Tuesday, March 26, 2013

[Video] Pas Kedah kantoi menipu kata bina 12 masjid? #TukarKedah #TolakPas





48 Jam Di Berikan Kepada Kerajaan Negeri Kedah Untuk Memohon Maaf Secara Terbuka Kepada Rakyat #SaveKedah

Alor Setar 25/03 - Di Sebabkan inginkan kepastian berkenaan pembinaan 12 Masjid yang di katakan dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah seperti mana yang tertulis dalam buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera, Pemuda UMNO Kedah yang di ketuai Badrul Hisham Hashim hari ini telah berjumpa dengan Pengarah Unit Penyelaras Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( ICU ) bagi Negeri Kedah, Datuk Hj Azmi Lateh .

Dalam perjumpaan itu, Datuk Hj Azmi Lateh mengesahkan 11 dari 12 Masjid yang telah di bina dan yang masih dalam proses pembinaan adalah hasil peruntukan dari Kerajaan Pusat. Manakala baki 1 lagi Masjid merupakan hasil derma dari individu dermawan.

Menurut Badrul Hisham, Pihak Pemuda UMNO Kedah merasa kesal dengan tindakan Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah yang menipu rakyat Kedah melalui buku laporan Sayangi Kedah Sejahtera.Juteru dari itu Pemuda UMNO Kedah meminta Kerajaan Negeri Kedah memohon maaf kepada rakyat Kedah yang telah di tipu melalui buku Sayangi Kedah Sejahtera.

Pemuda UMNO Kedah akan memberi masa 48 Jam kepada Kerajaan Negeri Kedah pentadbiran PAS Kedah untuk memohon maaf secara terbuka. Seandainya Pihak Kerajaan Negeri pentadbiran PAS kedah gagal membuat pemohonan maaf secara terbuka, Pemuda UMNO Kedah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan Mahkamah kepada Kerajaan Negeri.






No comments:

Popular Posts