Monday, July 21, 2014

#MH17 : Putin setuju bantu bawa pulang mayat




#MH17 – Putin Akan Bantu Dapatkan Mayat Dan Kotak Hitam MH17

The Hague – Presiden Russia, Vladimir Putin berjanji kepada Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte bahawa beliau akan membantu mengeluarkan mayat dan kotak hitam dari tempat pesawat MH17 itu terhempas di kawasan pemberontakan Ukraine.

Putin, yang dipercayai mempunyai pengaruh ke atas pemberontak pro-Russia, membuat janji itu dalam perbualan ketiganya dengan Rutte sejak kejadian berkenaan Khamis lalu, kata perkhidmatan media kerajaan Belanda, RVD.

“Selain membenarkan akses tiada halangan ke tempat kejadian, perbualan itu ditumpukan kepada perkara praktikal, seperti kereta api yang membawa banyak mayat dan penyerahan balik kotak hitam,” kata jurucakap RVD.

“Untuk kedua-dua perkara itu, Putin berjanji akan memberi kerjasama sepenuhnya,” kata jurucakap itu.

Sebahagian daripada 298 orang dalam Penerbangan Malaysia itu, yang kemungkinan besar ditembak jatuh oleh peluru berpandu pemberontak pro-Russia, adalah rakyat Belanda.

#MH17 – Putin Akan Bantu Dapatkan Mayat Dan Kotak Hitam MH17 – POST METRO - http://postmetro.net/mh17-putin-akan-bantu-dapatkan-mayat-dan-kotak-hitam-mh17/?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

No comments:

Popular Posts