Monday, April 29, 2013

#PRU13 10 sebab kenapa penyokong Pas tidak mahu Husam debat dan buat ujian poligraf?




CABARAN KICKDAFELLA TERHADAP HUSAM

1. Dialog tentang janji-janji isu-isu berkaitan Husam di dalam buku Kenali Siapa Husam 

2. Buat ujian poligraf untuk membuktikan Husam tidak berbohong dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya

3. Buat satu lagi laporan polis supaya polis boleh menyiasat kebenaran kandungan buku Kenali Siapa Husam


MASA DEBAT dan UJIAN POLIGRAF

HARI     : KHAMIS, 2 MEI 2013

MASA   : JAM 5.00 PETANG

TEMPAT : MASJID PUTRA, PUTRAJAYA (TENTATIF)



Selepas cabaran oleh Kickdafella dibuat, ramai penyokong-penyokong Pas yang berusaha untuk menghalang dialog Husam - Kickdafella dan menghalang Husam daripada melakukan ujian poligraf. Sedangkan di pihak Kickdafellah sendiri, dalam siri ceramah kelompok di Putrajaya, TANPA PERASAAN TAKUT menyatakan bahawa beliau juga tidak ada masalah untuk membuat ujian poligraf untuk membuktikan siapakah yang bercakap benar - Husam atau dirinya.

Kemusykilan saya, kenapa penyokong Pas begitu takut untuk membenarkan Naib Presiden Pas dan Exco Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri kelantan ini untuk berdialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Apakah yang hendak mereka sembunyikan?

Saya ada bertanya di laman twitter saya, kenapakah penyokong Pas terlalu protective? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka mampu berhujah melawan Kickdafella? Tidakkah mereka yakin Naib Presiden Pas mereka boleh bercakap benar?

Soalan saya - 

Adakah penyokong Pas tidak yakin Husam mampu berhujah dan lulus ujian poligraf tentang projek kambing jamnapari?




Takkan penyokong Pas tidak yakin Husam tidak boleh menjawab tentang isu Koridor Gaharu, Stadium Red Warrior dan Jambatan Palekbang-Kg Cina?







Atau penyokong Pas rasa malu dengan janji keretapi laju Husam yang tak masuk akal?



Ataupun penyokong Pas nak sembunyikan cerita sebenar tentang Lebuh Raya Rakyat yang kononnya percuma, tiada tol, tetapi lebih awal dah kutip `tol' dari rakyat melalui sumbangan ke dalam tabung pembinaan lebuh raya?





Mungkinkah penyokong Pas tidak mahu rakyat tahu tentang cerita sebenar di sebalik akaun tabung yang didakwa diselewengkan? 





Atau adakah penyokong Pas dan penyokong Husam nak sembunyikan hakikat bahawa pemimpin mereka hanyalah seorang yang gagal?




Takkan lah penyokong Pas sendiri yakin Naib Presiden Pas mereka seorang penipu sampai taku sangat nak berdebat dengan Kickdafella dan buat ujian poligraf? Boleh tolong jawab tak budak-budak Pas dan budak-budak Husam?


No comments:

Popular Posts