1. Besok, 9 September 2015, dijadualkan berlangsung Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Seminggu sebelum mesyuarat ini berlangsung tersebar desas desus kononnya 7 pemimpin UMNO bakal dipecat keahlian mereka.
2. 7 pemimpin ini adalah Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Ketua UMNO Bahagian Kulim Bandar Baru, Datuk Aziz Sheikh Fadzir, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Ahmad Said, bekas Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman dan Ketua UMNO Bahagian Sepanggar, Sabah, Datuk Jumat Idris.
3. 7 pemimpin ini disenaraikan mungkin kerana antara yang paling vokal mengeluarkan pandangan menyerang Presiden dan kepimpinan parti yang seterusnya dikatakan telah mengakibatkan perpecahan dalaman dan kritikan-kritikan yang menjejaskan imej UMNO.
4. Mereka dikatakan telah bertindak keterlaluan melanggar disiplin parti sehingga boleh melemahkan parti. Bukan sahaja tindakan 7 pemimpin ini malah tindakan beberapa orang lagi pemegang jawatan di beberapa bahagian di negeri Johor, Kedah dan Pulau Pinang serta pemimpin sayap Wanita dan Pemuda turut dilihat melanggar disiplin, memecah belahkan ahli parti dan menjejaskan imej parti.
5. Mesyuarat MKT pada hari esok amat penting bagi membetulkan kembali tahap disiplin pemimpin dan ahli UMNO serta memastikan kepatuhan terhadap Tataetika Ahli UMNO sesuai dengan kuasa yang diperuntukkan dalam Fasal 20 Perlembagaan UMNO.
6. Fasal 20.8 menyebut bahawa "Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:
a. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli;
b. Mengikut perintah-perintah parti;
c. Menjalankan dasar-dasar parti;
d. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti;
e. Menjaga rahsia-rahsia parti;
f. Memelihara nama baik dan maruah parti;
g. Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib."
7. Fasal 20.7 pula menyebut "Seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya di dalam parti gugur dengan sendirinya."
8. Fasal 20.9 menyebut "Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut di bawah:
(a) Diberi amaran;
(b) Digantung hak-haknya dalam parti;
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi;
(d) Dipecat daripada parti;
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
9. Kepentingan disiplin dalam parti tidak sewajarnya dipandang enteng oleh MKT kerana moral dan perpaduan ahli, hala tuju dan gerak kerja parti serta maruah kepimpinan boleh terjejas. MKT mempunyai peranan yang besar untuk mengukuhkan kembali parti. Ia tidak dapat dilaksanakan tanpa memperbetulkan kembali tahap disiplin di kalangan ahli, terutama di kalangan pemimpin dan pemegang jawatan di dalam parti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di d...
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Ini adalah artikel pertama dari beberapa siri artikel untuk memberi penjelasan mengenai Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMN...
-
Wajah si kurang ajar? Sama ada Aduka Taruna ini bermasalah jiwa atau memang salah ibunya mengandung dan salah ayahnya mengajar sehingga dia...
-
Kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek seperti yang disiarkan oleh Star Online pada 18 Mei 2010 "Chinese have deeper concern for i...
-
Semalam saya sempat merasmikan penutupan Majlis Pelancaran Malaysian Woodsball League di Paintball Valley, Bukit Cahaya Seri Alam, Sha...
-
Apabila Tony Pua, melalui twitter , mempersoalkan semangat Malaysia Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila menyatakan be...
-
sdr nonbal , Sdr miss the point , mungkin kerana saudara tidak betul-betul membaca posting saya dan memahami senario sebenar; 1. Apabila say...
-
Dulu kita dah bezakan tahap ilmu Azhar Idrus dan tahap ilmu Fathul Bari . Kali ini kita bezakan pula di antara akhlaq Ustaz Azhar Idr...

1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment