Asyik menipu je budak-budak PR ni. Macam mana rakyat nak percaya - dari pemimpin sampai pencacai penipu
TERKINI! PEMBANGKANG KANTOI MENABUR FITNAH LAGI ! #PRU13 SPR
Media alternatif pembangkang sekali lagi kantoi kerana menyiarkan artikel pembohongan yang bertujuan untuk memburuk-burukkan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.
Untuk pengetahuan semua, MiM telah kantoikan blogger pembangkang itu tentang isu 'hantu baling tisu' dalam skandal video terlarang Anwar. Bukan sahaja kelentong blogger itu dibongkar tetapi malangnya, artikel tidak bernilai itu turut disiarkan di dalam blog rasmi Anwar Ibrahim!
Untuk mengetahui cerita 'hantu baling tisu' : KLIK SINI
Dan di antara dosa besar pembohongan dan fitnah keji blogger tersebut ialah memfitnah anak perempuan DS Najib Razak kononnya membazirkan wang di Australia sebelum ini.
Untuk mengetahui jawapan kepada fitnah jijik blogger pro-pembangkang terhadap anak Najib Razak : KLIK SINI
Dan yang terbaru, blogger pemfitnah yang masih belum meminta maaf kerana memfitnah itu menyiarkan pula artikel memfitnah Suruhanjaya Pilihanraya pula.
Kononnya, anggota polis diarahkan untuk mengundi lebih awal daripada yang ditetapkan oleh SPR iaitu 30hb April 2013.
Lihat printscreen pembohongan di bawah :
Di bawah adalah penjelasan terhadap fitnah pembohongan jijik di dalam blog pro-pembangkang tersebut. Di antara laporan SPR :
Dan bagi pengundi yang rajin membaca dan menyaring informasi secara bijak, mereka tidak mudah terpedaya dengan penyebaran maklumat tersebut bahkan telah cuba membantu SPR untuk menjelaskan penghuni alam siber yang lain tentang situasi sebenar.
SPR yang memandang serius sebarang perbuatan yang dibuat secara sengaja untuk menyebabkan kekecohan awam telah bertindak membuat laporan polis.
Laporan tersebut telah dibuat oleh YBhg. Datuk Kamaruddin Mohamed Baria, Setiausaha SPR di IPD Putrajaya siang tadi.
Berikutan perkara ini, SPR turut mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan situasi sebenar.
Menurut YBhg. Datuk Kamaruddin, SPR menafikan bahawa pengundian awal telah dijalankan kerana Suruhanjaya telah menetapkan tarikh 30 April 2013 sebagai tarikh Hari Mengundi Awal.SPR juga menasihatkan agar orang ramai sentiasa mendapatkan maklumat yang sahih dan tidak terburu-buru membuat spekulasi berdasarkan berita yang mereka terima. Lebih-lebih lagi apabila kita tahu pembohongan dan fitnah yang dilakukan selama ini oleh media pembangkang termasuk media alternatif mereka.
Bagi membantu para pengundi, SPR telah menyediakan portal khas, iaitu Portal PRU Ke-13 di alamat www.pru13.gov.my yang mengandungi maklumat sahih tidak seperti pembohongan bloggers pro-pembangkang.
No comments:
Post a Comment