Thursday, May 9, 2013

Hadi wajar tunai janji keluar PR, PAS paling rugi dalam Tahalluf Siyasi



Pas pihak yang paling rugi dalam Tahalluf Siyasi bersama DAP dan PKR. Berdasarkan prestasi Pas hari ini, kerajaan yang bakal tertubuh bukan kerajaan Islam, tetapi kerajaan sosialis dan sekular.

"Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Dr Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan, telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu."



Pas nampaknya setuju tolak hudud dan hidup dalam `kekafiran' bersama PR


PAS Keluar Pakatan Jika Merugikan Melayu Islam, Masa Untuk Mengotakan Kata
Oleh SM AMIN (shaik@malaysiandigest.com)   
Thursday, 09 May 2013 12:00


KUALA LUMPUR: "Sekiranya Pakatan tersebut merugikan Islam dan Melayu, PAS keluar PR! Tidak ragu-ragu lagi," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menegaskan, PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Penegasan tersebut dibuat pada Februari lalu, di hadapan hampir 10,000 penyokong PAS yang hadir dalam Program PAS Ganti Umno Ke-7 (PGU 7.0) di Banggol Peradong di Kuala Nerus, Terengganu.

Jika dilihat kepada keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang baru sahaja melabuhkan tirainya, maka PAS sewajarnya harus keluar dari Pakatan kerana ianya jelas merugikan orang Melayu dan Islam.

Kerjasama politik atau diistilahkan PAS sebagai ‘tahalluf siyasi’ yang dibuat dengan PKR dan DAP jelas gagal memperkasakan Melayu dan Islam itu sendiri.

Pada 2 Mei lalu, beberapa hari sebelum PRU13, kepimpinan pusat PAS sudah meminta akar umbi yang mahu parti Islam itu keluar daripada Pakatan  boleh mengusulkan cadangan tersebut pada muktamar yang dijadualkan hujung tahun ini.

Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib berkata, perkara itu boleh dibincangkan secara bersama dan sebarang keputusan bakal ditentukan mengikut suara majoriti ahli parti.

"Sebaik sahaja pilihan raya berakhir, kita akan menyelesaikan perkara ini. Muktamar akan diadakan selepas pilihanraya umum dan akar umbi boleh menyatakan hasrat mereka kepada kepimpinan parti. Kita akan membuat keputusanitu, tetapi bukan sekarang," katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, kerusi Parlimen yang ditandingi PAS adalah sebanyak 66 kerusi dan menang 23 kerusi, manakala pada pilihan raya umum 2013, jumlah yang ditandingi parti itu meningkat kepada 76 kerusi tetapi hanya mampu memenangi 21 kerusi sahaja.

Berbeza dengan Umno, jumlah kerusi yang dimenangi  pada pilihan raya 2013 adalah sebanyak 88, iaitu pertambahan sebanyak 10 kerusi daripada keputusan pilihan raya 2008.

Terdapat petunjuk jelas di sini; Umno masih lagi relevan dikalangan sebahagian besar masyarakat Melayu berbanding PAS yang semakin merosot sokongan.

Kerajaan Perpaduan

Idea Abdul Hadi pada 2009 mengenai pembentukkan kerajaan perpaduan perlu dinilai semula kerana ianya dilihat mampu untuk menyelesaikan kemelut yang sedang melanda demi kebaikan rakyat dan negara.

Jika dahulu ada pihak yang berpendirian bahawa cadangan untuk mewujudkan kerajaan perpaduan tidak menguntungkan PAS, tetapi kini sudah jelas terbukti kerjasama PAS dalam Pakatan juga tidak memberi sebarang manfaat kepada parti itu.

Perbincangan dan kajian mendalam perlu dibuat oleh kedua-dua parti untuk merungkai kekusutan yang berlaku dalam politik negara, lebih-lebih lagi kedudukan orang Melayu dan agama Islam yang mula dicabar dan diganggu gugat pihak tertentu.

Kekalahan beberapa pemimpin kanan PAS seperti Salahuddin Ayub, Mohamad Sabu dan Dr Dzulkefly Ahmad yang menolak kerajaan perpaduan, telah membuka satu dimensi baru dalam usaha ke arah perpaduan itu.

Malah, tindakan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang tidak merestui Naib Presiden PAS, Datuk Husam Muda dilantik semula sebagai exco juga mengejutkan.

Menurut Menteri Besar Kelantan baru, Datuk Ahmad Yaakob berkata nama Husam telah diletakkan di tempat paling atas antara barisan pimpinan yang dipilihnya, namun telah ditolak oleh baginda menyebabkan beliau terpaksa mencari pengganti untuk memastikan proses angkat sumpah dapat dijalankan.

"Nama Husam atas sekali, yang keduanya Exco lain termasuk juga Datuk Amar (Datuk Mohd Amar Nik Abdullah) dan Ustaz Latiff (Abdul Latiff Abdul Rahman)… ini nama-nama kita kemukakan untuk mendapat keizinan Tuanku bagi pelantikan sebagai Exco.

"Apabila diangkat, Tuanku tidak naik (tolak) nama Husam dengan Ustaz Latiff, turun (senarai nama dikembalikan) supaya proses semula tanpanya, ini yang memberatkan ambo (saya), bagaimanapun mengingatkan kalau tidak ikut tidak boleh angkat sumpah, jadi angkatlah ambo sebagaimana yang dipersetujui, masa itu sudah dekat pukul 4 petang," katanya.

Selain hilang Kedah, PAS turut kehilangan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi pada pilihan raya lalu. 

Berbalik kepada kerajaan perpaduan, perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah keikhlasan semua pihak dan pemimpin Melayu harus buktikan mereka juga boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen politik demi mempertahankan maruah agama dan bangsa.

Kerajaan perpaduan dilihat mampu mewujudkan satu landskap politik baru dengan pembentukan satu kerjasama yang ikhlas untuk kestabilan negara.

Muzakarah diantara Umno dan PAS yang sudah lama terhenti perlu diadakan semula untuk mencapai matlamat itu.

- mD

No comments:

Popular Posts