Monday, December 9, 2013

[Gambar] Kenangan @tunfaisal dalam Persidangan #MahasiswaNasional #PAU2013 #TakLifestyle



Ramai yang bertanya kenapa saya sibuk-sibuk enter frame dalam Persidangan Mahasiswa Nasional  (PEMANAS) 2013. Sebenarnya saya adalah Pengarah atau Chief Operation Officer (COO) program. Tugas saya adalah untuk membantu tadbir urus operasi persidangan, iaitu membantu Pengerusi Bersama Program Datuk Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa dan Kelab UMNO Luar Negara dan Datuk Razali Ibrahim, Pengerusi Biro IPT UMNO; serta Ketua Pengarah Program, Dato' Dr Shariff Hamid, Setiausaha Sekretariat Kelab UMNO Luar Negara.

Ada sejumlah sejarah sejarah tercipta dalam persidangan ini. 

Pertama, ini merupakan pendekatan baru untuk mendampingi mahasiswa dalam dan luar negara, membimbing mereka untuk menyediakan usul untuk di angkat ke dalah Perhimpunan Agung UMNO 2013, menguji kerjasa sama kumpulan dan keupayaan berhujah mahasiswa dalam dan luar negara menggunakan format persidangan ala Sidang Parlimen dan Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committee) yang diilhamkan oleh Datuk Razali Ibrahim.

Kedua, persidangan ini merupakan persidangan bersejarah di mana dengan usaha Datuk Razali Ibrahim dan sokongan Datuk Ahmad Shabery Cheek, mahasiswa IPT dalam negara buat PERTAMA kalinya dijemput sebagai perwakilan dan bukan itu sahaja, mereka turut dijemput sebagai jurucakap di dalam persidangan sayap dan Mesyuarat Agung UMNO 2013. Sharifah Nurul Awwal Sayed Abdul Rahman,21 pelajar bidang ekonomi dari Universiti Malaya merupakan mahasiswa tempatan pertama yang menempa sejarah sebagai mahasiswa tempatan yang berucap di dalam Perhimpunan Agung UMNO, iaitu semasa Persidangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Manakala, Mohammad Affifi Mohamad Aris, 
UiTM pula merupakan pelajar pertama IPT tempatan yang menjadi jurucakap yang membahaskan usul Ekonomi di dalam mesyuarat Agung UMNO 2013.

Ketiga, terbentuknya platform Mahasiswa Nasional, di mana mahasiswa yang mewakili Kelab UMNO Luar Negara dan IPT tempatan akan dikenali sebagai perwakilan dan jurucakap mewakili Mahasiswa Nasional. (Nama-nama jurucakap KULN akan dikemas kini nanti)

Tahniah dan terima kasih Datuk Ahmad Shabery, Datuk Razali Ibrahim, mahasiswa-mahasiswa Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dan IPT Tempatan, Datuk Dr Sharif, AJK dan urusetia persidangan; rakan-rakan wartawan, blogger, cybertrooper dan semua yang terlibat untuk menjayakannya.



















































































No comments:

Popular Posts