 2.6 billion dan isterinya , ada faham jadi tak yah la buang masa macam TV 3 bangang asyik cerita pasal justo yang orang dah naik meluat.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

yang kamu tak tahu, tiada penyelewengan yang berlaku. penangkapan dan siasatan ke atas Justo membuktikan kamu, Tun Mahathir dan pemimpin PR menipu. jadi tunggulah balasannya :)

mus imah said...

Setuju ngan admin. Yg jelasnya PR, Tun dan sewaktu dengannya memfitnah dengan mengubah fakta dan mencipta persepsi negatif. Fitnah itu jenayah yg jahat.

Master Sgp said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D






















saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D

Popular Posts