Saturday, April 20, 2013

Top NEWS #PRU13 - PKR lawan PAS di beberapa kerusi. Emel Rafizi yang bocor buktikan pergolakan serius. #tolakPR



Dap + Pas + PKR = timebomb untuk Malaysia. Bila-bila sahaja boleh meletus. Sekarang pun dah mula meletus sikit di sana, sikit di sini.. jangan perjudi masa depan rakyat dan negara Malaysia... Transkrip emel di antara Rafizi Ramli dengan pasukan rundingan PKR yang dibocorkan sumber dalaman mendedahkan bahawa Pakatan Rosak yang terdiri daripada PAS, PKR dn DAP tidak pernah sepakat, sebaliknya mereka bergolak serta memburuk-burukkan satu sama lain - baca di sini.


#PRU13 - Pakatan Tak Sepakat, PAS Lawan PKR Di 4 Kerusi!!
http://umbppum.blogspot.com/2013/04/pru13-pakatan-tak-sepakat-pas-lawan-pkr.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


PETALING JAYA: Sekurang-kurang empat kerusi negeri menyaksikan pertandingan antara calon PKR dan PAS walaupun kedua-dua bergabung dalam Pakatan Rakyat.

Di Sungai Acheh di Pulau Pinang, Ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin akan berdepan dengan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) dan Datuk Mahmud Zakaria (BN).

Manakala di Bukit Besi, Terengganu calon PAS Roslan Ismail akan menentang Roslee Daud (BN) dan Mohd Shamsul Mat Amin (PKR).

Sementara di Seberang Takir juga di Terengganu, Zakaria Dagang dari PAS terpaksa bersaing dengan Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR) dan Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (BN).

Bagi kerusi Bukit Besi dalam parlimen Dungun, calon PKR Mohamed Abdul Ghani Ibrahim ditentang Adam Mat Said dari PAS serta Mohd Mahdi Musa (BN).

Pertembungan PAS dan PKR ini membuktikan Pakatan Rakyat gagal mencapai kata sepakat untuk meletakkan hanya satu calon menentang BN. -TMI



Nota


Ini semua bukan drama macam wayang cina DAP. Semua ini disahkan oleh emel Rafizi yang dibocorkan oleh sumber dalaman sendiri. Tak percaya? baca kat bawah untuk tengok betapa rendah pandangan PKR terhadap Pas. Itupun pencacai Pas masih dok takbir, takbirkan Rafizi.. LOL macai, tetap macai..



#GE13 : Transkrip Emel Pergolakkan PKR dan PAS Terengganu Pasal Kerusi - Pekeliling PKR Boikot PAS Didedahkan! #TolakPR #VoteBN

Written By tim cyber teganu on Friday, 19 April 2013 | 04:52


Pembangkang kecoh mendakwa BN sedang bergelut dengan pembahagian kerusi serta menghadapi masalah calon termasuk mensensasikan semula kisah Zulkifli Nordin 10 tahun lalu bagi meraih sokongan masyarakat India.

Kata dulang paku serpih, kata BN bergolak, PKR pula yang lebih!

Penulis menerima beberapa dokumen yang berupa transkrip emel melibatkan pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS di Terengganu setelah rundingan berhubung pembahagian kerusi Parlimen dan DUN sehingga PKR bertindak memboikot dan mengeluarkan pekeliling membatalkan semua program berkaitan PAS.

Pekeliling bertarikh 4 Oktober 2011 itu dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Agung PKR yang menyatakan program PKR di Terengganu. Nampaknya pembangkang bukan baru berhadapan masalah merebut kerusi, malah ia bergolak sejak tahun 2011.



Pergolakkan dalaman di antara PKR dan PAS ini berpunca dari sessi rundingan kerusi kerana PKR mendakwa PAS bersikap kurang ajar dan tidak menghormati parti. 

Pasukan rundingan mendakwa PAS keras kepala dan kurang ajar kerana turut mahu menuntut kembali kerusi DUN yang PKR tewas di bawah majoriti 1000.

Antara emel bertarikh 27 September 2011 pasukan rundingan yang dihantar kepada Rafizi Ramli, sebelum Rafizi bertindak memanjangkan perkara tersebut kepada Pejabat Anwar Ibrahim melalui Abdul Rahman Yusof dan di c.c kepada Azmin Ali, Wan Azizah, YB Azan, Mansor Othman, Nurul Izzah.



Dalam transkrip emel bertarikh 27 September 2011 itu gesaan agar PKR memboikot PAS turut dinyatakan dan perkara ini dibawa ke pengetahuan PKR Pusat. 

Selepas menerima aduan sikap kurang ajar PAS, PKR melalui Setiausaha Agung mereka Saifuddin Nasution mengeluarkan Pekeliling membatalkan semua program dengan PAS di Terengganu pada 4 Oktober 2011.

Selepas rundingan tersebut buntu, pada 24 April 2012 Bendahari PKR Terengganu turut menghantar emel SULIT kepada Presiden PKR Wan Azizah berhubung rundingan kerusi di negeri itu.

Apakah isi kandungan emel tersebut?

Penulis akan dedahkan bagaimana teruknya PAS di mata PKR...

Tunggu!






No comments:

Popular Posts