Wednesday, April 23, 2014

#GST Siri 1: Pembohongan PR - Tiada Cukai JUALAN/PERKHIDMATAN dibayar sekarang? @AhmadMaslan


GST adalah suatu sistem percukaian yang lebih cekap berbanding sistem percukaian yang sedia ada iaitu SST. Disebabkan itu tidak menghairankan apabila 160 daripada 198 negara sudah melaksanakannya di negara masing-masing. Ini adalah salah satu siri untuk mendedahkan pembohongan pembangkang mengenai GST. 

Pembohongan paling asas pembangkang adalah untuk menggambarkan seolah-olah GST adalah CUKAI BARU dan CUKAI TAMBAHAN ke atas rakyat. Sedangkan sejak selepas merdeka sudah ada beberapa jenis cukai yang dikenakan kepada sektor-sektor tertentu di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam.


Cukai-cukai ini adalah amalan biasa dan turut dikenakan oleh sejumlah besar negara-negara di dunia bagi pengurusan dan pantadbiran negara serta kebajikan rakyat negara mereka. Untuk mengelakkan dari ditipu oleh pembangkang seperti yang dilakukan oleh Rafizi mengenai cukai di Finland, boleh semak kadar cukai negara-negara di dunia berbanding Malaysia di sini. Di atas adalah contoh cukai-cukai yang dikenakan oleh Finland untuk rujukan kita semua. 




Cukai adalah salah satu daripada punca PENDAPATAN KERAJAAN. Cukai Pendapatan menyumbang 47.9% daripada pendapatan negara manakala Cukai Tidak Langsung pula menyumbang 14.8% daripada pendapatan negara. Lihat juga ke mana Pendapatan Kerajaan ini dibelanjakan di dalam Bajet 2014.




Penipuan Pembangkang - Pembangkang cuba membayangkan seolah-olah sekarang tiada cukai ke atas barangan dan perkhidmatan. 

Hakikat sebenar - sekarang pun barangan yang ada sudah ada cukai yang dimasukkan ke dalam KOS setiap barangan di bawah SST, cuma tidak ditunjukkan secara jelas. 




Apakah kadarnya? - Pelbagai kadar, asasnya 10%, tetapi ada yang dikenakan 5%, 20% dan kadar spesifik bergantung kepada barangan. Boleh rujuk jadual-jadual tersebut di laman web Jabatan Kastam Di Raja Malaysia.


Apa berlaku kepada kadar cukai apabila GST menggantikan SST?



Kadar yang pelbagai tadi dipermudahkan kepada hanya 3 kadar, iaitu pertama, Kadar Standard, iaitu 6%, kedua - Kadar Sifar (0%) dan ketiga - Barangan/Khidmat yang dikecualikan GST


Barangan/Khidmat yang Sifar GST dan Dikecualikan GST


Apa perbezaan di antara barangan/khidmat Kadar Standard, Sifar GST dan Dikecualikan GST? Siapa tahu jawapannya?



Kadar Standard - 6% 

GST ke atas jualan barangan siap pada kadar 6%
Di bawah GST - Pengilang, Pemborong, Peruncit  BOLEH menuntut cukai input/nilai tambah/barangan mentah/mesin sebanyak 6% 
Sekarang di bawah SST - Pengilang, Pemborong, Peruncit mengambil MARGIN keuntungan di atas jualan, masih perlu membayar cukai INPUT sebanyak 5-20% yang diserapkan sebagai kos pembuatan tetapi cukai input ini TIDAK BOLEH dituntut.

Kadar Sifar - 0% 

TIADA GST ke atas jualan barangan siap, TAPI 
Di bawah GST - Pengilang, Pemborong, Peruncit boleh menuntut cukai input/nilai tambah/barangan mentah/mesin sebanyak 6% 
Sekarang di bawah SST - Pengilang, Pemborong, Peruncit mengambil MARGIN keuntungan di atas jualan, masih perlu membayar cukai INPUT sebanyak 5-20% yang diserapkan sebagai kos pembuatan tetapi cukai input ini TIDAK BOLEH dituntut.

Dikecualikan GST 

TIADA GST ke atas jualan barangan siap DAN
Di bawah GST - PENIAGA TIDAK BOLEH TUNTUT cukai input/nilai tambah/barangan mentah/mesin. 
PEMBEKAL masih boleh tuntut cukai input. 
Sekarang di bawah SST - PENJUAL, PEMBEKAL mengambil margin keuntungan di atas jualan, masih perlu membayar cukai input sebanyak 5-20% yang diserapkan sebagai kos pembuatan tetapi cukai input ini TIDAK BOLEH dituntut.


Apa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan?



Apa maksud cukai atas cukai?

kos barang mentah/nilai tambah/mesin + cukai INPUT (barang mentah/nilai tambah/khidmat/mesin) 5-20% = kos barangan siap
(Tidak boleh dituntut)

dan apabila dijual

kos barangan siap (termasuk cukai INPUT) + margin keuntungan + cukai jualan 5-20% 

berbanding

kos barang mentah/nilai tambah/mesin + cukai INPUT (barang mentah/nilai tambah/khidmat/mesin) 6% = kos barangan siap
(BOLEH dituntut)

dan apabila dijual 

kos barangan siap (termasuk cukai INPUT+ margin keuntungan + cukai jualan 6% - cukai INPUT yang dituntut 6%


2 comments:

McTheory said...

Detail lengkap.. kalau tak faham juga. Memang kena masuk sekolah lain!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

McTheory

kalau tak faham mmg patut kena rendam dlm sungai tiap2 pagi :)

Popular Posts