Sunday, June 21, 2015

Undang-undang kawalan keselamatan maritim lapuk, pistol dan pump gun untuk lawan lanun

Perairan Asia Tenggara tidak selamat, undang-undang kawalan keselamatan maritim negara lapuk

Daripada 114 jenayah maritim dilaporkan, 49 berlaku di Asia Tenggara
BY: AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

Muhammad Zubairy memberikan penerangan kepada kakitangannya mengenai aktiviti kapal yang berada di sekitar perairan negara. Mengikut Muhammad Zubairy, data-data dan aktiviti pergerakan kapal laut dapat dipantau secara langsung untuk memastikan keselamatan kapal sesebuah kapal tersebut. TRP/Mokhsin Zamani
SHAH ALAM, 20 Jun:

Jenayah maritim membabitkan kes rompakan, lanun atau penyeludupan bukanlah sesuatu yang baru kerana bilangannya saban tahun menunjukkan peningkatan.

Tahun ini sahaja sehingga 19 Jun 2015, sebanyak 114 kes melibatkan jenayah maritim dilaporkan di seluruh dunia.
Daripada jumlah itu, 49 kes jenayah tersebut dilaporkan berlaku di rantau Asia Tenggara termasuklah kejadian kapal minyak, MT Orkim Harmony yang membawa muatan 6,000 tan matrik minyak petrol RON 95 bernilai RM21 juta dilarikan 11 Jun lalu.

Menurut statistik yang dikumpul oleh syarikat swasta khusus dalam jenayah maritim, Ratusan Paksi Security Sdn. Bhd, hanya 10 peratus sahaja kejadian jenayah maritim dilaporkan sebaliknya, 90 peratus lagi kes tersebut tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pengarah Urusannya, Datuk Muhammad Zubairy Husain berkata, kes tersebut tidak dilaporkan kerana kebanyakan syarikat perkapalan tidak mahu menanggung kerugian lebih-lebih lagi jika barang ‘dagang’ yang dibawanya tidak berapa bernilai.

“Kalau mereka buat laporan pun, ia melecehkan kerana paling kurang tujuh hari kapal tersebut tidak boleh belayar dan kalau mereka sewa kapal itu sehari RM10,000, tujuh hari sudah RM70,000 mereka rugi.

“Sebab itu, hanya 10 peratus sahaja kes dilaporkan melainkan ia melibatkan nilai jutaan ringgit seperti kejadian kapal minyak MT Orkim Harmony yang membawa petrol bernilai RM21 juta,” katanya kepada The Rakyat Post.

Menurutnya, nilai RM21 juta itu pun boleh dianggap sedikit kerana aktiviti maritim ini melibatkan nilai beratus-ratus juta.

“Tahun ini sahaja, 12 kes rompakan maritim melibatkan parang dan senjata api dilaporkan dan kebanyakannya secara berkumpulan.

“Dulu mereka merompak dalam lingkungan seorang ke empat orang tetapi trend sekarang mereka hantar empat orang bersenjata kemudiannya disusuli 18 hingga 21 orang lagi yang datang selepas alat telekomunikasi dan nevigasi dirosakkan,” katanya.

Muhammad Zubairy berkata, modus operandi kapal minyak MT Orkim Harmony yang dilarikan sama seperti kejadian MT Orkim Victory yang dirompak pada 4 Jun 2014.

“Walau kejadian itu hampir sama tetapi mereka hanya menawan kapal dan menyalur minyak yang dicuri ke kapal lain untuk dijual ke pasaran gelap tetapi kali ini, perompak melarikan kapal tersebut dan menukar namanya.
“Kapal minyak merupakan sasaran utama diikuti kapal tunda atau lebih dikenali sebagai ‘tug and barge’ dan tahun lalu sahaja kerugian sebanyak USD4.9 bilion termasuk wang tebusan, barang dagang, minyak dan lain-lain dilaporkan,” katanya.
Beliau berkata, rantau Asia Tenggara berisiko tinggi dengan jenayah maritim terutamanya yang melibatkan dengan kes perompak.

“Perompak di lautan ini tidak berpusat dan operasi mereka juga merentasi sempadan negara-negara Asia Tenggara.

“Bagaimanapun, tiada kejadian rompakan dilaporkan berlaku di teluk Siam (Thailand) sebaliknya banyak dilaporkan berlaku di perairan Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia,” katanya.

Jelasnya, jenayah maritim merupakan masalah sejagat kerana perompak tersebut bergerak secara sindiket antarabangsa yang terancang.

“Rompakan dilautan di dalangi sindiket antarabangsa kerana keadaan sosio-politik, geo-politik dan undang-undang yang tidak ketat, menyumbang kepada peningkatan kes rompakan.

“Faktor lain adalah adalah peningkatan aktiviti di laut di mana dalam setahun, 65,000 hingga 90,000 kapal laut menggunakan laluan Selat Melaka, iaitu laluan ketiga sibuk di dunia.
Mengulas lanjut, Muhammad Zubairy memberitahu bahawa pihak Tentera, Polis dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah menjalankan tugas mereka dengan baik bagi mengawal perairan negara, namum jumlah kapal yang banyak menyukarkan kerja mereka.

“Sebab itu syarikat sekuriti seperti kami boleh bantu dari segi menambah baik penjagaan dan pengawasan. Kami juga menawarkan perkhidmatan pengurusan risiko, siasatan, menjejaki, pemantauan secara dekat dan kapal pengiring kepada pelanggan kami,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar kerajaan Malaysia memberi lebih banyak peluang kepada syarikat-syarikat sekuriti persendirian untuk sama-sama terlibat menjaga perairan negara.

“Ratusan Paksi pernah ditawarkan untuk melindungi sebuah kawasan ternakan tiram di Sabah tetapi memandangkan perompak di sana menggunakan senjata api berat, maka kami terpaksa menolaknya.

“Ini kerana, syarikat sekuriti seperti kami hanya dibenarkan menggunakan pistol dan pum gun sahaja dibawah Akta Senjata Api 1960.

“Sebab itu, banyak projek berisiko tinggi terpaksa kami tolak dan berharap agar kerajaan menilai kembali akta tersebut kerana jika dibenarkan menggunakan Raifel sekalipun sudah memadai dan banyak membantu,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/06/20/daripada-114-jenayah-maritim-dilaporkan-49-berlaku-di-asia-tenggara/#ixzz3dd5N25yP

1 comment:

IBU RISKA said...

Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE












Saya sangat bersyukur atas rahmat yg diberikan kepada saya dibulan ini karna alhamdulillah melalui MBAH RAWAIRE saya sekaran sudah bisa sukses atas nomor yg diberikan kepada saya dan saya yg dulunya cuma seorang TKW dari singapur yg gajinya tidak pernah mencukupi kebutuhan keluarga saya dikampun dan alhamdulillah berkat bantuan MBAH RAWAIRE kini saya sudah bisa pulang kampun,saya bersama keluarga dikampun sudah punya usaha sendiri dan saya tidak pernah menyanka kalau saya bisah seperti ini,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH RAWAIRE di nomor 085-316-106-111...karna alhamdulillah saya menan nomor togel dari MBAH dan kalau uang indonesia 750 juta,,ini bukan rekayasa dari saya dari IBU RISKA.untuk lebih lenkapnya silahkan buka SITUS MBAH RAWAIRE

Popular Posts