Terima kasih kerana menyenaraikan saya dalam CAI ini.
Ramai yang telah membuat cai masing-masing. Ada di antara CAI ini telah disebarkan melalui pelbagai medium. Terima kasih kepada semua yang menyenaraikan nama saya. Bagi yang tidak menyenaraikan nama saya, saya amat berharap agar para perwakilan dapat membantu saya dengan TETAP mengundi CALON MT NO 60 pada hari esok.
Berdasarkan trend CAI amat penting ada pemilihan kali ini disebabkan pemilihan di peringkat bahagian juga berlaku secara serentak. Dalam pemilihan sayap yang lepas, ramai yang lebih memberi tumpuan kepada pertandingan di bahagian dan apabila ketika mereka ingin mengundi untuk pemimpin pusat, minda mereka terlalu penat untuk memikirkan siapa yang patut dipilih, lebih-lebih lagi apabila ramai perwakilan di peringkat cawangan yang tidak benar-benar mengenali calon pusat.
Mereka mungkin tidak melihat pun buku senarai calon-calon yang diberi, sebaliknya memilih berdasarkan CAI yang diterima.
Cai perwakilan di zon selatan ini tidak menyenaraikan saya.
Cai perwakilan di zon tengah ini juga tidak menyenaraikan saya.
Terima kasih kepada perwakilan negeri di zon utara ini yang menyenaraikan saya walaupun di tempat terakhir. Janji dalam senarai...
Terima kasih kepada perwakilan yang menyenaraikan saya, pemimpin-pemimpin wakil Pemuda UMNO , Datuk Razali Ibrahim, Datuk Seri Reezal Merican, Datuk Sohaimi Shahadan dan juga calon Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Tidak perlu berkecil hati dengan cai-cai yang dikeluarkan ini. Perwakilan boleh menggunakannya sebagai panduan. Akhirnya, ia adalah pilihan perwakilan sendiri.
Pindaan Perlembagaan UMNO Tahun 2009 telah memberikan kuasa memilih kepada semua perwakilan.
Pada pandangan saya, Majlis Tertinggi UMNO perlu berupaya membawa ASPIRASI PARTI dan tidak terlalu terikat dengan aspirasi kerajaan. Selain anggota pentadbiran, Majlis Tertinggi UMNO perlu juga dibarisi oleh pemimpin yang boleh membawa aspirasi parti dan akar umbi di dalam UMNO.
Pilihlah calon yang anda rasa boleh membantu memperkukuhkan UMNO bagi menghadapi Pilihan Raya ke-14, yang boleh buat kerja untuk parti, yang ada masa untuk membuat kerja atas platform parti, yang boleh bersuara dalam nada parti, bukan semata-mata memilih mereka kerana kepentingan diri, bahagian dan kelompok kita.
Selamat memilih, mudah-mudahan pilihan kita semua dapat mengukuhkan parti bagi menghadapi PRU ke-14. Semoga pilihan kita diberkati dan mampu meningkatkan keyakinan dan menarik minat rakyat untuk terus memilih UMNO dan BN bagi mentadbir negara ini.
1 comment:
Salam bro TF. Pada pendapat saya, perlukah cai ini? Semasa pemilihan, cai2 ini diedarkan kepada perwakilan. Jadi perwakilan yang datang memilih bukan atas dasar kemahuan sendiri tetapi telah diaturkan oleh pihak2 tertentu. Jika ini berterusan, tidak ada gunanya system pemilihan yang baru ini dilaksanakan. Tujuan system pemilihan yang baru adalah supaya lebih banyak suara dari akar umbi yg boleh memilih. Perwakilan perlu membuat homework dengan mengenali dan mengkaji kekuatan dan kelemaahan setiap calon sebelum mebuat pilihan. Dengan adanya cai ini kebanyakkan perwakilan tidak mempunyai banyak pilihan kerana biasanya cai ini di tentukan oleh seseorang yang sgt berpengaruh di peringkat bahagian mahupun pusat. wallahualam.. pendapat peribadi saya, UMNO akan tetap tiada perubahan jika perkara sebegini tidak dibendung.
Post a Comment