18 JUN: Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan amat malang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengorbankan prinsipnya semata-mata kerana agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuk mula menggunakan media asing untuk memburuk-burukkan Najib dan UMNO sedangkan dahulu Tun Mahathir cukup menentang media asing.
Tan sri dan mahathirPengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan Tun Mahathir ketika ini bertentangan dengan apa yang dipertahankan di zaman pemerintahannya dahulu.
Beliau mengulas wawancara mantan perdana meteri itu dengan The New York Times (NYT) yang terus mengkritik Najib, 1MDB malah menyifatkan UMNO semakin lemah dan Barisan Nasional (BN) bakal kalah pada PRU akan datang.
“Saya tidak terperanjat dengan serangan Tun Mahathir sebab UMNO sebenarnya semakin kuat apabila menambah kerusi parlimen daripada 80 kepada 88 kerusi pada PRU 13,”.
“Dia (Tun Mahathir) juga sudah serang UMNO ketika itu. Jika kita lihat UMNO semakin kuat dengan ramai muka baru golongan profesional, peguam dan doktor diberikan peluang dalam parti dan jadi ahli parlimen ketika ini,” ujarnya kepada BNBBC.my
Bagi Shahrir, dakwaan Tun Mahathir tidak tepat kerana UMNO bukan bertambah runcing, rosak seperti didakwa sebaliknya proses peremajaan parti dengan memberikan peluang golongan muda serta cerdik tampil ke depan.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu menyatakan kecewanya kerana Tun Mahathir sanggup mengorbankan prinsip kerana agenda dan matlamat mahu menjatuhkan Najib.
“Prinsipnya dahulu, beliau ketepikan. Dulu, beliau seru pertahankan parti ..jangan berpecah. Jangan percaya media asing, tetapi sekarang dia sendiri gunakan New York Times,” jelasnya
BNBBC :: Portal Majlis Ahli Parlimen BN - Tun M korban prinsip semata-mata agenda jatuhkan Najib - http://www.bnbbc.my/?p=50641
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagai...
-
Istilah `calon parachute' atau `calon payung terjun' suatu masa dulu dikaitkan dengan calon yang diterjunkan oleh pemimpin te...
-
Malas nak cakap banyak sebab kekeliruan ini sudah dijelaskan pada hari Selasa yang lepas. Cukuplah sekadar memautkan tulisan rakan-...
-
KAMPUS : PRO M UPSI TABUR FITNAH BAHAWA UPSI MEMBASMI ISLAM.... http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=5468612321458157424#editor/targ...
-
Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh barisan MT yang membuat keputusan untuk tidak bertanding di Penanti. Saya menyanjung tinggi d...
No comments:
Post a Comment