Isu TELCO kekalkan harga:-
1. Kita kesal apabila TELCO gagal memahami hasrat kerajaan melaksanakan GST, iaitu untuk berkongsi manfaat pengurangan kos hasil pelaksanaan GST dengan rakyat.
2. Berdasarkan tinjauan, bukan semua begitu. Didapati TM dan YES mengekalkan harga yang sama dan tidak mengenakan tambahan 6%. Di 7Eleven ada juga kes dimana tambah nilai CELCOM dijual pada harga yang sama iaitu termasuk GST dan melalui perbankan online, didapati di Maybank2U, tiada caj tambahan dikenakan jika pembeli menggunakan nombor PIN.
3. Semua ini menunjukkan terdapat kekeliruan di sana sini dan merupakan masalah utama di peringkat awal pelaksanaan GST.
4. Perbincangan telah dibuat dengan TELCO dan keputusannya TELCO akan mengekalkan harga jualan sedia ada tetapi bersetuju untuk menambah nilai kredit pada kadar melebihi RM1.
5. Persetujuan sementara ini dicapai mungkin kerana TELCO sukar untuk menarik balik dan menyerap kos kad pra-bayar yang telah dicetak dan masalah operasi yang lain.
6. Ini penyelesaian sementara. Rakyat tidak rugi. TELCO pun tidak rugi. Walaupun ia adalah penyelesaian 'menang-menang' (win-win) tetapi rakyat mahu harga yang sama dikekalkan.
7. Saya yakin dalam masa terdekat, berdasarkan kehendak dan kuasa pengguna ini, jika ada syarikat TELCO yang mengembalikan harga top-op dan kad pra-bayar kepada harga asal, syarikat tersebut akan mendapat sokongan pengguna.
8. Di peringkat awal pelaksanaan GST memang akan ada masalah di sana sini. Yang penting sebagai pengguna kita mesti menggunakan kuasa kita untuk MEMILIH peniaga yang sanggup berkongsi manfaat GST dengan kita seperti MYDIN, DOMINO PIZZA, KFC, ALIKHSAN dan banyak lagi, MELAPOR perbuatan peniaga cuba menipu dan mengambil kesempatan MEMBOIKOT peniaga yang tamak, mengambil untung berlipat kali ganda dan sengaja mensabotaj pelaksanaan GST.
#AmbilTahu #CelikGST #PenggunaBijak
No comments:
Post a Comment