Monday, September 21, 2015

#1MDB: Tidak wajar Zeti gula-gulakan rakyat kononnya ada PENYELESAIAN SEGERA pulihkan matawang negara



Matawang negara-negara ini jatuh berbanding Dollar AS walaupun tiada 1MDB di negara-negara ini. Baca Why the Greenback Has Rallied This Year untuk memahami sebabnya.




"Penyusutan ringgit bukanlah sesuatu yang unik untuk Malaysia kerana kira-kira 120 mata wang global turut susut berbanding pengukuhan dolar AS." - Zeti Akhtar, Gabenor Bank Negara Malaysia


Baru beberapa hari yang lalu, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz  menegaskan bahawa penyusutan ringgit bukanlah sesuatu yang unik untuk Malaysia kerana kira-kira 120 mata wang global turut susut berbanding pengukuhan dolar AS.

Tiba-tiba saja hari ini Awani melaporkan beliau menyebut bahawa "isu mengenai syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diselesaikan sebelum susutan ringgit boleh dipulihkan dan ekonomi boleh terus berkembang."

Saya tidak pasti sama ada Awani tersalah lapor atau Zeti telah mengubah pendiriannya hanya dalam masa beberapa hari, tetapi kenyataan beliau sebelum ini rasanya lebih logik dan masuk akal.

Logiknya matawang 120 buah negara juga jatuh berbanding Dollar AS walaupun tiada 1MDB di negara-negara ini. 3 faktor utama kejatuhan nilai matawang dunia -

1. Spekulasi kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS

2. Kejatuhan harga minyak mentah dan komoditi

3. Penurunan nilai matawang China, yuan/renmibi

Melainkan BNM atau kerajaan mempunyai kuasa untuk menghalang AS dari menaikkan kadar faedah, meningkatkan harga minyak mentah dan komoditi dunia; atau mampu memaksa China menaikkan nilai yuan/renmibi dengan segera, barulah keadaan ekonomi dunia boleh diubah secara drastik.

Tidak wajar mengkhayalkan dan menggula-gulakan rakyat kononnya ada penyelesaian 'SEGERA' untuk meningkatkan nilai ringgit dan memulihkan ekonomi negara. Tidak ada jalan pintas dalam hal ini sebenarnya jika mengambil kira keadaan semasa ekonomi global.

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri terdapat sejumlah langkah pro-aktif yang akan dilaksanakan oleh kerajaan bagi menstabilkan pasaran kewangan dan mengurangkan impak ketidaktentuan ekonomi global ke atas ekonomi sebenar negara.

Langkah-langkah pro-aktif ini secara strategiknya bertujuan untuk, pertamanya menstabilkan pasaran kewangan, kedua, menyokong aktiviti perniagaan, termasuk mengecualikan duti import ke atas sejumlah barangan sehingga ekonomi global pulih dan merancakkan aktiviti sektor pelancongan, ketiga, meningkatkan kesejahteraan rakyat, keempat, meningkatkan integriti institusi dan kelima, melaksana langkah-langkah jangka sederhana bagi mengurangkan pengaliran keluar tunai dan meningkatkan pendapatan rakyat.

Antara langkah-langkah yang diumumkan adalah:-

Menstabilkan Pasaran Kewangan

i. Menggalakkan GLC dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan syarikat swasta menzahirkan keuntungan daripada pelaburan mereka di luar negara untuk dilaburkan di dalam negeri dalam projek yang mempunyai nilai pengganda yang tinggi. 

ii. Mengaktifkan semula ValueCap dengan dana sebanyak RM20 bilion bagi menstabilkan semula pasaran ekuiti. 


2. Menyokong Aktiviti Perniagaan

i. Tambahan RM2 bilion lagi ke dalam Skim Jaminan Modal Kerja untuk membantu PKS bagi sektor-sektor lain, selain sektor perkhidmatan yang telah diberikan jaminan sebanyak RM5 bilion.

ii. Pengecualian duti import akan diberi ke atas 90 baris tarif yang terdiri daripada alat ganti, bahan guna habis dan peralatan penyelidikan yang tidak dikeluarkan dalam negara dan khusus untuk sektor perkilangan, sehingga ekonomi global pulih, sebagai tambahan kepada 319 baris tarif yang telah pun diberikan pengecualian duti import sebelum ini. Lebih 900 buah syarikat pengilang akan menikmati penjimatan kos operasi tahunan di antara RM100,000 hingga RM500,000 daripada kemudahan ini.

iii. Peruntukan tambahan RM1 bilion untuk Dana Pelaburan Strategik Domestik (DISF) bagi mempercepatkan peralihan syarikat-syarikat domestik kepada industri yang bernilai ditambah tinggi, berteknologi tinggi, berintensifkan pengetahuan dan berasaskan inovasi.

iv. Menggalakkan lagi sektor pelancongan, termasuk pelancongan kesihatan:

i. Menambah peruntukan sebanyak RM80 juta bagi memperhebatkan aktiviti promosi di pasaran terpilih, seperti negara ASEAN, China dan India.

ii. Memberi pengecualian visa kepada pelancong dari negara China yang masuk secara berkumpulan bermula 1 Oktober 2015 sehingga 31 Mac 2016. 

iii. Mempermudahkan pemberian visa kepada pelancong daripada negara pengunjung utama, dengan pengenalan sistem e-visa.

iv. Membangun produk ikonik, di antaranya:
  • Memberi nafas baru kepada Muzium Negara, Tugu Negara dan Taman Tasik Perdana serta menambah baik ketersambungan dengan KL Sentral dengan kos projek sebanyak RM1.1 bilion. 
  • Memenuhi potensi produk pelancongan berasaskan kebudayaan dan warisan yang akan dilaksanakan melalui kaedah Perkongsian Awam-Swasta bermula tahun 2016 dengan dana pemudah cara sebanyak RM220 juta.
  • Pembangunan bersepadu Desaru Coast Destination Resort yang merangkumi hotel, taman tema air, pusat persidangan serta pembangunan rumah percutian dan perkampungan membeli-belah dengan kos projek sebanyak RM4.5 bilion untuk fasa 1.
  • Memperhebatkan pembangunan industri pelancongan kesihatan Malaysia.

3. Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat

i. Menambahkan bilangan kedai yang menyediakan perkhidmatan dan barangan pada harga yang berpatutan seperti Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia, Menu 1Malaysia dan Kedai Buku 1Malaysia. Pada masa ini, terdapat sejumlah 169 buah Kedai Rakyat 1Malaysia. Bilangannya akan ditambah sebanyak 25 buah lagi pada 2015 dan 12 buah pada 2016 di seluruh negara.

ii. Tambahan 16 buah Klinik 1Malaysia pada 2015 dan 33 buah lagi pada 2016 sebagai tambahan kepada 326 buah Klinik 1Malaysia sedia ada..

iii. Mempercepatkan pembinaan rumah-rumah mampu milik. Bank Simpanan Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan menawarkan Skim Perumahan Belia untuk 20,000 pasangan belia berumur 25 hingga 40 tahun yang sudah berkahwin untuk memiliki rumah pertama mereka. Dalam skim ini, insentif sebanyak RM200 sebulan selama 2 tahun akan diberi kepada mereka bagi menampung ansuran bulanan pinjaman. Skim ini ditawarkan kepada pasangan berpendapatan bulanan yang kurang daripada RM10,000 dan bagi hartanah yang bernilai antara RM100,000 hingga RM500,000.

iv. Walaupun kadar pengangguran masih berada pada tahap terkawal, masih terdapat isu pengangguran terutama di kalangan graduan. Oleh itu, langkah-langkah berikut akan diambil:

i. Meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dan Skim Pengurusan Kebolehpasaran Graduan (GEMS) meliputi lebih 10,000 graduan pada 2015 dan 15,000 graduan pada 2016 dengan bantuan GLC dan sektor swasta dengan kos berjumlah sekitar RM500 juta. 

ii. Memperluas dan meningkatkan lagi penggunaan Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) yang pada masa ini berjumlah RM1.38 bilion bagi melaksanakan program latihan semula dan peningkatan kemahiran pekerja yang diberhentikan oleh majikan yang berdaftar.

4. Meningkatkan Integriti Institusi

i. Menyelesaikan isu 1MDB akan terus melalui pendekatan yang telus dan mesra pasaran
ii. Komited dalam membantu menyelesaikan penyiasatan berhubung dengan pelaburan 1MDB secara telus.


5. Langkah-langkah jangka sederhana, 

i. Menangani peningkatan bilangan pekerja asing yang kurang mahir yang turut menyumbang kepada aliran keluar tunai sebanyak RM28 bilion pada 2014 serta melembapkan pertumbuhan kadar upah tempatan. 

ii. Memperkenalkan langkah-langkah untuk meningkatkan pendapatan dan kesejahteraan golongan isi rumah berpendapatan 40% terbawah.

iii. Kerajaan komited melaksanakan konsolidasi fiskal untuk mencapai sasaran defisit fiskal yang lebih rendah sebanyak 3.2% kepada KDNK pada tahun ini.

iv. Bajet 2016 akan mengandungi  langkah-langkah tambahan bagi memperkukuhkan daya-saing ekonomi negara bagi menghadapi cabaran global dan domestik yang dihadapi dan memastikan kesejahteraan hidup rakyat terutamanya dari segi penyediaan rumah mampu milik dan kos sara hidup yang berpatutan.

v. Projek-projek pembangunan akan disusun semula dengan keutamaan diberikan kepada projek yang mempunyai nilai pengganda dan kandungan tempatan yang tinggi serta berupaya menjana peluang pekerjaan yang berpendapatan tinggi. Perbelanjaan optima akan dilaksanakan tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan Kerajaan.

6 comments:

jgn jadi bodoh!!! said...

woooffff..woooffff...arrrgghhh...wooffff...

jgn jadi bodoh!!! said...

woooffff..woooffff...arrrgghhh...wooffff...

Salam said...

The gabenor's words against yours? Sapa yg dpt award best governor n diiktiraf bank dunia? Maaf tuan ia diluar linkup pengetahuan serta pengalaman tuan, if you follow her speech, die x deny pon matawang len pun turun berbanding usd, tp yg pasti its the worst performing currency in ASIA so far, she identifies 1MDB as an influencing factor, giving a sistemic effect on our economy, therefore it is critical for 1MDB TO BE RESOLVED. You n maslan sama je, bodoh sombong to deny her views

Unknown said...

Alahai mata wang negara lain tu pun jatuh juga. Yuan lagilah diturunkan nilai 50%. Mereka tu x de 1MDB. So 1MDB bukan faktor utama kejatuhan ringgit. Zaman Tun tu x de 1MDB, ni[ai ringgit jatuh lagi teruk. Kalau mahu, nilai ringgit boleh ditambat supaya x jatuh.

Yg sebenarnya ia faktor ekonomi global. Ekonomi dan matawang ni ciptaan manusia memang x sempurna. Ikut pakar2 lain yg bukan Dr Zeti, ekonomi Malaysia masih baik, jadi belum ada keperluan nak tambat nilai ringgit. Lagipun langkah itu ada kesan yg lain pulak.

Unknown said...

Alahai mata wang negara lain tu pun jatuh juga. Yuan lagilah diturunkan nilai 50%. Mereka tu x de 1MDB. So 1MDB bukan faktor utama kejatuhan ringgit. Zaman Tun tu x de 1MDB, ni[ai ringgit jatuh lagi teruk. Kalau mahu, nilai ringgit boleh ditambat supaya x jatuh.

Yg sebenarnya ia faktor ekonomi global. Ekonomi dan matawang ni ciptaan manusia memang x sempurna. Ikut pakar2 lain yg bukan Dr Zeti, ekonomi Malaysia masih baik, jadi belum ada keperluan nak tambat nilai ringgit. Lagipun langkah itu ada kesan yg lain pulak.

77777 said...

saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Ataumencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D
































saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI ALHI dan dia memberikan nomor AKI ALHI,dia bilan kepada saya kalau AKI ALHI bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI ALHI dan dengan senan hati AKI ALHI ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI ALHI,di 0823 1366 9888 saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI ALHI, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
KLIK RAMALAN TOGEL 4D 5D 6D



Popular Posts