Thursday, June 19, 2014

Siti Zailah, MP Rantau Panjang Pas kena balun sebab mulut busuk



Muslimat Pas memang tak boleh harap. Mungkin sebab tu senang je Mat Sabu `jual' ...



Ahli Parlimen PAS Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff disifatkan “berniat jahat” oleh Menteri di Jabatan perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim kerana bertanya sama ada program Permata Negara bertujuan menaikkan nama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Yang berhormat pakaian nampak macam Islam tapi mulutnya…,” kata Shahidan tidak menghabiskan ayat beliau ketika menjawab soalan tambahan Siti Zailah dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawap lisan di Dewan Rakyat, Parlimen, Rabu.

“Saya berdoa semoga Allah membuka hatimu agar jadi lebih mulia,” kata Shahidan yang juga ahli Parlimen Arau.

Siti Zailah dalam soalannya membangkitkan kenapa kerajaan tidak memperkukuh dan memperkasakan agensi pendidikan kanak-kanak sedia ada seperti KEMAS dan Tadika, sebaliknya memilih untuk menumpukan kepada pembangunan institusi baru iaitu Permata yang dinaungi Rosmah.

“Adakah ini agenda untuk menaikkan nama isteri perdana menteri?” soal Siti Zaleha dalam sesi berkenaan.

Shahidan juga sempat membacakan sepotong ayat suci Al-Quran beserta dengan maksudnya sekali yang berbunyi “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu buruk sangka dan jangan kamu mengintai keburukan orang” yang bertujuan menasihati Siti Zaleha sebelum menjawap soalan ahli Parlimen PAS.

“Tidak. Permata tidak menaikkan nama Rosmah, Permata menaikkan nama negara.

“Program Permata cukup mulia, isteri perdana menteri tidak menerima gaji untuk mengabdikan diri kepada negara.

“Tidak baik kita buruk sangka kepada orang yang mengabdikan diri kepada negara,” kata Shahidan.

Beliau turut menyeru PAS dan PKR untuk menggunapakai kurikulum Permata dalam pendidikan kanak-kanak kerana kurikulum berkenaan diiktiraf di peringkat antarabangsa.-bnbbc.my

No comments:

Popular Posts