Dr Novandri Hassan Basri adalah senior saya di USM. Saya pertama kali mengenali beliau sewaktu menjadi fasilitator kepada saya dan rakan-rakan pelajar Matrikulasi 1989. Seorang penulis yang aktif dan sama-sama rajin menghantar pandangan ke ruangan forum dan pendapat di akhbar Utusan Malaysia sebelum era kewujudan blog. Saya bertemu kembali beliau sewaktu beliau mula memperkenalkan Klinik Bergerak Pemuda UMNO ketika saya baru menyertai pasukan penyelidik Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO ketika itu. Semasa saya membantu mengendalikan Laman Web Pemuda UMNO, Dr Novandri turut menjadi penulis jemputan bagi laman web ini pada tahun 2002-2004. Beliau merupakan salah seorang penulis CyberTrooper Pemuda UMNO/BN yang diberi tanggung jawab oleh kepimpinan BN untuk mengulas Manifesto BN semasa Pilihan Raya 2004 bersama-sama saya dan sdr Ab. Jaleel Backer. Sama-sama bertanding untuk jawatan Exco Pergerakan Pemuda UMNO pada tahun 2008. Selepas pemilihan, walaupun tewas, beliau adalah orang yang paling layak untuk dilantik menjadi Ketua Penerangan Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO. Beliau seorang penulis blog ranking Top-5 yang dihormati kawan dan lawan. Atas merit tersebut, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Sekretariat Maya UMNO dan Barisan Nasional Pulau Pinang, pada waktu yang sama merupakan Pengerusi UMB Pulau Pinang. Seorang individu hebat. Istiqamah dan kental semangat perjuangan. Jika orang lain mungkin sudah berhenti menyumbang kepada UMNO selepas kehilangan dua jari semasa kemalangan, lebih-lebih lagi apabila tidak ramai pemimpin UMNO menghulurkan bantuan kepada beliau. Memang layak mendapat pengiktirafan. Pilihan yang tepat dan betul Pemuda UMNO!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
Adakah portal berita pro-pembangkang dan Tun M 'bekerjasama' merosakkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia? 1. Dulu Tun M...
-
Pas menerima satu lagi teguran dari golongan berpendidikan agama. Jika sebelum ini daripada Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin da...
-
Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universit...
-
Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di d...
-
Tony Fernandes: Hubungan dengan Khairy cuma pasal pasukan bola My Team...dan dari situ masalah bermula AHAD, 02 OKTOBER 2011 06:30 HELME H...
-
1. Ada orang kampung di Permatang Pauh tanya saya pasal 1MDB. Dia kata dia tak faham maksud tulisan saya tentang 1MDB dalam posting fb s...
-
1. Alhamdulillah, hari ini tanpa Hamzah Zainudin dan penyokong-penyokongnya, perjalanan BERSATU lebih lancar dan harmoni. Mesyuarat Majlis...
-
Klout score semasa menjelang PRU13 Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begit...
-
1. Kenyataan Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Perak dan Naib Presiden BERSATU Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa BERSATU Negeri Perak sem...

1 comment:
Macam mana hebat pun kalau masih boleh ampu manusia macam KJ dgn H2O kira tak cam mana pun lah hebat nya tu sebab kaki bodek macam ni ada bercambah dalam kalangan blogger mau pun dalam UMNO sendiri
Post a Comment